Last week :
Balik dari sekolah Ananna kelam kabut. Tak menyempat-nyempat suruh Mommy jadi Teacher Mommy. Dia kata cikgu pesan balik rumah jangan tengok kartun. Kena baca buku dan mesti dapat 100%.
Phuh…sampai nak tidur Ananna tekun membaca buku………nak pujuk masuk tidur pun susah. Alasannya, tak habis baca buku lagi.
Pagi-pagi bangun tidur, dia kelam kabut lagi.
Sampai depan pagar sekolah, Ananna buat muka sedih kat cikgu…”Cikgu…cikgu…saya baca buku sikit-sikit aje…boleh ter?” Cikgu jawab, “tak ape. Boleh”. Terus muka jadi bersinar-sinar. Toleh kat Mommy…”ok Mommy. Cikgu kata boleh baca buku sikit-sikit aje”.
Tiap-tiap hari :
Sepatutnya, Ananna buat homework kat nursery. Ada cikgu kat situ. Tapi dia tak mahu buat sebab alasannya, “nak buat homework dengan Teacher Mommy”
So, tiap-tiap hari selepas balik kerja sebelum Mommy sempat mandi or solat…kena lah jadik Teacher Mommy. Tetapi kalau Teacher Daddy ada kat rumah (Honey off day), bolehlah Teacher Mommy berehat sekejap….huhuhu.
Ananna & Teacher Daddy
Ananna & Teacher Mommy.
No comments:
Post a Comment