Friday, October 1, 2010
Mahu hidup bahagia.??
Kita tinggalkan dulu cerita keluh kesah Anak Dara saya. Yang itu saya akan posting esok atau lusa. Kena tengok schedule. Pehtu nak kena tepek-tepek gambar comel anak dara dan ahem mommy kepada anak dara yang tidak kurang comelnya..tehehe..
Baik..
Tajuk di atas bertanya, "Mahu hidup bahagia???"
Jawabnya, jagalah hati anda.
Bagaimana mahu menjaga hati???
Jawabnya, Allah memberi kita akal dan fikiran. Jadi berfikirlah..fikir-fikirkanlah..renung-renungkanlah.
Ha...sure korang tension baca posting ni. Jangan tension..tenang-tenangkan hati..lapang-lapangkan fikiran. Pasti you all akan jumpa kan jawapannya.
Baiklah, saya bagi contoh...bangun-bangun pagi, kita dah sakit hati. Sakit hati mahu pergi kerja..sakit hati kerana perlu berebut-berebut jalan selepas exit dari Damansara toll. Sakit hati bertambah lagi bila ada orang suka sangat potong que kan jalan raya. Masuk Opis, baru mahu bertenang, telephone pula tidak berhenti-henti berdering. Bertambah pula kalau ada yang menelefon sambil berteriak histeria.
Bertenang..bertenang...tarik nafas dalam-dalam..lepas sikit-sikit..ingat gunung-ganang...air terjun...ombak laut yang menderu..gelak tawa Ananna..senyum manis Honey..."Aaaaaaazzzuuuurrrraaaaa". Zaassss! cantas! Potong stim...."Meeeetiiiinnnggggg". Aih...
Baik..
Kalau lah kehidupan kita seperti di atas dan hidup penuh dengan hati yang sakit..bagaimana mahu hidup bahagia?? Bila kita sudah tidak bahagia...ibadah kita terganggu..muka yang comel pon dah jadik kelam..badan slim melim pon maybe akan jadik lebar...ya ar..dah tension..bila tension sure mulut pon dok mengunyah..Ha..macam belon lar gamaknya.
Lagi satu...kita jangan banyak sangat sakit hati..sakit hati ni macam kita tidak bersyukur pula dengan kurniaan Allah. Kalau kita bersyukur serupalah kita melancarkan perang dengan Allah. Astaghfirullah...
Jadi..
Renung-renungkan lah..fikir-fikirkanlah...
Dan..
Saya berjanji :
1. Mahu hidup bahagia.
&
2. Mesti jaga hati.
Owh...jangan lupa, esok saya akan posting kisah keluh kesah Ananna dan...esok, we all ada banyak rumah terbuka..wah! aktivity makan ni..muka pun dah montel. Juga, saya mahu melawat "Untie pewot besar"..I'll blog later later pasal ni. Emh..kalau sempat, mahu bawak Ananna berbasikal keliling tasik.
Ahad...lepak.
Weee...happy wknd.
Assalamualaikum..
Tuesday, September 28, 2010
Berbumbungkan langit, bintang dan bulan.
Saalam,
Baik..atas permintaan ramai…nah..ini dramanya!
Akibat ribut, petir, guruh yang hebat kemudiannya di ikuti dengan hujan lebat, bumbung rumah kami di bahagian ruang keluarga telah pecah…ye..pecah berkecai. Akibatnya…rumah kami banjir..huhuhu.
Ketika kejadian, kami sedang beraya. Mujur ada jiran prihatin menghubungi kami. Di sebabkan sudah petang, tiada siapa yang dapat menolong kami, jadinya malam tadi kalau kami mahu main hujan tidak perlu lagi keluar rumah….
Ada juga jiran senasib kami dan ada yang lebih buruk lagi. Alhamdulillah, sebentar tadi, bumbung kami sudah berganti baru.
Selepas ini, habislah angan-angan mahu breakfast dengan English breakfast tea, scone sambil membaca buku Cecilia Ahern di ruang keluarga sambil-sambil menikmati sinaran matahari pagi… Aish…
Apa-apa pun angan-angan mahu membuat loteng still on! Wah….!
Next post :
Hati tak happy..
Asyik teringatkan McD..
Lion, giraffe & elephant sudah tidak ku peduli lagi..
Selagi hajat hati tidak di penuhi..
Mommy Daddy dengarlah rintihan hati..
Jom lah kita ke McD.
Hasil nukilan Adrianna Khaleda Iznil.
Monday, September 27, 2010
Gendang gendut tali kecapi.
So? How's your weekend peeps?
Ha..Weekend we all penuh dengan aktivity ter best iaitu ....tada...rumah terbuka dan......MAKAN. Di sebabkan terlalu lah BUSY..ye..BUSY..makan, so no gambar for this posting..Habis tu?? macammana nak tunjuk ke happy an kita orang?
Gambar ni boleh??
Ok lah..kita pantun...
Saturday, September 25, 2010
Raya Playground.
Saalam,
Boring tak asyik baca cerita raya?? Hehe..harap tidak lar kan. Sebab raya itu beeesssstttt. Selain makan sedap-sedap kita juga dapat cuti paaaannnnjjjjaaannnggg..dan paling penting sekali saya dapat merehatkan jiwa dan perasaan dari mendengar rungutan demi rungutan dari pihak pelanggan. Biasalah….pelanggan HONDA tak sama dengan pelanggan PEROUA or PROTON. Harap maklum ye.
Hoccay..
Di sebabkan terlalu ramai yang datang menyerbu rumah PIL di Ipoh, Ananna mulalah rimas satu badan. Mujur di depan rumah ada playground. Jadi kami bertiga (saya, Ananna & Nurul – sepupu Ananna), menyusup keluar dari rumah dan beraya di palyground.
Tada…the gambar. Enjoy.!
Ni lar muka budak-budak enjoy raya di Playground. Muka photographer lagi ler terlebih enjoy..ekeke.
Aksi-aksi “I want to touch the sky”
Ah…Kakak Nurul also want to join….Weeee..
I wanna touch the sky
I wanna fly soo high..
*
*
*
Beautiful faces series!
Iklan hidung kembang..hahaha..korek karang!
Iklan ubat gigi…
How? Ikut sama enjoy tak??
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.
Oh..more & more raya stories & pictures…tehehe.
Thursday, September 23, 2010
Ko tak ade hati perut ke Hanim???
Saalam,
Tajuk macam kasar. Apa pendapat anda dengan statement ini :
Sila baca http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sayatetapsayangdia_/Article untuk membaca artikel penuh.
Puan Hanim (eh..ko Puan ke?), ada hati perut ke tidak.?? Ko sedar ke tak apa dia dah buat pada anak perempuan ko??
Ini kata hakim :
“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,”
Rasa-rasa perempuan ini pun patut di hukum juga kan? Sebab dia lebih sayangkan BF yang telah membunuh anaknya dari anaknya sendiri.
Kalau lah anak dara saya yang kena (minta di jauhkan), dah lama lelaki ini saya hempuk kepala dia, pijak perut..bukan pijak..lompat-lompat atas perut dia sambil pakai kasut but bola dan sepak-sepak.
Tak cukup tapak tangan saya lempang tak cukup tapak kaki saya sepak!
Tuesday, September 21, 2010
Warna raya di Ipoh.
Saalam,
Raya ke 2, selepas subuh, kami bertolak ke Ipoh. Ye ar, my other half tu macam dah tidak sabar-sabar mahu balik kampung. Tapi me lar yang jadik drebar..huhuhu.
Alahai…En Kembar Honey belum lagi bagi gambar family kat Ipoh. Saya pulak tak ler sibuk mengambil gambar sebab saya ni tak berapa nak pandai. Malu weh..Kembar Honey dah macam taraf pro…wuwuwuwu.
Kami tak kemana pun sebab ramai yang datang menyerbu ke rumah..Yang pasti…aktivity MAKAN itu WAJIB..tehehe.
Ok..gambar yang ada di tangan…
Antara cucu-cucu Pak Tua.
Ni kawan Honey…eh..sorry saya dah lupa sapa nama mamat nih…huhuhu.
Nape tetiba watak kawan Honey ini jadi penting pulak dalam posting kali ini…Ha…ni jawabnya..
Orang tua sibuk beraya, budak-budak ni sibuk main nyorok-nyorok pula. Walaupun tak pernah jumpa tetapi masing-masing mudah mesra.
Ni kelakar gila..logik tak main nyorok-nyorok tapi menyorok belakang pintu gate…? sah-sah orang dapat carik. Apa lah Ananna ni! Yang sebelah itu Nurul, sepupu Ananna.
Ni anak tuan rumah. Fuh…cantik kan rambut dia…macam maggie. Mulut pun boleh tahan juga. Asyik sibuk tayang gelang beli kat Giant…wah!
Sepupu anak tuan rumah…pun rambut maggie.
Anak dara saya yang sempat posing gaya model…so natural kan? ekeke. Gambar yang last tu nampak sangat anak dara saya sudah besar..tetiba rasa rindu masa dia baby dulu..huhuhu.
Ok..once dah dapat gambar family dari Ipoh kita blogging lagi ye. Sudah malam…perlu tidur..esok mahu bangun sahur dan saya belum solat Isya’. Jom ..jom..jom kita solat dulu!
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.
Sunday, September 19, 2010
2010 Raya yang penuh warna.
Saalam semua,
Alahai saya antara yang paling lambat ek hapdet pasal cerita raya. Tak pe lar…lambat maksudnya anda semua dapat yang terbaek…ekeke…ye lar tuh.
Ok..raya tahun ini macam raya tahun lepas juga dan tahun sebelumnya juga. Malam raya, berbuka dengan keluarga di Klang, sebab PIL sudah pulang untuk beraya di Ipoh. Pagi-pagi raya selepas solat sunat Aidil Fitri, sessi bermaafan kami suami isteri..anak beranak including Orange.
Kemudian bertolak ke rumah keluarga di Klang. Sessi makan pertama bermula. I loike..nyummy.
Nah…gambar yang sempat snap.
Kami bertiga.
Kami tak buat macam family lain yang siap ada theme color. Yelar..tak kan lah tiap2 tahun kami nak bercolor theme PINK kot (PINK = anak dara fav color). Tengok…Ananna berbaju PINK, kasut pun PINK, spec pon PINK, getah dan sepit rambut juga PINK…korang ade??
Honey berbaju melayu color biru…my fav color. Saya pula ber abaya tahun ini. Jika berkenan dengan abaya sila layari Abaya.
Anak dara yang seronok beraya. Setiap kali snap gambar dia akan tanya “Nanna cantek ter Mommy”. Ok, jawapan kena standard ye..kalau mahu dunia aman!
”Canteeeeekkkk”. jawab Mommy. Mommy mahu hidup aman..!
Bergambar satu family. Adik lelaki saya tiada dalam gambar kerana terpaksa bekerja di raya pertama.
Gambar ketika perjalanan beraya di Kajang.
*
*
*
Gambar seterusnya ialah gambar raya di Kajang. Rasa tak perlu nak terangkan kot. Sebab..aktiviti utama tentu saje MAKAN…semuanya lazat-lazat.! Kat Ipoh tak jumpa ketupat nasik…jadi kita hentam makan aje lah. Tapi..kat Ipoh ada rendang tok yang sedap dan sangat sedap tau.! Serius!.
Kami adik beradik bergambar dengan Busu.
Saya & Beby.
Honey & Pak Teh.
Topik hangat di hari raya, sudah tentu lah kes kes pembunuhan Dato’ Sossilawati.
Selain dari itu, saya agak letih menjawab soalan “bila nak tambah lagi satu?”. Masa kami tiada Ananna selama 5 tahun, soalan lebih kurang serupa. Jawapan kami juga lebih kurang serupa..”tiada rezeki”. Buat anak bukan semudah 1,2,3…ok. Kadang-kadang rasa macam nak marah…lama-lama jadi lantak lah. Yang penting kami happy.
Topik duit raya jadi topik sensitif untuk saya tahun ini. Saya tidak ajar Ananna untuk meminta-minta duit raya. Kalau ada yang hendak bagi..ye Alhamdulillah. Tetapi kalau tak mo bagi jangan lah keluar statement “tak bleh bagi duit raya kat Ananna nanti mak abah dia ambik” or “tak bleh bagi duit raya banyak-banyak nanti mak abah dia ambik”. Hello…tolonglah. Tiap-tiap bulan kami sudah agihkan sejumlah duit untuk simpanan Ananna. Bukan setakat simpanan peribadi sahaja malah insurance nyer…education plannyer. Tak kan lah setakat RM2-RM3 pon kami nak kecoh curik! Kami susah macam mana pon tak ade lah sampai tergamak nak curik duit anak. Bila ada orang keluar statement melahar macam ini, selalunya saya hanya mendiamkan diri. Diam bukan masuk saya takut. Diam bermaksud, saya tidak mahu bersengkokol dengan Syaiton. Lebih-lebih lagi di hari raya….tak pelah…saya maafkan walaupun hati saya sedikit terguris.
Ok lah…buat masa ini itu saje lah dulu. Saya masih menunggu gambar family Ipoh dari jurufoto professional Encik Kembar Honey. Katanya tengah edit…yang ada cuma ini..
kehkehkeh..
Bila dah ada gambar, kita cerita pula raya di Ipoh.
Owh…jangan tak tau…kami bukan hanya ada raya di Klang, raya di Kajang & raya di Ipoh..tapi kami juga ada…
Raya di Playground.
&
Raya di Zoo.
Nanti kita sambung cerita ye.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!