Thursday, April 14, 2011

BigBang–LOVE song.

 

Adakah hati sehebat “lembu jantan” sudah jadi lembik macam donut.??

Nope..nope…

Saya tetiba sudah jadik macam “school girl” yang gugaga melihat 5 lelaki kacak from BIGBANG dancing-dancing sambil nyanyi…”I hat this love song…I hate this love song”……………….ooooooooo…I terpesona U…..

X caya…sila tengok MV rasmi ni…..So SEKSI!..slurp!

 

 

If nak menyanyi sesama..ni ha MV yang ada Romanization and english translation sekali. Jangan ngada nak mintak Malay transalation pulak. Bersyukur apa yang ada….hahaha.

 

 

Bila Bigbag nak datang Malaysia buat konsert???? Saya angkat tangan tinggi-tinggi naaaakkkkkkkkkk.!

Saturday, April 9, 2011

Appreciation Day.

 

Salam..

 

Peristiwa dua minggu lepas…tehehe..macam dah basi tak story ni?

 

Ape-ape pon, masa ni saya migraine. Tetapi sudah berjanji mahu menghadirkan diri…gagah juga lah.

 

Masing-masing Hondarian segak ber t-shirt seragam bersama family. Banyak jugak lah program. Ada games. Ada konsert. Meriah. Ingatkan nak up kan skill mengambil gambar. Tapi hampeh. Sebabnya migraine menyebabkan tangan saya shaking.

 

Owh…macam biasa…saya pergi berdua sahaja dengan Ananna. Enjoy je lah tengok gambar yang hasil tidak seberapa dan tidak shaking…huhuhu.

 

Ananna3ananna4

Ananna melopong tengok Raja Azura.

ananna5ananna6ananna7

Ananna sedang ber “sand art”.

DSC07887

DSC07923

Nope..nope…dedua pon bukan hasil Ananna. Ananna buang hasil seni yang dia buat. Dengan alasan “TAK CANTIK”. Sungguh perfectionist anak dara ni tau. Gambar rama-rama itu adalah hasil dari anak perempuan kepada Sit Hadjar dan Ultraman hensem itu pula hasil dari Mat Kuntum…ahem..bukan budak ye…tapi BUDAK BESAR.

DSC07891DSC07892

Games yang Ananna nak try…tapi tak boleh lagi sebab belum cukup umur.

DSC07893

Ananna menahan sabar untuk di lukis.

DSC07907

Her turn…

Ananna2

Tada….

DSC07924

Jom balik!

 

I..ni kalau tak drama tak sah lah kan. Nak balik pon boleh sesat. Ntah masuk kampung KL mana ntah. Tetiba jumpa Bukit Jalil……aish.

 

Walaupon saya migrain hari itu tetapi saya terasa sangat di hargai.

 

Thank you Honda.

Friday, April 8, 2011

Melepas geram!

 

Tempat saya adalah tempat dimana letaknya GUNUNG BERAPI, TSUNAMI, GEMPA BUMI..nuke plant yang bocor…cakaplah..semua ada.

 

Tahu kenapa?

 

Ha…tak payah cerita lah kenapa. Itu yang kena KUAT dan GAGAH PERKASA saja yang mampu duduk di tempat saya.

 

Di sebabkan sudah terlalu biasa, jadi saya sudah semakin PUPUS feeling-feeling sentimental.

 

Bila hari ini, ada lah satu MAMAT (sumpah! saya tak kenal. Tak pernah jumpa & tak pernah bercakap pon) tetiba telefon dan berlagak macam BAGUS dan paling penting membuat tuduhan palsu (Boleh ke?).  Telefon orang dah merepek bagai. Saya pon mula-mula tu cakaplah sopan santun bagitau dia tolong refer kat si polan ni. Sebab si polan ni yang PIC. Saya ni dah jadi step no 3.

 

Tetiba dia bising-bising cakap mengarutlah kan..merepek bagai. Kali ini saya terpaksa meninggikan suara. Suruh dia check balik SOP dan mintak dia refer to that polan la. Saya siap offer kan diri tolong dia follow up lagi.

 

You all tahu tak apa dia buat lepas tu.?? Dia lepas geram dengan meng e-mail kat saya. Which email containt dia serius KURANG AJAR. Who the hell he think nak cakap benda-benda macam ni dengan saya??

 

Tetapi disebabkan saya ini PROFESSIONAL, saya dengan humblenya meminta maaf jika saya sudah terkasar bahasa (which I’m not pon). Tahu dia balas apa??? WHO CARES  dan di ikuti kata-kata yang sungguh mengguris hati saya.

 

I think kalau orang lain yang baca sure nanges lah kan. Saya masih relax dan cool. Cuma satu email tu membuatkan saya kehilangan kesabaran. Saya suruh dia tengok cermin sendiri dan beritahu dia betapa RUDE nya dia terhadap saya. Itu adalah last  email saya kepada MAMAT yang saya tak pernah kenal, tak pernah cakap dan tak pernah jumpa. Dia ada reply tetapi saya sudah mentongsampah kan email jahanam itu.

 

Serius…kalau di layan..lama-lama saya juga akan jadi ST*PID macam dia.  Lebih baik saya layan lagu Avril Lavigne sambil nyanyi diam-diam kat workstation sendiri…hehehe.

 

PERHATIAN : Saya juga punya hati. Hati saya juga SGT FRAGILE.

Sunday, April 3, 2011

Ananna buat concert terbuka percuma di McD, Klang Sentral.

 

 

no2

Hi! Nama saya Adrianna Khaleda Iznil. Nama manja saya Ananna. Saya berumur 5 tahun 6 bulan. Hari ini saya mahu menggembirakan semua orang dengan persembahan concert solo saya yang pertama. Harap semua enjoy….!

 

no 1

no3

no4

no5

no6

no9

no7

Finale….aaaaaaaaaaaaaaa!

no8

Thank you all…I love youuuuuu…

Thursday, March 31, 2011

Drama..drama..drama Rome–Kuala Lumpur.

 

I'm coming home
I'm coming home
tell the World I'm coming home

Tidur malam tidak lena…breakfast pagi di ambil ala kadar. Semuanya kerana mu Malaysia. Negara tanah tumpah darahku yang tersayang. Segalanya mungkin di Malaysia. Segalanya BOLEH di Malaysia…tsskkk…tssskkk…

 

9:30am, kami bertolak ke Airport…sobsobsob..sedih mahu meninggalkan Rome, Italy. Jika umur panjang..tahun depan bulan January, kami datang lagi…tehehe.

 

Btw, posting kali ini less gambar. Kan dah kata drama…..jeng..jeng…jeng.

 

Jadual penerbangan kami ke Dubai, sepatutnya bertolak pada pukul 2:30pm. Di sebabkan kami BAAAAAAAANNNNNYAAAAKKKK MASA…ramilah antara kami yang sambung SHOPPING (excluding me). Ada tu siap beli bag Longchamp semua jenis dan di dalam semua color. Fuh..hebat tak orang Malaysia shopping.??

2:00pm : tunggu..tunggu..tunggu..

2:30pm : tunggu lagi…laaaaaaaagi….laaaaaggggiiii.. Macam menunggu buah yang tidak gugur. Macam burung hantu menunggu kekasihnya Si Bulan purnama…ewah!

Akhirnya, khabar berita sampai. Flight delay hingga 3:30pm.

3:30 pm : Delay to 4:30pm…Hoi! dah lapar lah. Masa ni ramai kurang sabar. Kerana kebanyakan dari kami TIDAK makan lagi. Sudahlah kami tidak di beritahu kenapa flight delay dan bila kah penerbangan seterusnya. Penantian seperti ini benar-benar membakar JIWA! Sudah tawaf entah berapa RIBU kali Airport tu. Sampai nak tercabut kaki di buatnya!

 

4:30 pm: Delay lagi. Katanya, ahli rombongan lain akan menaiki penerbangan pada pukul 5:30pm. Honda Associates dan 4 orang ahli rombongan dari kalangan dealer pula terpaksa berlepas pada pukul 8:30pm. Wah……! PENGSAN!. Kami semua di arahkan ke kafe berdekatan. Apa lagi memasing pon…..MAMAM! Ada drama lagi….rupanya, makanan FREE hanya khas untuk 23 orang yang akan berlepas pasa pukul 8:30pm. Bayangkan kami yang cuma ada 16 orang cuba untuk mententeramkan ahli rombongan yang lainnya…huhuhu.

 

5:30 pm: Ahli rombongan yang lain bertolak.

Kami yang 23 orang ini……………..TERSADAI lagi.

 

DSC_0662

 

Sempatlah saya mengerjakan solat di tepi kawasan cafĂ©. Kemudiannya, kami di arahkan ke “tempat orang-orang berduit menunggu kapal terbang”…..hahaha. Sebabnya, kami dinaik tarafkan dari economy ke kelas business..yaaaahoooo.

 

DSC_0663

 

Adalah tempat selesa untuk solat Maghrib dan Isya’. Alhamdulillah.

Tetapi………drama tak habis lagi…..8:30pm yang di janjikan sebenarnya adalah dalam lebih kurang 9:30pm. Waduh….! Udahlah badan bau masyam!

 

Akhirnya……………………….

 

Photo0161

 

Kami….TIDUR lena kat business class tu. Except me lar…Why? Sebab ada lah orang tu…orang tu..orang tu…habis dinner aje terus KRRRRRROOOOOHHHH dgn kuatnya. Walaupon saya pasang lagu korea guna headphone dan bervolume tinggi tapi Krrrrrrrooooohhhhh orang itu lebih hebat lagi…huhuhu.

 

Orang itu bukan orang yang di dalam gambar. Dia berada di belakang saya sebelah Mat Saleh yang muka agak blur itu.!

 

Kami sampai dengan selamatnya di Dubai subuh hari. Sampai aje kena kerjakan benda WAJIB. Solat dan kemudiannya breakfast. Kat sini saya sempat beli t-shirt dan camel pink untuk Ananna.

 

Kami bertolak dari Dubai pada pukul 10:10am. Di jangka sampai dalam pukul 8:30pm. Tetapi……………wah drama lagi ke??? yeap…kapal terbang terpaksa di bawa dalam keadaan rendah kerana ada RIBUT PETIR..huhahaha..sangat takut hoccay.! Sepanjang perjalanan 6 jam, saya berborak dengan mamat saleh dari Germany. Baik gila. HENSEM! tehehehe.

 

Sempatlah saya mengerjakan solat di dalam flight for the 1st time. Walaupon dalam keadaan kurang mengizinkan…di mana kapal terbang asyik bergoyang-goyang tetapi Alamdulillah.!

 

Disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik…kami hanya sampai ke KLIA pada pukul 9:10pm……

 

Wah…memang tidak sabar…mahu jumpa Honey dan anak dara. Mahu cium bantal dan selimut busyuk….oppps!

 

Penat tak payah cakaplah. Siap tido berkeroh…demam PANAS…menggigau terjerit2….akhirnya, esok saya cuti. Badan tidak tahan…masih ikut time ROME.

 

Habis dah drama. Saya lega sangat perjalanan kami kali ini semuanya ok walaupon ada drama disana dan sini. Alhamdulillah. Makanan kami di jaga. Solat pon jaga. Tak tinggal walaupun sekali. Alhamdulillah.

 

Seperti yang orang lain tahu…saya ulang…tahun depan kami akan tour lagi Italy…sapa mahu ikut?????

 

Ok! Habis dah episode panjang di Italy.

Sekian. Terima Kasih.

 

Next posting : Ananna buat concert kat McD Klang Sentral!