Sunday, June 26, 2011

Ananna yang gabra bila exam.

Sabtu, minggu lepas adalah hari untuk ibu bapa berjumpa cikgu-cikgu bagi menge"check" dan menghapdet perkembangan anak-anak....di tadika Ananna.

Sebelum pergi, puaslah bertanya pada si little princess ni..."how is your exam??" "boleh jawab tak?" "Dapat 100%" tak? Ananna hanya menggeleng kepala dan cuba sedaya upaya memperdayakan kami berdua dengan membuat perangai-perangai cute!.Ehm...belajar dengan sapa lah ni.

Bila tengok result Ananna....fuh...banyaknya nombor!

But I'm not so worried. Nombor bukan penentu segalanya. Apa yang kami mahu tahu..perkembangan Ananna di sekolah. Sedia maklum, Ananna sejak berumur 2 bulan sudah di hantar ke nursery. Jadi dia sudah bergaul dengan cikgu yang hampir sama dan kawan-kawan yang hampir sama. Masalahnya, dia tidak berminat untuk bergaul rapat dengan kawan-kawan. Dia lebih suka buat hal sendiri.

Ananna hanya boleh bercakap secara lancar pertengahan tahun lepas. Sejak itu dia boleh kata non-stop bercakap. Setiap hari ada saja cerita baru dari Ananna. Pergaulan dengan kawan-kawan pon hanya bermula pertengan tahun lepas. Kata cikgu, kawan baik dia Aiman Hakim. Aiman Hakim anak owner tadika tu. Dengan Aiman Hakim jugaklah dia pernah bertumbuk bertarik rambut bagai. Sekarang sudah best friend.

Menurut cikgu, Ananna seorang pelajar tip top dalam English, maths dan agama. Malangnya, sewaktu exam Ananna tetiba jam. Blur. Gabra. Takut. Sehingga cikgu Salmi (guru agama) terpaksa pujuk Ananna. Baru lah Ananna mahu meneruskan exam.

Cikgu pun kata, Ananna very sensitive. Tak boleh tengking dan berkata kasar dihadapan dia...mulalah mengalir airmata atau dia terus jam. Tak bergerak. Mood Ananna harus dijaga dari pagi sehingga tamat sekolah. Cikgu tahun 5 Ananna siap warning kepada cikgu kelas Ananna.."Don't you ever raise your voice in front of her".

Taraf keyakinan Ananna akan merundum jatuh kalau ada kawan-kawan lain kata "I'm finish teacher". Sebab dia sentiasa mahu jadi no 1 dan sentiasa menang!. Dia tidak boleh menerima hakikat menjadi naib johan!.

Dan itu lah yang terjadi sewaktu exam.......

Susah hati saya. Tahun hadapan Ananna sudah masuk darjah satu. Untuk masuk sekolah pilihan kami, Ananna harus menduduki peperiksaan masuk sekolah. Kalau fail, Ananna tidak layak masuk sekolah pilihan kami itu. Aiyoh......masa ni lah hati saya meronta-ronta mahu layang surat cinta kat boss.

Saya mahu jadi full time cikgu Mommy!!!

No comments:

Post a Comment