Tuesday, August 23, 2011

Aurat itu maruah kita!

Salam Ramadhan,


Sesuatu yang baik untuk di kongsi bersama.... Saya tahu ramai di luar yang masih free hair dan tunggu sampai seru...Nah..baca posting ini...dan fikir-fikirkan. Masih mahu tunggu sampai seru kah??


Saya tahu juga  masih ada di luar sana memakai tudung tetapi......."Ya Allah...Ampunilah aku"...bajunya mengalahkan pembalut nangka. Terbonjol sini dan sana dan ber"boing-boing". Konon mahu mengikut trend terkini...Malangnya, mereka hanya sekadar menjadi mangsa fesyen sahaja..Macam malu benar mahu menutup aurat mengikut sunnah. 


Antara sedar atau tidak, sebenarnya menutup aurat mengikut sunnah akan membuatkan orang lain akan lebih menghormati anda sebagai wanita. Trust me!


Boleh juga baca Peliks as your wake up call. Ingat ye...aurat itu adalah maruah kita......!


Owh..mahu tahu bila agaknya yang free hair dan bertudung akan benar-benar menutup aurat?? Mahu tahu jawapannya....?? Ha...jangan seram pula ye.. Jawapannya, ketika kita dikafankan...akan tuutp buat selamanya.......


Ok..let's baca yang kat bawah ni............semoga kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik. Mari kita saling ingat mengingati......


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. 

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas b

6 comments:

  1. Alhamdulillah. Semakin ramai yang sedar dan lebih syok bila ianya disebarkan untuk dikongsikan bersama-sama yang lain. It makes me look at none other than myself. Slap myself too!

    ReplyDelete
  2. Reel - pakai baju melayu cekak musang.....sudah.
    Nuurill - slap my face too..jom kita berubah untuk kebaikan...Reel - pakai baju melayu cekak musang.....sudah.
    Nuurill - slap my face too..jom kita berubah untuk kebaikan...

    ReplyDelete
  3. aiya..why lar komen jadik berdouble.aiya..why lar komen jadik berdouble.

    ReplyDelete
  4. Ntah camne ble terbaca you punye blog..anyway been reading your blogs for quite some time..and in this matter I feel like to give my humble opinion..

    Firstly, I don't see any strong argument in bold 13 so called Q&A's you pasted in the entry..as a Muslim i cannot accept such thing as question answered by another question..and there is no Dalil from Quran n Sunnah to support your argument at all..

    Yes, I agree that Muslim women has to cover themselves..no argument on that..but it is all about Hidayah..Allah give Hidayah to those He want to..

    “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi , tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk .”
    [al-Qasas 28:56]

    I hope you continue this dakwah in Wasatiah and not Ghulu'..

    I pasted this link showing one of Islamic scholar explaining in detail what I meant earlier..

    http://www.youtube.com/watch?v=sACuLJNufwc&feature=related

    ReplyDelete
  5. Dear anonymous,

    Terima kasih dengan komen anda.

    1. Maaf. Saya tidak pandai menulis menggunakan Dalil dan Sunnah. Tetapi saya tahu ramai di luar sana yang lebih pandai. Saya sangat simple.

    2. 13 Q&A adalah satu Q&A paling sempoi pernah saya jumpa. Saya percaya ramai yang lebih faham bahasa yang sempoi dari kita berceramah panjang-panjang berjela. Takut pula orang benci.

    3. Benar. Hidayah itu Allah yang beri. Tetapi haruskan kita berubah hanya mahu menunggu hidayah dari Allah. Jika hidayah itu tidak di beri...bagaimana.?? Bagi saya yang kurang bijak ini....bila kita mengaku agama kita ISLAM maka kita WAJIB patuh perintahNYA.

    4. Benar. Wanita dinilai keseluruhannya dan bukan melalui tudungnya. Tetapi jgn salahkan tudungnya hanya kerana seorang perempuan itu punya kelemahan-kelemahan tertentu. Kerana itu memang sifat manusia. Banyak contoh muslimah yang menutup aurat yang elok akhlaknya boleh dijadikan contoh. Sebab itu kita di galakkan untuk ingat mengingati satu sama lain. Kita tidak perlu tunggu hingga seseorang itu sempurna ilmunya baru layak untuk menegur.

    5.Bila bercerita tentang hidayah, adalah satu kerugian buat saya kerana saya menerima ketika usia saya agak lanjut. Kalaulah...ye..kalaulah saya dapat memusingkan waktu.....Sebab itu, saya mahu anak-anak saya membesar dengan punya ilmu Akhirat dan dunia dengan sempurna.

    Akhir sekali...terima kasih.

    ReplyDelete