Sunday, April 26, 2009

Wknd - Birthday Mak.



1. Location : Jusco Bukit Tinggi Klang..
2. Birthday mak yang ke 67.
3. Tak sempat nak snap banyak2 sebab sibuk layan princess.
4. Pizza sedap..sbb crunchy. Suka mamam yang boleh keluarkan bunyi krup krap!
5. Saya ? Behind the camera.
6. Kembar Honey juga berada behind the other camera.
7. Tak aci macam ni..sapa nak amik gambar saya nih....ish!

*Saya dilema sekarang..mahu Damai Laut atau Legend Water Chalets atau Avillion Water Chalet gak. Ish..pening*

Wknd - Tanjung Harapan Klang.

Chef & pembantunya..
Daging burger yang terkenal kelazatannya!



Atuk & Nenek Ananna!

Shopholic!

Kadang-kadang saya hairan orang boleh membeli sehingga 3 pasang kasut, 4 botol perfume, 5 helai bra, 3 bag tangan dan satu set make up dalam sekali shopping.

Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu di dalam hati melihat keupayaan mereka dalam membeli belah. Tentu rasa jaki melihat mereka menjinjing barang-barang hasil belian.

Secara jujurnya, saya suka kan great bargain. Siapa tidak??

Tetapi....saya bencikan suasana yang bising dan dalam keadaaan berebut. Paling lama saya boleh berada di sana cuma 30 minit. Selepas itu saya mulai bosan. Dalam keadaan yang hiruk pikuk dan keadaan manusia yang separuh sedar itu membuatkan nafsu shopping saya mulai terbantut.

Saya sukakan keadaan yang aman di mana saya boleh membeli dengan secara tenang dan hanya membeli barang yang benar-benar perlu sahaja. Bukannya di pengaruhi oleh nafsu.So far ni, tempat yang tenang selalunya punya harga yang mahal. Ha..kalau begini pun boleh membuatkan nafsu saya terbantut.

Emh...yang pentingnya..dalam keadaan ekonomi begini kita perlu lah pandai berjimat. Bukan kah pembaziran itu kawan kepada syaitan.

Bila fikir2kan balik..apa lah yang saya sibuk nak jaki sangat ..kalau ada yang membeli 3 pasang kasut, 4 botol perfume, 5 helai bra, 3 bag tangan dan satu set make up..sebabnya..at the end pun saya tetap setia degan kasut croc color merah, perfume tanpa alkohol, bra pun baru beli jerk, bag tangan?? tidak perlu kerana saya setia dengan backpack dan make up yang ada ni pon tak habis pakai lagi ha...

Jadi perlu kah saya berebut-berebut di metrojaya warehouse sale itu??

Ye..maaf..demam metrojaya tidak habis lagi..

*Bila shopping mesti fikir barang Ananna dulu*

Thursday, April 23, 2009

Perasan!




Bosan tak ada orang nak amik gambar saya..so amik gambar sendiri ler...

Update - Metrojaya Sale.

Ramai orang jadik crazy dengan Warehouse Metrojaya Sale. Saya antara orang yang tergolong dalam kelompok ini lah. Menggigil tubuh badan bila dengar Warehouse Metrojaya Sale ni.

Tetapi.......

Warehouse sale itu jatuh pada hari waktu bekerja ..(ceh macam nak umum hari raya). So...plan kena baikkk punya. Tension tau!

So? Apa kah barang belian saya?

1. T-Shirt jenama Renoma color biru - 2pcs
2. Seluar legging color biru gak jenama Poney - 1pc.
3. 2 keping jambu batu.

Di sebabkan tension punya pasal..balik rumah terus "Honey..jom gi Seksyen 7. Dah lama tak beli tudung". Huh..alasan. padahal ada banyak tudung..but wait...tudung yang kat rumah tu dah lama ar dan ada yang tak match dengan baju. Solution nya...seksyen 7 lah babe.

Barang belian saya?

1. 1 tudung hitam belah depan.
2. 1 anak tudung jenis serkup dan tutup hingga ke arah tengkuk.
3. Selendang hitam.

Why hitam? Senang nak match dengan kasut merah saya oke.

Emh..rasa macam esok nak pergi sana lagi lar..nak rembat lagi satu tudung belah depan. *kira duit dalam purse* Emh...tak beli pun tapi dapat cuci mata pun dah puas hati.

Oh..lepas ni nak cari Fatihah..nak belajar cara-cara lilit tudung selendang. Tengok dia buat macam kemas jerk...tapi tak tau lah kalau saya pulak buat. Ntah apa jadik nanti..

Ok...apa lagi..alamak..lupa lagi nak upload gambar hasil dari camera DSLR saya tu...nanti lah yer.

* Masa tengah sibuk gila amik gambar kena tegur dengan abang2 polis. Mengurat...ingat gue ini anak dara lagi...wah...! Terpaksa tunjuk..ahem..ahemm..Honey saya ada kat belakang tu lah abang polis...ekeke.*

Tuesday, April 21, 2009

Metrojaya...oh..Metrojaya!

Yoooo...esok ialah hari yang di tunggu-tunggu. Metrojaya Warehouse Sale.........

Jom..jom..jom..kita shopping.

Malam tadi saya siap mimpi-mimpi lagi..mimpi melampau di Metrojaya Sale..gitu. Aih..sakit benar ni..

Ok..sebabkan dah malam..nak bobok..saya akan sambung perkembangan Metrojaya Sale esok...dan juga perkemabangan hari minggu saya.

Dadada..gudnite.

Eh..psssstttt..esok dan lusa macam dalam heaven. Semua boss tada...meeting kat East Cost...Yebadabadoooooo!