Monday, May 30, 2011

I proud of yaaa.

 

Hui..mau nak ikut naik pening Mommy and Daddy. Setiap kali Ananna buat sesuatu yang elok …yang baik…mesti dia paksa kami berdua cakap “I proud of yaaaa”.

 

Ada tatasusila nya bila nak sebut “I proud of yaaa” ni…contoh…kena sebut “yaaa” bukan “you”. Tak boleh jerit…kena cakap slow-slow dan dengan rasa proud. Turutannya mesti Daddy yang cakap dulu baru Mommy.

 

Boleh perperang sakan kalau kami berdua  tak ikut tatasusila yang ditetapkan ni.

 

DSC08279

Muka Ananna nak dapat “I proud of yaaa”

Sunday, May 29, 2011

My beautiful Princess - Ananna

 

Dia kata dia cantik. Dia kata dia cantik macam Mommy.

 

Mommy jawab…..betul lah tu…ekeke.

 

DSC08237DSC08238DSC08239DSC08240

DSC08283DSC08284

Sunday, May 22, 2011

Pengguna HONDA..jangan hantar ke HONDI!

 

Hahaha…lawak!.

Pengguna HONDA, sila service kereta anda on time dan hanya hantar ke Honda Authorised Service Centre.! Jangan pergi HONDI!…ok?? Owh…jangan lupa….bila perlu untuk mengganti alat ganti pastikan beli yang tulin  sahaja!

 

Saturday, May 21, 2011

Kasih Ibu hingga ke akhir hayat.

Salam....

Sedih apabila saya membaca artikel dari Kosmo. Itu lah pengorbanan dan tinggi nilai kasih seorang ibu.......

ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.



Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.



Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.



Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.



Api menyambar tubuh



Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.



Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.



Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.



Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.



Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.



Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.



“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.



Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.



Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.



“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.



Jeritan sayu Rafidah



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.



Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.



Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.



Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.



Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.



Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.



“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.



“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.



Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.



“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.



Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.



“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.



Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.



“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.



Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.



Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.



Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.

Friday, May 20, 2011

Di antara iman dan rezeki. Di antara semut dan Manusia.

SEMUT

=====



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.



Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".



Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".



Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"



Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".



Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".



Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.



Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.



Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".



Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.



Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".



Itulah Iman Semut!!



MANUSIA

=======



Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.



Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.



Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.



Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.



Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.



Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.



Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.



Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.



Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".



Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.



98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".



Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.



Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.



Kata Saidina Ali kepada Kamil: "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".



Soalan: Bagaimana IMAN kita?

Thursday, May 19, 2011

Heritage Hotel : Cameron Highland.

 

Hola,

13 May – birthday saya tapi kami tak buat apa-apa celebration pon sebab ada appointment dengan doctor untuk check baby dalam perut…..Ni kita cerita kemudian ek….

 

14 May, tepat 11:00am kami bertolak ke Cameron Highland. Eeee..dah lama tak pergi cameron ni…adalah agaknya 10 years kot. Masa mula-mula pergi dulu, Ananna tak ada lagi. Ni kira 1st trip Ananna lah ni….huhuhu…sedih pulak rasa. Kami hanya buat short trip sahaja memandangkan condition saya yang masih tidak berapa nak ok ni.

 

Ananna memang super excited dengan trip kali ni. Sampai sanggup bersengkang mata sepanjang perjalanan sebab tidak mahu terlepas. !

 

Trip kali ini kami memilih untuk mencuba jalan Simpang Pulai. Uih…mentang-mentang jalan cantik…ramai juga yang tidak mahu menjaga tatasusila ketika memandu. Ish..ish…kalau kata kemalangan itu ko sorang aje yang terkena ok lah…jangan terkena juga kami yang innocent ni!.

 

Perkara pertama yang kami lakukan ketika menjejak cameron ialah mencari Heritage hotel. Gambar tidak banyak….sebab kami sampai dalam keadaan hujan lebat dan Seeeeeeeejjjuuuuuukkkkk!. Makan tengahari pon main pakai room service aje.

 

DSC08220

Selamat datang ke Cameron Highland!

DSC08221

DSC08222

View dari balkoni hotel.

DSC08223

Juga view dari balkoni hotel….our room.

 

Review tentang Heritage….oklah hotel ni. Tak ada lah teruk sangat dan tak ada lah WOW sangat. Kami yang tidur cuma semalam ni, kira puas hati lah.

Ok..sambung lagi ….tehehehe…dah macam trademark pula ye…cerita bersambung-sambung.

Monday, May 16, 2011

13 May–Happy Birthday to me.

 

Saya dan mereka…..punya persamaan. Lahir pada tahun yang sama, masih fabulous & dan amazingly menawan…hehehe. 

 

Angelina Jolie

Charlize Theron

Drew Barrymore

Enrique Iglesias

David Beckham.

 

&

 

*

*

*

DSC08211

 

DSC08213

 

That’s me..Azura Iznil with the cake yang sangat yummy (serius) & my Ananna yang sebok nak buat seperprise (surprise). Kata Ananna…nak bagi hadiah gelang emas kat Mommy…*cough**cough*…..(harap Daddy baca blog ni dan tunaikanlah permintaan anak tu ye!………heeeee)

Owh…ada lagi…..

Happy birthday too to Robert Pattinson Yummy..tehehe.