Sure boring kan? Tak ape. Tak halang kalau tak mahu baca.
Tetapi saya ada banyak soalan sebenarnya dok berlegar legar di dalam kepala otak ni. Kalau anda bijak tolong lah jawab ye.?
1. Kenapa lah GOV tidak mahu membalas tentang 8 usul yang di kemukakan oleh BERSIH. ?
2. Kenapa orang tertentu dok bantai pengerusi BERSIH? Sebab dia India? Penyokong kuat IFC? Macam mana boleh jadi wujudnya IFC? Salah siapa? Siapa yang gubal undang-undang? Atau salah PEMIMPIN islam sendiri kerana takut mahu menggunakan undang-undang ISLAM??
3. Kenapa bila bercerita tentang BERSIH, PATRIOT dan sewaktu dengannya sibuk bercerita tentang :
- "kita patut bersyukur dengan GOV...etc..etc"
- "Anak korang tak ada masa depan kalau sokong pakatan haram"
- "Ini Tanah Melayu. Bangsa Melayu patut jadi pemerintah"
- " BERSIH cuma nak bergaduh dan huru hara sesama melayu"
dan sebagainya.
Erk...kita memang bersyukur...tetapi salahkan kalau rakyat Malaysia menyuarakan rasa tidak puas hati di dalam sesetengah perkara? Kalau kita bangkang sikit aje sudah jadi PEMBANGKANG?? Macam tu? Ish..ish...PEMIMPIN yang baik adalah pemimpin yang MENDENGAR.
Anak-anak kita tidak ada masa depan kalau sokong PEMBANGKANG? Mana tahu ni? Masa depan anak-anak saya bukan terletak pada tangan kamu dan kamu. Kalau kita tidak berubah mungkin lebih teruk lagi nasib anak-anak kita di masa depan. Kan? Sesiapa yang berani cakap macam ni depan saya I promise you...I hunt you sampai lubang cacing. Berani ek! Menghina anak yang saya kandung 9 bulan.
Tanah Melayu?? Tanah Melayu dah lama tak wujud. Dah lama bertukar jadi MALAYSIA. Sedih tak? I sedih you...Mujur ada KTM. Tapi tanah KTM kat Singapura pun sudah tergadai...Uwaaaa!
BERSIH ni penyokongnya semua MELAYU ke? Eh...cuba tengok elok-elok. Rasanya-rasanya macam ni baru boleh panggil 1MALAYSIA...kan? Yang menentang saya tengok semuanya MELAYU.....PERKASA..PATRIOT...PEMUDA UMNO...lagi? MIC dan MCA mana? Tak ada suara pun? Sokong bersih gak ke? Macam rasa pelik tak sebab tak dengar langsung suara mereka ni kan?
Emh..apa lagi..tu lah kot masa ni...
Tapi saya suka lah bila Yang Di Pertuan Agong mula step in. Saya tidak fikir dia sebelah mana-mana pihak. Dia berlaku adil untuk kedua-dua pihak..BINCANG elok-elok...kata YDPA.
Buat GOV...moh le kita bincang elok-elok. Saya suka color kuning sebab color kuning tu jersey pasukan PERAK. Pasukan SELANGOR pun pakai jersey MERAH KUNING (wow!). Kalau Selangor VS Perak saya tetap gak sokong Selangor walau duduk kat penyokong Perak. Bila Perak gol saya lompat sama-sama..tapi bila Selangor gol saya lompat sorang-sorang......tak ada sesiapa berani nak tegur...sebab sebelah saya ada JERUNG RAKSASA...(my honey le tu)
Owh..TOUR DE FRANCE 2011 pun dah start. Dia orang pun guna color kuning as theme color...ye tak?
Check this out : http://www.letour.fr/2011/TDF/COURSE/us/le_parcours.html hari ni dah stage yang ke 4? Agak-agak you all siapa yang akan pegang yellow jersey this year??
Orang lain ajar anak nama pemain-pemain bola EPL lah kan..tapi Ananna di ajar nama-nama cyclist ..hebat tak? Owh...jersey bola honey color biru dan bernombor 73 dengan nama LIVESTRONG!
Sebelum saya menutup kisah sembag-sembang kali ni...jom baca link ni.... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bersih-2.0-winners-and-losers/
Gud nite and mwuah....
P/S : Saya menulis sebagai rakyat Malaysia. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment