Saturday, June 18, 2011

Lama tak update...MALAS.!

Salam...

Lama tak update kan?? Dekat 2 minggu kot. Update kali ni pon without gambar. Aih...sejak semenjak berbadan 2 ni tahap kemalasan semakin melampau!

Baby dalam perut sudah 14 minggu dan 5 hari...tapi perutku sudah maju kedepan dengan jayanya. Rasanya, lagi besar dari Ananna. Owh...adalah dok tanya..napa I dah gemok sekarang..helllloooo! I tak gemok...I pregnant ok...Nanti dah bersalin, I vavavom balik macam J.Lo..wah! perasan!

Oklah...jom tengok beza pregnant kali ni dengan pregnant waktu Ananna.

Ananna


1. Umur I dah 30 tahun...errrr...29 tahun nak masuk 30 tahun...tehehe.

2. Sudah kahwin 5 tahun.

3. Memang bersungguh mahu anak. Siap schedule bagai.

4. I syak I pregnant masa hantar FIL gi check up kat Hospital Selayang. Asyik moody dan mengamuk aje. Lepas tu masa hantar FIL balik Ipoh dah tergerak hati pregnant kot. Tapi period belum due lagi. So, masa on the way balik Klang singgah Bukit Beruntung untuk beli 2 pregnancy test.

5. Pregnancy test tunjuk...tada...Ananna sudah ada dalam perut. Tak tunggu...macam tak sabar terus pergi check up kat SMC (sekarang nama dah tukar to KPJ Selangor).

6. I think doctor tu pon gelak gak kot. Sebab katanya...alah...baru lagi ni. Tak nampak pon baby dalam perut.

7. 7th week, pergi check up lagi dan tada.......dah ada degupan jantung. Happy!

8. Berahsia...sehingga lepas 1st tri. Sebab takut terlebih happy tetiba...........mana lah tau kan.

9. Lepas tu sudah tak boleh berahsia dah. Perut muncit! kaki dah mula bengkak sejak 4 bulan.!

10. Selera makan tak ada. Nampak nasi..terus putus selera. Masa tu boleh masuk mee dan laksa Utara saje. Jadinya, tiap-tipa hari Honey terpaksa berpusing memcari laksa.

11. Nampak teh, kopi & air bergas pon putus selera. Yang berselera air cokolat, vitagen, yakult & Milo. WAJIB minum air sejuk. Sebab I PANAS.

12. Berat badan pon ok. Tak naik sangat walau perut maju kedepan. Setiap bulan naik antara 1-2 kg except saat terakhir....fuh...sebelum bersalin tu timbang berat sudah cecah 88kg. Macam monster!

12. Tak ada morning sickness. Relax aje. Sihat walafiat.

13. Tak boleh bau ubat gigi. Muntah! Lepas tu ada allergic. Tak boleh kena panas. Start gatal-gatal.

14. Tak gastrik. tak ada darah tinggi. No kencing manis. Thyroid level tetiba jadik normal....(owh..masa tu I baru habis buat rawatan thyroid). SIHAT!

15. Masa kat Office pon SIHAT dan BERSINAR2. Siap boleh travel lagi. Entah berapa kali kena turun JB gi lawat customer...yang ada related dengan HONDA....masa tu I tak kerja HONDA lagi.

16. Dari mula pregnant I dah tahu dalam perut ni Adrianna Khaleda Iznil.

Adik Ananna


1. I syak I pregnant bila ada period tapi cuma sehari. Hari kedua tiba-tiba kering. Hari ketiga ada brownish spotting. Terus gi guardian untuk beli pregnancy test. Tada....I SAH pregnant.!

2. Umur sudah 36 tahun....eh...35 tahun masa tu. Nak masuk 36 lah. Tapi sekarang sudah 36 lah...huhuhu...tapi macam 28 aje kan????

3. Sebenarnya, memang berdoa nak baby tahun ni...masa tu tak tahu yang ada peluang lagi untuk ke Italy. Tetapi bila dapat  peluang ticket free pergi balik Italy, terus hilang ingatan kejap. Terus tukar plan untuk pregnant tahun depan pula. Tetapi Allah makbolkan doa saya yang pertama. Alhamdulillah.! Sekurang-kurangnya duit saya tidak membazir di Italy..huhuhu...statement menyedap kan hati nampaknya. But seriously, I lebih rela ada baby tahun ni...sebab umur ku yang sudah LANJUT!

4. Night sickness. Ha..ni satu alasan kenapa MALAS nak hapdet blog. Night sickness ni start dalam pukul 4pm ke atas....hinggalah malam....!Pagi aje terus sihat. Pelik tak?

5. Gastrik teruk. Muntah juga teruk Naik berat badan juga teruk. 10KG dalam 3 bulan. I ada 6 bulan ok...takkan lah nak naik 30 kg kot...!!! pengsan!

6. Kali ni tak pergi KPJ Selangor tapi tukar to DEMC. Sebab DEMC panel HONDA. Senang nak claim!

7. Baby ni suka NASI. Pagi petang nak NASI. Melayu sungguh. Tetapi ada satu ketika dia nak western food. Salad + muffin dah kira western food kan??? Sekarang ni teringin nak Jagung bakar. Tadi pulak teringin dengan air root beer A&W.

8. I suka kopi starbucks!. Haih...kena menahan nafsu dengan hebatnya! Tak elok kopi-kopi ni.!

9. Suka fresh orange. Hari hari nak minum ni. Teh ais pon suka.! tapi wajib minum air SUAM panas2 sikit.

10. Dramatic ..sebab sepanjang 3 bulan ni asyik bleeding. Bukan main brownish tu ni main darah merah dah. Kena MC banyak hari. Sebab ada satu ketika tu, bergerak sikit aje bleeding. Bila scan doctor kata 50-50 aje sebab kantungnya tak melekat dengan elok. Alhamdulillah, masa check up selasa lepas, kantung sudah melekat elok sikit dan darah itu langsung tidak mengganggu tumbesaran baby. Tapi still kena makan ubat horman yang aih....MAHALnya.!

11. Cepat letih. Cepat mengah.!

12. Sekarang amalkan minum susu kambing dan jus kurma yang bercampur dengan makanan sunnah. Alhamdulillah....kurang dah sikit muntah.

13. Sekarang sudah hampir 3 hari migraine! Teruskanlah sampai monday. I nak MC...huhuhu.

Errrrr....apa lagi??? tak ada kot. Ananna nak baby girl. Honey..I rasa nak baby boy. I pulak tak kisah girl or boy. Nama untuk boy or girl pon dah ada. tapi tak boleh kasi tau. Nanti korang kidnap...ekeke..

Ok..itu aje.

Gud night & salam!

2 comments:

  1. Yg adik perasan, masa wawa preggykan Nana... nampak Wawa cantik sangat. Muka berseri-seri dan comel. Tapi kali ni.......... muka cam hazab sket kot... haha...

    Orang kata tu petanda baby boy? Ntah la. Adik doakan yang baik-baik je. Boy or girl.... harap dia membesar dgn sihat dan kuat!

    ReplyDelete
  2. Mana ada...rasanya dedua pregnant muka hazab gila. Tak ada glowing masa orang2 mengandung. Semua itu pelesu aje.

    Masa Ananna muka macam clown. Hidung merah..kembang sana sini. Org semua kata baby boy. Sekali keluar girl yang comel. Owh...Ananna dah amik kecomelan Wawa...huhuhu.

    Yang ini.....kalau boy/girl...owh..dia amek juga kecomelan Wawa...sah keluar comel jugak...ekeke.

    ReplyDelete