Thursday, February 3, 2011

Masa …silalah berhenti.

 

Jika aku punya kuasa ajaib..

Pasti aku berhenti kan masa..

Supaya saat-saat indah sekarang..

Akan kekal selamanya………

Tiada traffic jam..

Tiada bunyi telephone yang membingitkan..

Tiada tensi..

Aman..

Seaman amannya dunia.

Seperti sekarang..

Hanya kedengaran gelak dan tawa anak dara ku.

Dia gembira kerana Mommynya  sentiasa berada di sisi..

Tersenyum manis memandang aku..

Memeluk erat bagai bertahun tidak berjumpa..

Malangnya…

Aku tidak punya kuasa ajaib..

Aku tidak boleh memberhentikan masa..

Masa akan tetap berjalan seperti biasa..

Jika aku ketinggalan..maka akulah manusia rugi..

Aku tidak mahu jadi rugi..

Kerana itu…

Aku akan sentiasa berada di sisi mu sayang..

Melihat kamu membesar..

Setiap detik masa berjalan..

Aku tidak akan ketinggalan..

Aku sedar..

Tidak lama lagi kamu tentu malu mahu tidur di bawah ketiak Mommy..

Sementara masa itu belum tiba..

Mommy rela membiarkan lengan mommy menampung kepala kecilmu setiap malam..

Kamu…

Adrianna Khaleda Iznil adalah hadiah paling berharga buat Mommy dan Daddy.

Ketahuilah…

Mommy dan Daddy sentiasa menyayangimu sepenuh hati kami…

No comments:

Post a Comment