Sunday, August 7, 2011

Tips berpuasa untuk anak-anak bersama Azura Iznil?? eh...bersama Wardina lah.

Salam Ramadhan,



Tips yang baik dari Wardina untuk mengajar anak-anak kecil berpuasa.

Cara pengajaran kami kepada Ananna pun lebih kuranag sama dengan Wardina. Cumanya. tidaklah sampai ke tahap melukis-lukis tu. Sebelum tibanya Ramadhan, kami sudah menerangkan sedikit-sedikit tentang berpuasa. Ye lah, umur Ananna pun belum cecah 6 tahun dan banyak benda dia tak faham lagi.

Di sebabkan Ananna sekarang ni suka sangat membaca, jadi kami belikan dia majalah komik yang berkaitan dengan Islam dan ada menyentuh tentang puasa. Alhamdulillah, apabila dia membaca dia faham kerana penerangan di dalam majalah itu nyatanya sangat santai untuk budak-budak seusia dia. Dia pula yang terlebih teruja untuk berpuasa.

Sekolah Ananna juga menggalakkan anak-anak kecik berpuasa setengah hari di mana sekolah tidak menyediakan makanan  pagi. Sekolah sudah berpesan, jika anak-anak tidak berpuasa ibu bapa harus membekalkan makanan ke sekolah untuk anak-anak ini.

Kalau Wardina tidak membangunkan Amna untuk bersahur, Ananna pula tiada masalah untuk bangun sahur. Membangunkan Ananna sahur lebih senang dari membangunkan dia untuk ke sekolah...percaya tak? Selalunya lepas sahur, saya akan memandikan dia untuk kesekolah. Faham-faham saja lah, rumah saya di Klang dan office pula di PJ. Jadinya saya perlu bertolak awal.

Kalau waktu sekolah, saya memang tak galakkan dia berpusa penuh. Baru bertadika tetapi Ananna hanya boleh pulang pada pukul 2:30pm. Sudah tentu dia lembik dan penat semacam. Bila weekend sahaja Ananna berpuasa penuh dan Alhamdulillah semalam dia bersemangat berpuasa. Tak lembik langsung.

Kata Wardina juga  betul tentang puasa dan solat. Banyak dari kita berpusa tetapi tidak bersolat. Sedangkan kita sendiri tahu kalau berpuasa tanpa solat, hanya lapar dan dahaga sahaja lah imbuhan kita. Alhamdulillah, Ananna juga faham tentang ini. Buat masa ini solat Ananna masih tidak penuh tetapi dia sendiri bila mendengar Azan, kecoh untuk mengambil wudhuk dan bersolat. Saya pula wajib pegang buku "cara-cara bersolat" dan berlagak jadi teacher Mommy. Tugas Teacher Mommy ialah membetulkan solat dan bacaan solat Ananna. Amazingly, bacaannya solatnya sudah lancar kecuali tahiyat akhirnya. Dia sendiri pulak yang kata "Ananna masih belajar lagi tan (kan) Mommy".

Kami langsung tidak menggunakan kaedah rasuah atau kata lainnya upah kepada Ananna. Rasanya, tak bagus guna kaedah ini. Pengalaman sendiri (melihat kawan-kawan), di depan mak bapak bukan main lagi konon berpuasa tetapi di belakang dapat minum air kotak saja pun dah happy semacam. Kira menipulah hanya semata untuk mendapatkan ganjaran di waktu raya nanti.

Kesimpulannya, kita wajib mengajar anak bersolat dahulu dan kemudiannya barulah berpuasa. Harus di ingat anak-anak kecil ini tidak wajib lagi berpuasa. Kami sendiri sentiasa berpesan kalau tidak larat dan lapar, Ananna berbuka ya. Mungkin, Ananna mudah di ajar tentang solat, berpuasa, menutup aurat dan berkaitan dengan Islam kerana kami memasukkan dia ke kelas Pre Tahfiz. Jadinya, tidak terlalu susah untuk dia faham. Lebih-lebih lagi apabila dia menjadikan kami sebagai role model. Kadang-ladang tu ada juga kami terbuat silap, dia pula menegur. Alhamdulillah, semoga anak-anak kami menjadi orang Islam yang bertakwa dan soleh.

Psstt..sudah 2 hari dia balik sekolah pressure Daddy & Mommy tentang baju raya. Dia kata, "Semua orang dah beli baju raya, Nanna aje belum beli lagi!".............Fuh....Bergegas semalam kami shopping baju, kasut & bag raya Ananna. Semuanya color PINK. Habis Shopping terus tertidur. Bangun dari tidur untuk berbuka, terus peluk cium Mommy and "Thank you Mommy belikan Nanna baju & kasut raya. I love you". Ucapan thank you tu sampailah ke sahur...(Daddy tak ada dalam kes thank you thank you ni sebab daddy dah gi kerja)

ok..kita jumpa lagi.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment