Saturday, July 16, 2011

Bakal Sekolah Ananna tahun hadapan.

Salam Nifsu Sya'ban...

Pada mulanya kami bercadang mahu menghantar Ananna ke Sekolah Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya berdekatan dengan Subang Parade. Kemudiannya, kami bertukar fikiran apabila saya mengandung adik Ananna. Jadi banyak perkara WAJIB di fikirkan.

Sekali lagi kami mencari. Mencari sekolah yang kami mampu dan punya pusat jagaan transit dan bayi berdekatan. Alhamdulillah, the search is over. Hari ini kami menetapkan keputusan kami.

Tahun hadapan Ananna akan ke sekolah Integrated Islamic School Shah Alam dan campusnya akan berada di Seksyen 19, Shah Alam. Sekolah ini di dalam kawasan perumahan dan bersebelahan dengan Masjid. Di mana, masjid ini akan di gunakan anak-anak sekolah Menengah untuk pembelajaran tahfiz.Pada tahun 2014, pula sekolah rendahnya akan punya campus baru di Seksyen 7 dan campus Seksyen 19 akan kekal sebagai sekolah menengah.

Ada juga yang yang bertanya....kenapa sekolah ini? Kami banyak duit ke? Sekolah GOV tak bagus ke?

Jawabnya, kami ini macam orang lain juga. Makan gaji. Mencari rezeki dengan halal dan tidak sampai meminta-minta. Duit gaji cukuplah untuk cover hutang piutang yang tinggi dan perbelanjaan harian yang makin meningkat (Barang Naik aje tak reti nak turun...huhuhu). Kata jika mahu bermewah itu harap maaflah. Kami bukan begitu. Emas intan berlian platinum yang harganya jangankan juta-juta ringgit, yang harga ribu ringgit pun tiada di badan saya. Tetapi kami tiada lah sampai merempat. Kami sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Jika tidak berduit kenapa mahu bermewah??

Bukan sekolah itu tidak bagus tetapi sekolah GOV kurang nilai Islamnya. Memang benar ada pelajaran agama Islam tetapi cuma 40 minit? setiap hari? Hanya basic sahaja yang di ajar. yang lain-lain itu "sendiri mau ingat". Ye...kalau di Selangor ada ditempatkan sekolah agama tetapi bagi saya masih tidak cukup. Lagi pun saya risau. Sekolah harian biasa akan bermula pada pukul 7:30 dan habis pada tengah hari dan sekolah agama pula hanya bermula pada pukul 2:30pm?? dan habis pada pukul 6:00pm?? Saya memikirkan transit Ananna di antara sekolah biasa dan sekolah agama.. Habis sekolah, Ananna terpaksa pula bergelumang dengan homework dan kemudiannya di sebelah malam ada pula sesi mengaji. Bilanya masa untuk Mommy Daddy & anak-anak session??

Jadi solutionnya = Integrated Islamic School Shah Alam. Jika mahu lebih lanjut tentang sekolah ini sila layari ISSA. Pagi tadi kami di beri penerangan secara menyeluruh tentang sekolah membuatkan kami bertambah yakin sekolah ini adalah sekolah yang tepat untuk Ananna. Sekolah ini mediumnya English dan masih mengikut   korikulum kebangsaaan.

Ye sekolah ini merupakan sekolah private dan jarak dengan rumah....mak aih..bayangkan kemungkinan saya akan memulakan journey seawal 6:15 pagi kerana saya harus singgah Shah Alam dan kemudiannya bergegas pula untuk mengharung jam di Petaling Jaya...Owh....kena tambah adik Ananna lagi. Mujur juga ada nursery yang berdekatan.

Bila memikirkan masalah logistic terus saya.........."Boss, I nak pindah Bukit Jelutong" (our new warehouse)..wink wink kat boss...huhuhu.

Bertambah pula Honey bekerja shift dan kebanyakan masa saya akan sendirian menghandle semua ini. Tidak boleh bersungut. Alhamdulillah. Honey pun bukan sentiasa tiada. Ada ketikanya, bila jatuh dia off day 4 hari weekdays saya tidak lah bersusah payah. Ada masa pula dia bekerja malam weekdays, anak-anak boleh balik cepat dan tidak perlulah menunggu hingga ke pukul 7:00 malam.

Sebagai parent, kami perlu berkorban.Bukan setakat berkorban wang ringgit, masa tidur, masa untuk berlibur, shopping dan bla..bla...Segala-galanya kami berkorban. Kerana anak-anak itu amanah dari Allah. Tugas kami menjaga amanah ini. Doa kami semoga anak-nak kami menjadi seorang anak yang solehah, tinggi ilmu agam dan dunianya, akhlak yang tinggi dan menjadi kebanggan Islam. Biarlah anak-anak saya kalau ditakdirkan menjadi pemimpin, mereka menjadi pemimpin yang memperjuangkan Islam dan bukan berjuang kerana sesatu bangsa. Kerana Islam itu adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Islam itu sendiri syumul. InsyaAllah.

Kalau boleh, selain mantap English dan bahasa melayunya saya juga mahu melihat Ananna mantap Arabicnya. Bukankah bahasa Arab itu bahasa Al-Quran. Kemudiannya, mungkin saya mahu menambah satu lagi bahasa untuk dikuasai...mungkin Japaneese?? Boleh lah Mommy join class together2 dengan Ananna.

Akhir kata, sekali lagi anak itu Amanah & seeking knowledge is a JIHAD.!

3 comments:

  1. salam zura
    thanks for the info..sbb zana pon mencari2 sekolah untuk anak :)

    ReplyDelete
  2. salam zura...
    i agreed with u..hantar ank ke integrated jgk for my girl, 2014..
    kje mkn gaji..kluar pagi pulang nye ptg..
    tp demi jihad..ank aset akhirat..ku gagah juga..
    ank sya akan bersekolah si SRAI sek 19 shah alam..

    ReplyDelete
  3. salam zura..saya sokong apa yg u tulis ni..awk sama sprt sya..now my girl sek di SRAI seksyen 19 tuh..mmg IISA ni dlm list kami tp ank dh dpt SRAI dlu..juga mkn gji sprt u jgk :)

    ReplyDelete