Showing posts with label hijab. Show all posts
Showing posts with label hijab. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Hari ini dalam sejarah–5 Dec 2011.

 

 

5 Dec 2011


Ananna 1st day kat school. 2nd year kat tadika.

 

Walaupon dah 2nd year, Mommy and Daddy sanggup ambil cuti untuk hantar Ananna. Hantar Ananna sampai depan pagar saja lah. Sebabnya Ananna kata, "Dah..dah Mommy. Pergi balik. Nanti amik Nanna ye". Sambil babai-babai dan flying kisses. Amboi! bukan main lagi anak dara ni ek… Uhuk..mommy sendu tau!

 

Balik rumah...sunyi.


Cuma ada Orange Jnr. Tapi mamat tu pon bobok aje sepanjang hari. Kacau-kacau..usik-usik pun dia tak layan.

 

Daddy pon sama. Join Orange bobok.

 

So..Mommy pon apa lagi..layan CH393 - ONE HD...hahaha..lantak aku belasah tengok cerita Korea. Start dengan The Big Thing...ada Kwon Sang Woo..ngehngehngeh...seksi semeksi mamat ni. Lepas tu ada cerita Secret Garden...hero dalam tu tak seksi tapi macam poyo..poyo yang cute....ekeke.

 

Dah habis bersecret tukar pulak My  girl..auwww..mamat hero dia pon cute..tapi cute yang hensem...hahaha. And....ada cerita the 1st wives club...addicted tengok cerita ni...sebab..sebab..sebab ada Lee Sang Woo Oppa...auwww..Siyes..! Siyes..! Siyes.! Mamat ni..tall, muscular and Seksi..ekeke. I tak tahan tengok lelaki yang tingginya 6 feet and badan meksi ni. Ha..sekarang you all tahu why I kahwin dengan My Honey busyuk sayang tu...*shy..shy*


Pergh...

Ok jom kita masuk topik serius balik.

 

Walaupon Ananna masih tadika tapi jadual sekolah dia dah macam sekolah biasa. Start sekolah dari 7:30am - 2:30pm. Sebab saya masuk kan sekali sekolah Pre-Tahfiz. Plannya, setiap wknd, kami akan hantar Ananna untuk kelas English. Tengah survey...cheh..lambat betul Mommy ni buat keje. Project ni akan finalise by next week.

 

Next year pulak, saya plan hantar Ananna ke Private School...nope..nope..nope bukan Sekolah Sri Tenby tu..oi! Moy boleh pengsan hoccay!.

 

Tapi saya akan hantar ke (InsyaAllah) Sekolah Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya. Sekolah ni jenis sekolah Intergrasi, di mana ada sekolah biasa dan sekolah agama dalam satu sekolah. Menariknya, setiap pagi, 1 jam anak-anak akan bertilawah Al-Quran.

 


Ada yang tanya kenapa saya tidak mahu hantar ke Sekolah Cina..nanti dia jadik macam Superstar sbb pandai Mandarin.

 


Emh..anak saya pun akan jadik superstar juga kalau dia mahir ilmu agama dan ilmu dunia. Kena seimbang. Ini tanggungjawab kami as a parent. Seriously, saya seram dengan gajala-gajala sosial sekarang. Kami tidak mahu hanya pandai buat anak tapi tidak pandai mendidik.

 

Sekarang ni Ananna sudah mula bertudung secara part time. Mulai tahun hadapan dia akan mula berHIJAB secara full time. Saya tak mahu hanya bertudung kerana fesyen tetapi  wajib berhijab kerana Allah.

 

Sempena tahun hijrah 1432 dan bulan safar ni, sukalah saya menyerulah kepada kita-kita semua yang masih free hair tu, jom lah kita cover the aurat. Sesiapa yang masih bertudung kurang sempurna tu, jomlah kita menutup aurat secara sempurna.

 


Akhir kata (ewah...macam buat ceramah politik..ekeke)...

 

"Solat lah kamu sebelum kamu di solatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu di tutupkan"

 


P/S : Sorry..kata nama bertukar ikut mood. Sekejap aku, sekejap Mommy, sekejap saya..sekejap I. Tapi yang pastinya semuanya adalah Azura Iznil..the Original.

Saturday, October 30, 2010

Kononnya… Islamic Fashion Show.

 

Saalam,

 

Ramai sudah tahu pasal ini. Saya sebenarnya TERKEJUT dan terus rasa MALU. Melebihkan rasa TERKEJUT dan MALU bila saya tahu siapa penganjurnya & siapa pula penaungnya.

(Kang aku cakap bangang karang ..marah pulak)

Serius kata…ALAHAI! Faham atau tidak apa itu fesyen di dalam islam.? Ok..lah..kalau masih tidak mahu faham2 meh baca sini

Patut tukar nama ni…kena taruk non-Islamic Fashion Show!

 

 

 

Aaaahhh..kalau macam gambar kat bawah ni baru betul Islamic fashion…kan..kan..kan?

 

Cantik!..Manis!..Ayu!..MENUTUP AURAT!

 

Ish..ish..ish..isteri sapa lah tu kan? Ekeke.

 

P130910_13.12

 

Ha..yang kat bawah ini pula, model fashion muslimah in the making.

(Maksud model muslimah – WAJIB yang menutup aurat. Tidak boleh memakai tudung tetapi bajunya singkat, jarang, ketat, pendek atau sewaktu dengannya. Tudungnya juga WAJIB menutup dada..ok?)

 

P130910_13.16

Ish..ish..ish..anak dara sape lah tu?

 

*

*

*

Info gambar :

Model dewasa : Azura Iznil

Pakaian            : Abaya Kameela

                           Sila klik maribeliabaya

                         

Model kanak-kanak : Adrianna Khaleda Iznil

Pakaian                   : Poney (sendiri punya)

Venue untuk kedua-dua model : Kedai basikal Specialized kat The Strand Kota Damansara. Ok..ok..nama penuh kedai ni tatau…tapi kedai ni satu deret dgn Ariani & Hurul Ain.

Hei…tengok..tengok…walaupun saya eh model dewasa itu menutup aurat lengkap tetapi tidak janggal pun masuk kedai basikal kan? Mana tahu satu hari nanti korang boleh lihat Model (sambil berhijab lengkap) & family berkayuh di Guthrie Hiway pagi2 buta hujung minggu!…hahaha..ok..kuat gila saya dreaming!

P/S : masa ni Daddy sedang beli KASUT RAYA!

Tuesday, June 29, 2010

Sesuatu tentang Hijab.

Salam,

Percaya tak kalau saya kata kebanyakan fesyen hijab terkini adalah tidak mengikut tatasusila berhijab. Sedih juga apabila sesama kita bertegang urat tentang fesyen hijab ni. Ada yang kata bersanggul tinggi itu salah. Ada pula yang kata bersanggul tinggi itu tidak salah asalkan menutup aurat.

Bukan kah perkara begini hanya akan menambahkan kekeliruan?? Tidak malukah??

Saya tanya..jujurnya..cantik kah bersanggul tinggi?? Apa tujuan bersanggul tinggi?? Apakah dengan bersanggul rendah itu tidak cukup cantik?? Ye adik-adik semua..saya sehingga sekarang tidak jumpa lagi lah hukum mengatakan sanggul tinggi itu haram..tapi takut pula bila sudah bersanggul tinggi akan menimbulkan RIAK di hati. Sudah jatuh dosa! Camne?? Sape nak jawab??

Bak kata kawan non muslim saya.."Eh napa pompuan tu nampak macam ALIEN"..ha hambik! sapa nak jawab tuh.

Sepatutnya, bila kita berhijab..bukan sekadar menutup rambut sahaja. Semua perkara juga harus di tudungkan. Perempuan islam bukan bahan lelongan..bahan tontonan. Tempat kita amat istimewa di dalam islam. Ini bila cantik manis berhijab..merokok macam naga. Tidak menunaikan solat wajib 5 waktu. Pergi surau hanya untuk touch up make up or TIDUR... Camne tu??

Ha..ada lagi...pasal baju pula. Berhijab..tetapi berlengan pendek, berbaju jarang, berbaju ketat dan sebagainya lah. Tak pon berhijab tetapi nampak jambul..nampak dada..eee malu..! Tetapi apabila mahu bersolat pandai pula kita mencari telekung..nak cover..mahu menutup aurat. Wajibnya, kita harus menutup aurat sama macam waktu kita bersolat. Betul kan??

Ok lah..tak mo membebel lagi..nanti korang boring. Jadi renung-renungkan lah. Saya pun tidaklah 100% betul. Saya masih berusaha sedaya upaya...walaupun ada banyak halangan.

Psstt..butik munawwarah baju-bajunya menutup aurat. Saya suka skirt cotton dan seluar palazonya..cuma tidak beli lagi kerana color tidak ngam. Jika mahu mencari Abaya cantik boleh juga ke Taman Tun..ada butik House of Jalabiya - Hurul Ain. Harga boleh tahan. Cawangan ada di kota Damansara..tapi kat sana di panggil House of Abaya kalau tidak silap..fuh..cantik-cantik I tell you.

Eh..ni bukan promotion ye..sekadar berkongsi maklumat.

Disebabkan sudah terlanjur bercerita tentang hijab..mari lihat fesyen hijab itu sendiri. Dah makin kurang orang bertudung bawal. Bak kata seperti zaman dinasour. Sekarang ni fesyen Instant Hijab lar..or lebih popular Tudung Ekin..dan Syria Hijab tapi kalau kat oversea di panggil Amira Hijab. Tak tau pula kenapa di panggil Syria hijab..orang-orang Syria pakai hijab fesyen nya begitukah?

Saya selesa bersyayla sedondon dengan Abaya atau berAmira Hijab. Nampak in dengan muka ku. Saya sudah pakai fesyen ni sebelum fesyen ni popular lagi. Tapi masa tu susah nak cari orang jual hijab Amira ni..kalau ada pon tak berapa nak cantik. Sekarang ni..amboi meriah ok. Cuma saya tak ikut..Maintain amik plain. Bukan kah berserderhana itu lebih elok.? Lagi satu..sila beli Amira hijab yang menutup dada ok.

Ok lar..dah lar tu. Sure U all penat nak baca..Btw..nah klik link here

Semoga kita akan menjadi Hamba Allah yang lebih baik lagi.

Salam sejahtera ke atas kamu semua.