Sunday, May 17, 2009

Birthday Story - 2










Best..best..best. Itulah gambaran percutian kami kali ini. Segala perancangan terlaksana.

Dari hanya duduk-duduk di balkoni sambil menghirup kopi panas dan menikmati hidangan cupcakes birthday, melihat ikan-ikan berenang girang dari balkoni dan lantai bilik air, menikmati sepuas-puasnya angin laut dari balkoni atau gazebo yang di sediakan, khayal dalam buku yang saya baca berjam-jam di balkoni, hanya berborak kosong dengan suami tersayang juga di balkoni, bergurau-senda dengan anak tunggal juga di balkoni, melihat sepenuhnya proses tenggelamnya sang matahari, mendengar deruan ombak menghempas pantai dari atas chalet, melihat bot-bot kecil melintas di hadapan gazebo, burung-burung terbang riang menyambut munculnya sang matahari, berendam hingga kecut di kolam, melepaskan rindu dendam dengan mandi laut sepuasnya, menikmati hidangan malam di tepi pantai, berlari anak di tepi pantai...........

Agh..terlalu indah suasana 3 hari ini.

Sebentar lagi, kami semua akan check out. Berat benar rasa hati mahu melangkah meninggalkan tempat ini. Mahu saja kami tinggal lebih lama lagi di sini…jauh dari segala beban kota..jauh dari segala bingit dan sesak kota. Jauh dari segala kemelut politik di Perak. Maaf…di sini tiada hubungan internet maxis 3G. Jika mahu kami terpaksa berjalan ke lobby bagi menikmati Wifi percuma. Tetapi kami tidak mahu mengacau mood cuti jadi di tong sampah sahaja cadangan melayari internet.

Apa pun…kami sudah mula merancang percutian kami yang akan datang…Oh..tidak sabar untuk menunggu saat itu.

No comments:

Post a Comment