Wednesday, October 12, 2011

31 weeks update.

Salam,

Ahad lepas, tepat saya hamil 31 minggu. Whoa...macam skema aje ayat. Tapi macam cepat kan? Macam baru semalam saya pregnant..tetiba dah masuk trimester ke 3.

Isnin lepas, kami ada buat check up. Alhamdulillah, semuanya ok. Berat badan saya NAIK..huhuhu dan berat baby juga naik 600gm. Sekarang total berat baby 1.6kg. Kaki dan tangan pun dah mula bengkak-bengkak. Badan makin kurang selesa sebab kepanasan. Kat leher dan beberapa bahagian tertentu sudah mula menggelap....

Sudah 2 hari macam susah sikit nak tidur. Sebabnya panas dan sakit-sakit satu badan bila baring tu. Pusinglah macam-macam position pun tetap gak tak selesa. Suka sangat kalau ada tukang urut profesional boleh urutkan kaki dan badan tiap-tiap malam....ahem...ahem!

Baby dalam perut  bersopan santun lah sangat. Tak macam kakak Ananna, sungguh ganas di dalam perut. Baby akan mula bergerak seawal solat subuh. Waktu solatlah dia paling aktif bergerak. Kadang-kadang tu Mommy terkejut-kejut waktu tengah solat. Waktu mahu tidur dia tetap juga aktif bergerak tapi sebabkan dia tahu Mommy dia perlukan rehat...elok aje dia bergerak lembut-lembut. Lepas tu dia pun ikut tidur sama. Malam pun saya tak perlu berjaga untuk kencing

Kakak Nanna??? Macam biasa.....nak tidur sah kena carik ketiak Mommy!

Waktu saya hamil ini juga mencabar sungguh. Tensi di tempat kerja tu dah hampir tahap dewa. Kepenatan sangat sebenarnya. Sejak masuk minggu 30, saya malas sangat nak ambil pusing sebabnya priority saya sekrang untuk bersalin. Malangnya....................kerja makin berlambak.! Kadang-kadang tu rasa macam nangis.............

Hati...........? Memang kuat sentap sikit sekarang. Sensitif sangat. Selalunya bila sensitif tu, duduk diam-siam dan startlah mengalir air mata. Hormon..........tu.

Saya ada terbaca artikel tapi tak ingat bila lah mengenai kenapa Allah mengurniakan perempuan sahaja boleh hamil. Jawabnya, perempuan ini tahap sabarnya tinggi & tahap daya tahan sakitnya juga tinggi.Betul juga kan....? Cuba agak-agak suruh lelaki carry 15kg kampit beras setiap hari..........bagaimana agaknya ye?? Macam tadi, punyalah mengah saya naik turun tangga berkali-kali sebab mengejar lokasi meeting...training ...lepas tu meeting lagi....lepas tu settle kan problem customer...meeting lagi...training balik....aih...aih...rasa macam nak nangis. Tapi ada lah Hamba Allah ni menyejukkan hati saya dengan kata-kata "Azura...banyak pahala awak pregnant ni. Berkorban macam ni...naik tangga turun tangga.....sabar ye". Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah. Saya tepuk-tepuk dada kuatkan semangat.

Ok lah...saya mahu solat Isya'. Sementara tu jom kita intai artikel dari www.babycenter.com.my ni....



Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

Adakah pola tidur anda berubah? Ambil tahu mengapa. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

No comments:

Post a Comment