Lama kan tak post gambar? Nah........banyak gambar....tengok puas-puas..ekeke.
Saturday, August 13, 2011
Edisi Cameron Highland : Rama-rama.
Lama kan tak post gambar? Nah........banyak gambar....tengok puas-puas..ekeke.
Thursday, May 19, 2011
Heritage Hotel : Cameron Highland.
Hola,
13 May – birthday saya tapi kami tak buat apa-apa celebration pon sebab ada appointment dengan doctor untuk check baby dalam perut…..Ni kita cerita kemudian ek….
14 May, tepat 11:00am kami bertolak ke Cameron Highland. Eeee..dah lama tak pergi cameron ni…adalah agaknya 10 years kot. Masa mula-mula pergi dulu, Ananna tak ada lagi. Ni kira 1st trip Ananna lah ni….huhuhu…sedih pulak rasa. Kami hanya buat short trip sahaja memandangkan condition saya yang masih tidak berapa nak ok ni.
Ananna memang super excited dengan trip kali ni. Sampai sanggup bersengkang mata sepanjang perjalanan sebab tidak mahu terlepas. !
Trip kali ini kami memilih untuk mencuba jalan Simpang Pulai. Uih…mentang-mentang jalan cantik…ramai juga yang tidak mahu menjaga tatasusila ketika memandu. Ish..ish…kalau kata kemalangan itu ko sorang aje yang terkena ok lah…jangan terkena juga kami yang innocent ni!.
Perkara pertama yang kami lakukan ketika menjejak cameron ialah mencari Heritage hotel. Gambar tidak banyak….sebab kami sampai dalam keadaan hujan lebat dan Seeeeeeeejjjuuuuuukkkkk!. Makan tengahari pon main pakai room service aje.
Selamat datang ke Cameron Highland!
View dari balkoni hotel.
Juga view dari balkoni hotel….our room.
Review tentang Heritage….oklah hotel ni. Tak ada lah teruk sangat dan tak ada lah WOW sangat. Kami yang tidur cuma semalam ni, kira puas hati lah.
Ok..sambung lagi ….tehehehe…dah macam trademark pula ye…cerita bersambung-sambung.
Monday, May 16, 2011
13 May–Happy Birthday to me.
Saya dan mereka…..punya persamaan. Lahir pada tahun yang sama, masih fabulous & dan amazingly menawan…hehehe.
Angelina Jolie
Charlize Theron

Drew Barrymore
Enrique Iglesias
David Beckham.
&
*
*
*
That’s me..Azura Iznil with the cake yang sangat yummy (serius) & my Ananna yang sebok nak buat seperprise (surprise). Kata Ananna…nak bagi hadiah gelang emas kat Mommy…*cough**cough*…..(harap Daddy baca blog ni dan tunaikanlah permintaan anak tu ye!………heeeee)
Owh…ada lagi…..
Happy birthday too to Robert Pattinson Yummy..tehehe.
Sunday, May 16, 2010
35.
Salam semua,
Percaya tak?? Umur saya sudah menjangkau 35 tahun?? Tak macam umur 35 kan?? Nampak umur kurang dari 30 tahun kan?? Tehehe..ok..saya perasan! Yup..yup..saya sudah pun berusia 35 tahun pada 13 May 2010 dan paling penting sekali saya share birhtday dengan Robert Pattinson…humm..humm..!
Tiap-tiap tahun untuk 13 May, saya wajib bercuti. Saya tidak suka ada orang rosakkan mood birthday saya. Tahun ini, plan nya simple aje. Pukul 5:30am sudah bangun pagi untuk “kiss kiss and babai” Honey yang “terpaksa” bekerja (grrrr..saya tak ampunkan mamat yang kacau plan orang tuh!). Ananna pon tak boleh join activiti birthday saya ni…alah..kononnya lah kan…huhuhu.
Plannya, saya mahu berurut satu badan, buat facial muka, basuh kereta, service kereta…(eh! sibuk betol kereta ni..masuk-masuk dalam plan birthday orang pulak) dan…jeng..jeng..mahu masak macaroni goreng! Sesiapa yang kenal saya mesti jatuh pengsan dengan statement “mahu masak macaroni goreng”!!! 10 tahun kahwin baru 3 kali saya bertukar tong gas..so..korang paham-paham aje lar ye?
Tetapi macam mana pon, saya tetap berjiwa Mommy. Bila anak dara saya memujuk “Mommy, balik sekolah amik Nanna ye? Nanna senang hati sangat kalau Mommy amik” dan di ikuti berdas das ciuman sayang. Ok..I’m melting..ok ..ok..Nanna..Mommy relakan diri Ananna kongsi Mommy during my birthday…! Jadinya, selepas saje berurut (sila rujuk blogspot ini..http://mamassager.blogspot.com/) dan mencuci kereta, saya sudah terpacak di depan pagar sekolah anak dara.
Dan…
Lunch kat KFC, Setia Alam..masa ni Ananna tengah nyanyi lagu “Happy Birthday” untuk Ananna..yup..sesiapa punya birthday pon akan jadik birthday dia..tak kesah punya!
Sesudah lunch, kami ke Tini Spa, Seksyen 7 Shah Alam untuk facial treatment. Tak sedar diri, siap amik package for 6 kali..tehehe..sah-sah..lepas ni muka nampak lagi muda dari 30 tahun..awww…perasan! Eh..best tau..saya ambil Hydrating treatment facial dan siap berkeruh-keruh tertido. Ananna pula kusyuk tengok “Doktor kakak ubat muka Mommy”.
Program seterusnya….service kereta di Kosmo Kars, Glenmarie, Authorised Honda Service Centre.Ok..tak ada gambar technician or Service Advisor ke apa ke…yang ada cuma gambar pelanggan setia Honda dengan anak dara sedang menunggu kereta habis di service sambil makan keropok lekor dan minum milo juga hot white coffee.! Oh..nasihat saya kepada pengguna-pengguna kereta Honda, sila service kereta anda mengikut jadual, hanya service kereta kesayangan anda di Authorised Service Centre dan paling penting..hanya guna genuine part! Eh..eh..eh..?? Sempat promote lagi tuh!
Badan sudah letih..tetapi semangat nak masak masih menyala-nyala..(bombastik betol bahasa). Kemudiannya, kami singgah ke Tesco Setia Alam untuk membeli barang-barang….
…………………
………………………….
…………………………………..
……………………………………………….
Maaf, tiada gambar hasil buah tangan masakan macaroni goreng saya. Sudah letih..lagipon, saya dalam keadaan tidak menutup aurat..yang pasti, Mr Honey makan sampai 2 kali tambah. Sedap lar tuh…tehehe.
Birthday celebration masih tidak habis lagi dan keesokannya package yang saya nanti-nantikan…
Dan ini lah isi nya..wristlet couch color magenta…giler cun..giler saya suka!
To Amrina Aziz, thank you very much. Sila check blog superb Amrina di www.thecaramelizegoddess.blogspot.com.
Tengahari pula, dapat makan free. Ada orang belanja kat Nando’s Chicken…buuurrrpppp..kenyang.! Semoga di murah kan rezeki kepada orang itu.
Dah habis?? belum…belum…!
Today..
Tengok..mata anak dara tak pandang camera pon..Dia ada mission tuh..nak cincang kek.!
Ok…rasa nya dah habis kot..tehehe..penat dah ni.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana di kurniakan segala yang baik-baik untuk diri saya dan kelurga. Kepada semua yang wished (tak kisah lah..lalu SMS ka, email FB ke or comment kat blog ke), saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Buat adik…kalau nak rasa macaroni goreng Wawa, sila tunggu tahun depan….tehehehe.
Harap-harap menjelang 36, saya masih di sini………
Salam dan gud nite!
Wawa..
Sunday, May 17, 2009
Birthday Story - 2
Best..best..best. Itulah gambaran percutian kami kali ini. Segala perancangan terlaksana.
Dari hanya duduk-duduk di balkoni sambil menghirup kopi panas dan menikmati hidangan cupcakes birthday, melihat ikan-ikan berenang girang dari balkoni dan lantai bilik air, menikmati sepuas-puasnya angin laut dari balkoni atau gazebo yang di sediakan, khayal dalam buku yang saya baca berjam-jam di balkoni, hanya berborak kosong dengan suami tersayang juga di balkoni, bergurau-senda dengan anak tunggal juga di balkoni, melihat sepenuhnya proses tenggelamnya sang matahari, mendengar deruan ombak menghempas pantai dari atas chalet, melihat bot-bot kecil melintas di hadapan gazebo, burung-burung terbang riang menyambut munculnya sang matahari, berendam hingga kecut di kolam, melepaskan rindu dendam dengan mandi laut sepuasnya, menikmati hidangan malam di tepi pantai, berlari anak di tepi pantai...........
Agh..terlalu indah suasana 3 hari ini.
Sebentar lagi, kami semua akan check out. Berat benar rasa hati mahu melangkah meninggalkan tempat ini. Mahu saja kami tinggal lebih lama lagi di sini…jauh dari segala beban kota..jauh dari segala bingit dan sesak kota. Jauh dari segala kemelut politik di Perak. Maaf…di sini tiada hubungan internet maxis 3G. Jika mahu kami terpaksa berjalan ke lobby bagi menikmati Wifi percuma. Tetapi kami tidak mahu mengacau mood cuti jadi di tong sampah sahaja cadangan melayari internet.
Apa pun…kami sudah mula merancang percutian kami yang akan datang…Oh..tidak sabar untuk menunggu saat itu.
Saturday, May 16, 2009
Birthday Story - 1
This is me..34.
13 May..cuaca muram dan tidak terik seperti selalu. Matahari bagai kan terasa malu untuk menunjuk muka. Bagus juga untuk sekali sekala.
Malam menjelang birthday, saya menerima beberapa ucapan secara langsung dan secara SMS. Terima kasih kerana mengingati..terasa diri ini berharga sekali.
Tepat jam 12:00, saya menerima panggilan dari suami tersayang (dia bekerja giliran malam) untuk mengucapkan selamat buat saya. Pada masa yang sama juga adik kecil saya (hakikatnya besar..ooops!) melayangkan kiriman SMS memberikan ucapan juga.
Bahagia...bahagia!
Selepas Zuhor, kami mula bertolak. Seperti biasa saya lah pemandu terhormat. Kali ini saya memandu mengikut tanda had laju. Tidak mahu di saman lagi seperti dua tahun lepas. Menyampah!
Kami sampai agak lewat kerana terlajak sehingga ke Avillion. Tepat
View dari depan pintu.
Terpegun! Itulah gambaran terhadap chalet penginapan kami. Buka pintu sahaja terus jumpa bilik air. Kami perlu melalui bilik air untuk ke katil. Pelik bukan? Saya kagum dengan bilik airnya yang besar. Kolam mandi yang besar dan bilik “shower” secara terbuka di atas membuatkan saya berangan-angan untuk memiliki bilik mandi seperti ini.
Bag Bear, Pink Bear, Minnie & Asimo also ikut..
Perkara pertama yang saya lakukan ialah…snap..snap. Kemudiannya, menjerang air, membancuh kopi pekat dan memulakan minum petang di balkoni. Oh..tidak lupa “cupcakes” saya.
Kemudiannya, saya dan Ananna mula
Projek mengambil gambar metahari terbenam agak sedikit terlewat. Saya sedikit kecewa. Tidak mengapa, esok masih ada. Oh…esok, saya mahu bangun pagi dan tidak mahu ketinggalan mahu snap..snap matahari terbit. Saya juga mahu berjogging di tepi pantai dan menghirup udara segar di tepi laut.
Makan malam juga istimewa. Kami memanggil perkhidmatan bilik dan makan-makan di balkoni sambil melihat air pasang dan menghirup udara segar. Sesudah perut di isi, kami berjalan-jalan mengelilingi hotel. Seronok!
Ok…bobok dulu. Esok ada banyak aktiviti lagi. Sambung kemudian di siri Birthday Story 2
Dalam kad ada small gift...hik..I like.
Friday, May 15, 2009
Birthday Story – The Beginning
Sudah tua kah saya.? 34 itu kertu kah?
Oh tidak? Bukan tua, tetapi lebih matang, lebih bijak, lebih cantik dan sebagainya lah. Kecuali body oke? Body tidak boleh lebih-lebih. Sentiasa terjaga cantik dan tertutup rapi..Hey..barang jenama PRADA mestilah tutup cantik dan sopan. Dijaga rapi supaya tidak rosak. Hanya boleh ditonton oleh yang haknya. Bukan seperti jenama pasar malam…terdedah
MYOB ye? Hah..yeah right.!
Ok..sambung kisah birthday saya.
2008, saya baru sahaja memulakan kehidupan baru di Honda Malaysia. Orang baru mestilah ada banyak peraturannya. Tahun lepas hanya disambut oleh Honey dan Ananna dengan kek secara kejutan. Ah..sambutan dengan cara itu pun sudah cukup membahagiakan saya.
2009, sudah di buat perancangannya berbulan yang lalu. Hehehe..sengaja begitu kerana mahu membalas dendam. Sejak April, saya sibuk mengintai tempat-tempat peranginan yang sesuai untuk sambutan harijadi saya. Dari Bukit Merah hinggalah ke Damai Laut seterusnya ke Port Dickson.
Port Dickson juga menjadi satu masalah untuk memilih-milih tempat. Akhirnya, dua tempat menjadi pilihan terakhir. Avillion atau Legend, di mana kedua-duanya menawarkan tempat penginapan di atas laut. Kata orang, Avillion itu “Heaven and Earth” dan Legend pula..oh well..Cuma “Earth”. Kedua-dua ini ada pro dan kontra nya. Terpulang kepada citarasa masing-masing dan kemampuannya.
Kelebihan Avillion ialah dia punya private beach sementara Legend pula berkongsi pantai. Tidak kisah lah kerana ada pantai kah atau tidak kah tidak langsung memberi sebarang perbezaan dengan cuti saya. Harus di ingat ya...suami saya sangat sangat trauma dengan segala yang berkaitan dengan air.
Ke Pangkor tidak boleh kerana perlu menaiki feri. Feri akan mengingat dia dengan TITANIC! 3 tahun lepas kami ke Langakawi dan kami menginap di Berjaya Resort. Tahu tidak, air laut hanya mencecah buku lali saya sahaja. Kenapa?? Oh laut ada JAWS…oke? Oh..jangan sekali-kali ajak untuk berkelah di tepi air terjun…jangan harap!
Cuti kali ini saya harap lah sangat-sangat untuk sekurang-kurangnya berjalan menyusuri pantai. Kalau dapat mandi laut adalah satu bonus!
Oh..kemana saya tahun ini?
Saya memilih Legend Water Chalet. Saya mahu berehat sepuas-puasnya. Menikmati percutian saya dengan seseronok tahap maksimum.
Monday, March 16, 2009
May akan datang lagi...
"Azura took What does your birthday say about you? quiz and the result is May
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. Not having many children.Hardworking. High spirited. Spendthrift."