Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Org boleh jadi gila dengan..?

Saya tengok.

Saya perati.

Saya sedih.

Kebanyakan dari kita akan jadi gila bila masuk harta benda dan duit.

Why??

Harta benda wang ringgit bukan boleh di bawa ke kubur pun sampai nak nak bergolok gadai atau bergaduh berparang bagai.

Realitinya....

Itu yang berlaku.

Sedih kan?

Policy saya or kami suami isteri sangat senang dan simple.

Kami tidak kemaruk dengan harta benda atau wang ringgit orang lain. Kami ada kudrat mencari sendiri. Walaupon kehidupan kami ni sekadar makan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ataupun kami ini termasuk dalam golongan miskin tegar............kami tetap tidak akan kemaruk untuk berebut harta.

Mungkin ada yang tidak percaya kami ini sebenarnya termasuk dalam golongan miskin tegar, Percayalah...... kerana itu yang di katakan oleh Pak Menteri. Golongan sederhana adalah golongan yang punya mercedez benz dan punya harta barang dua atau tiga juta,......

Jadi saya harap statement saya ni sangat loud and clear untuk adik beradik kami dan kedua ibu bapa kami. Janganlah risau, Jika mahu di hibahkan harta dan kecualikan kami pun tidak mengapa. Kami tidak berkecil hati. Jika ada harta yang mahu di tuntut saya dengan rela hati melepaskan hak saya dan di beri kepada penuntut. Tidak perlu risau kami bergaduh sesama sendiri kerana saya tidak berminat.

Tetapi wajib di ingat jika ianya melibatkan kehidupan keluarga saya terjejas..masa depan anak-anak saya terjejas...saya akan menuntut dan pertahankan hak kami.

Buat masa ini focus kami ialah Adrianna Khaleda. Kami sedang menyediakan supaya dia lengkap ilmu akhirat dan dunianya. Walaupon saya tidak dapat shopping tiap-tiap bulan atau ber bag LV, saya sangat happy melaburkan harta saya ke arah itu. Alhamdulillah, dia sekarang berada di right path dan semoga berterusan.

Untuk Aryssa Zahraa pula, walaupon dia masih baby tetapi Alhmadulillah......surah Al-Fatihah sudah sentiasa di bibirnya. Begitu juga dengan zikir-zikir. Kami akan membuat persediaan awal untuk dia juga kerana kami melihat potensi tahfizah muda ini.

Ha...itulah harta kami sebenarnya...anak-anak. Nilai anak-anak ini tidak boleh di bandingkan dengan wang ringgit.

Itu saja buat masa ini. Assalamualaikum and happy weekend!



Sunday, April 24, 2011

Petrosains, the discovery centre.

 

Salam and Hye,

 

Ni kisah weekend 2 minggu lepas. Kenapa & mengapa kami ke sini…..? Jawabnya, kami tidak memberi izin Ananna untuk ikut rombongan sekolah. Kami lebih rela bawak sendiri…

 

Malas nak cerita panjang-panjang. Tengok je lar gambar…..

 

DSC08126

DSC08130

Yeah….dah sampai.!

DSC08136

Beratur dgn sabarnya.

DSC08139

DSC08141

DSC08145

DSC08148

Gambar atas tu konon-kononnya we all masuk matahari ler tu…kot.

DSC08149DSC08150

ish…ish….

DSC08159DSC08160DSC08162DSC08163

DSC08166

Ananna takut gila tengok dinasour ni……lagi satu diansour ni siap boleh menyanyi bagai….

DSC08169

Eeeee…Dinasour ni macam nak mamam kepala I aje kan?

DSC08171

DSC08178

DSC08181

Ohh..that’s Ananna & me.

DSC08189

Anak beranak khayal tengok computer.!

DSC08190

Computer & Honey tidak dapat dipisahkan……..

DSC08195

Masa ni we all tengah tunggu untuk naik Heli….ekekek..Heli tipu aje…tapi Ananna over seronok….

DSC08200

Babai Petrosains. Jumpa lagi.

**sebenarnya, En Honey bekerja shift malam. Dia cuma tidur 2-3 jam dan sanggup berkorban hanya untuk memastikan si anak dara tidak terkilan kerana tidak ikut rombongan sekolah. Bukti kasih seorang Daddy! Thank you Honey**

**sekarang En Honey sudah bekerja waktu weekend. Kena tunggu beberapa weekend lagi baru boleh keluar as 1 unit family balik**

Sunday, December 26, 2010

Al-Fatihah.

 

Salam,

 

Tengah malam sabtu, saya terima satu phone call. Sepupu kami sudah meninggal dunia dalam pukul 8:00pm.

 

Malangnya, saya tidak sempat untuk berkunjung ke Dusun Tua.

 

Maaf. ごめなさい(gomenasai). 죄송합니다(jueh-song-hab-nee-dah)

 

Baby besar saya demam teruk. Menggigil satu badan.

 

Saya juga ikut demam selsema tetapi cepat-cepat makan ubat dan berlagak kuat. Sebab utama saya, tidak mahu Ananna ikut berjangkit. Biar kami saja yang sakit…jangan Ananna.

 

Untuk Emak..jangan sedih-sedih. Untuk keluarga Arwah, juga jangan sedih-sedih. Yang hidup pasti akan mati. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Arwah di tempatkan di sisi  orang orang soleh.

Saturday, September 25, 2010

Raya Playground.

Saalam,

 

Boring tak asyik baca cerita raya?? Hehe..harap tidak lar kan. Sebab raya itu beeesssstttt. Selain makan sedap-sedap kita juga dapat cuti paaaannnnjjjjaaannnggg..dan paling penting sekali saya dapat merehatkan jiwa dan perasaan dari mendengar rungutan demi rungutan dari pihak pelanggan. Biasalah….pelanggan HONDA tak sama dengan pelanggan PEROUA or PROTON. Harap maklum ye.

 

Hoccay..

 

Di sebabkan terlalu ramai yang datang menyerbu rumah PIL di Ipoh, Ananna mulalah rimas satu badan. Mujur di depan rumah ada playground. Jadi kami bertiga (saya, Ananna & Nurul – sepupu Ananna), menyusup keluar dari rumah dan beraya di palyground.

 

Tada…the gambar. Enjoy.!

 

SONY DSC

Ni lar muka budak-budak enjoy raya di Playground. Muka photographer lagi ler terlebih enjoy..ekeke.

SONY DSC SONY DSC SONY DSC  SONY DSC

Aksi-aksi “I want to touch the sky”

DSC04004 SONY DSC DSC04006

DSC04007 SONY DSC

Ah…Kakak Nurul also want to join….Weeee..

I wanna touch the sky

I wanna fly soo high..

SONY DSC SONY DSC DSC04009

*

*

*

Beautiful faces series!

SONY DSC

Iklan hidung kembang..hahaha..korek karang!

SONY DSC SONY DSC

Iklan ubat gigi…

  SONY DSC

SONY DSC

 SONY DSC SONY DSC SONY DSC

SONY DSC SONY DSC SONY DSC

SONY DSCSONY DSC

How? Ikut sama enjoy tak??

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Oh..more & more raya stories & pictures…tehehe.

Friday, November 27, 2009

Miza ada BF baru!

Serius.....korang mesti tak kenal sapa Miza.? Korang nak tau? Tak payah ler..ekeke..ha..geram lar tuh..tak puas hati ler tuh..hehehe..

Ok..ok..Miza tu adik perempuan saya. Bujang trang..trang..trang lagi..walaupun umur dia sudah mencecah 32 tahun..wait! If she already 32..then..yelah..yelah..saya sudah 34..! Me 34 yang lebih wiser, sexier & prettier. Boleh kah?

Minah ni love story dia agak pening sket. Tapi tu lah..Adik report " Wawa..wawa, Kak Ija dah ada BF baru..siap masak nasik lemak n bla..bla.." Fuh..gila bodek! Hilang Honey punye tahta menantu kesayangan!

Anyway..semoga berbahagia lar..dah penat2 bodek my mom and dad tuh nak tunggu apa lagi..kawen ler cepat.! Kan aman orang tua tuh sbb tanggungjawab dah berpindah kat husband pulak.

Tapi...ape ke hal mamat tuh tak reti nak balik masa raya tempoh hari..buat aku hilang mood nak beraya! Mencik tau! Sian adik..plan 2 minggu hancus macam tu aje. Lagi satu..ape ke hal nyer belum muhrim dah sibuk nak tidur rumah orang? Tak tau adat?? Tak tau hukum agama?

Emh..saya tunggu hingga minggu depan. Kalau buat perangai lagi..mamat tuh akan menyesal seumur hidup..nope tak main2..don't play..play!

Sunday, November 8, 2009

24/7 "tot..tot". oh tidak!!

Ada orang kata kalau sudah bekerja di "tot..tot" harus 24/7 jadi hak milik "tot..tot".

Haruskah? Perlukah? Logik kah?

Kalau saya menjawab..Half-half..Adakah membuatkan saya menjadi tidak setia dan tidak komited dengan "tot..tot"? Adakah jawapan mereka yang lain itu benar2 jujur dari hati atau...sendiri mau ingatlah.

Saya adalah saya. Saya bukan BRAND "tot..tot". Saya 24/7 hak milik Mr Iznil..24/7 hak milik Ananna..24/7 hak milik keluarga saya. Ada faham??

Oh lagi satu..

Duit boleh datang dan pergi..
Fesyen boleh datang dan pergi..

Tapi...

Keluarga akan tetap bersama kita..selamanya!

Sunday, September 13, 2009

Dari 7, kini tinggal 4.

Semalam makcik pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Saya tahu emak sedih. Makcik adalah adik emak. Adik beradik emak ada 7, 6 perempuan dan seorang lelaki. Emak anak yang ke lima. Kakak sulong dan abang emak sudah lama meninggal dunia.

Kini emak cuma ada 2 kakak dan seorang adik bongsu. Rumah yang Arwah makcik ni sebenarnya rumah pusaka. Saya membesar di rumah ini. Di sinilah saya mengejar ayam. Belajar naik basikal dan kemudian jatuh di sawah. Nenek (tak hingat nama) datang mengadu kat atuk (ketika itu ketua kampung) ada bebudak nakal rosak kan sawah dia. Saya menyorok belakang pintu sambil Arwah Atuk menjeling tajam.

Di rumah ini juga saya belajar memanjat pokok (terer ok), mandi sungai sambil mencari siput sedut sungai dan macam-macam lagi lah. Zaman ini lah yang paling seronok dan indah sekali. Selalu juga saya bermimpi dan balik ke rumah pusaka ini.

Sedih...kini rumah itu akan kosong. Saya tidak tahu akan nasib akan datang rumah yang membesarkan 7 anak Arwah Wak Badar dan cucu kesayangannya itu. Saya berharap sangat semoga ada yang masih sudi untuk menjaga rumah itu.

Buat sepupu2 saya yang bertiga itu, harap banyak kan bersabar. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Kami masih ada. Jangan putuskan tali persaudaraan.

Al-Fatihah buat arwah makcik. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman.