Sunday, September 19, 2010

2010 Raya yang penuh warna.

Saalam semua,

 

Alahai saya antara yang paling lambat ek hapdet pasal cerita raya. Tak pe lar…lambat maksudnya anda semua dapat yang terbaek…ekeke…ye lar tuh.

 

Ok..raya tahun ini macam raya tahun lepas juga dan tahun sebelumnya juga. Malam raya, berbuka dengan keluarga di Klang, sebab PIL sudah pulang untuk beraya di Ipoh. Pagi-pagi raya selepas solat sunat Aidil Fitri, sessi bermaafan kami suami isteri..anak beranak including Orange.

 

Kemudian bertolak ke rumah keluarga di Klang. Sessi makan pertama bermula. I loike..nyummy.

 

Nah…gambar yang sempat snap.

SONY DSC

Kami bertiga.

Kami tak buat macam family lain yang siap ada theme color. Yelar..tak kan lah tiap2 tahun kami nak bercolor theme PINK kot (PINK = anak dara fav color). Tengok…Ananna berbaju PINK, kasut pun PINK, spec pon PINK, getah dan sepit rambut juga PINK…korang ade??

SONY DSC 

SONY DSC

 

Honey berbaju melayu color biru…my fav color. Saya pula ber abaya tahun ini. Jika berkenan dengan abaya sila layari Abaya.

 

SONY DSC SONY DSC SONY DSC

Anak dara yang seronok beraya. Setiap kali snap gambar dia akan tanya “Nanna cantek ter Mommy”. Ok, jawapan kena standard ye..kalau mahu dunia aman!

”Canteeeeekkkk”.  jawab Mommy. Mommy mahu hidup aman..!

 

SONY DSC SONY DSC DSC03831

Bergambar satu family. Adik lelaki saya tiada dalam gambar kerana terpaksa bekerja di raya pertama.

SONY DSC

Gambar ketika perjalanan beraya di Kajang.

*

*

*

Gambar seterusnya ialah gambar raya di Kajang. Rasa tak perlu nak terangkan kot. Sebab..aktiviti utama tentu saje MAKAN…semuanya lazat-lazat.! Kat Ipoh tak jumpa ketupat nasik…jadi kita hentam makan aje lah. Tapi..kat Ipoh ada rendang tok yang sedap dan sangat sedap tau.! Serius!.

 

SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC

 

SONY DSC

SONY DSC

Kami adik beradik bergambar dengan Busu.

 

SONY DSC Anak dara menyelit!

SONY DSC

Saya & Beby.

SONY DSC

Honey & Pak Teh.

 

Topik hangat di hari raya, sudah tentu lah kes kes pembunuhan Dato’ Sossilawati.

 

Selain dari itu, saya agak letih menjawab soalan “bila nak tambah lagi satu?”.  Masa kami tiada Ananna selama 5 tahun, soalan lebih kurang serupa. Jawapan kami juga lebih kurang serupa..”tiada rezeki”. Buat anak bukan semudah 1,2,3…ok. Kadang-kadang rasa macam nak marah…lama-lama jadi lantak lah. Yang penting kami happy.

 

Topik duit raya jadi topik sensitif untuk saya tahun ini. Saya tidak ajar Ananna untuk meminta-minta duit raya. Kalau ada yang hendak bagi..ye Alhamdulillah. Tetapi kalau tak mo bagi jangan lah keluar statement “tak bleh bagi duit raya kat Ananna nanti mak abah dia ambik” or “tak bleh bagi duit raya banyak-banyak nanti mak abah dia ambik”. Hello…tolonglah. Tiap-tiap bulan kami sudah agihkan sejumlah duit untuk simpanan Ananna. Bukan setakat simpanan peribadi sahaja malah insurance nyer…education plannyer. Tak kan lah setakat RM2-RM3 pon kami nak kecoh curik! Kami susah macam mana pon tak ade lah sampai tergamak nak curik duit anak. Bila ada orang keluar statement melahar macam ini, selalunya saya hanya mendiamkan diri. Diam bukan masuk saya takut. Diam bermaksud, saya tidak mahu bersengkokol dengan Syaiton. Lebih-lebih lagi di hari raya….tak pelah…saya maafkan walaupun hati saya sedikit terguris.

 

Ok lah…buat masa ini itu saje lah dulu. Saya masih menunggu gambar family Ipoh dari jurufoto professional Encik Kembar Honey. Katanya tengah edit…yang ada cuma ini..

Honey & turbun

kehkehkeh..

Bila dah ada gambar, kita cerita pula raya di Ipoh.

 

Owh…jangan tak tau…kami bukan hanya ada raya di Klang, raya di Kajang & raya di Ipoh..tapi kami juga ada…

Raya di Playground.

SONY DSC

&

Raya di Zoo.

SONY DSC

 

Nanti kita sambung cerita ye.

 

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!

No comments:

Post a Comment