Talalala..lambat sangat ek nak sampai cerita Italy.
Ok..lah…
Kami sampai di Italy pada 18/Feb/2011 – lebih kurang dalam 12:45pm. Sampai-sampai saja kami di bahagikan kepada 3 group. Group A, B & C. Saya berada dalam golongan group elit…(cewah!)..group C!
Setiap kali mahu naik bas atau kemana-mana Amoi yang kat dalam gambar itu akan menjerit “Bus C..Bus C..Bus C.” Tetapi lama-lama sudah jadik “BASI..BASI..BASI!”..Belasah. Asal bunyi sama.
Kat Italy, mereka ni rasanya suka kereta comel-comel. Contoh, Honda Jazz/Fit. Honda Insight color putih pon ada tengah buat double parking…jahat ye.
Ini seni atau????? Banyak lukisan seperti ini di Rome.
Bendera Italy dan Kesatuan Eropah.
Orang-orang Italy
*
*
Mula-mula keluar dari Airport, terus rasa ???????. Apesal tak sejuk pon. Genting lagi sejuk. Aiseh..rugi aje bawak baju tebal.
Tengok..tengok..cover dengan cardigan aje. Tak sejuk poooonnn…Boooohoooo! Saya kena tipu. Tidak lama selepas itu..angin pon menghembus udara dinginnya..Mak aih….! Masing-masing berlari mendapatkan jaket tebat. SEJUKKKKK! Hambek…berlagak lagi.
*
*
Petang itu kami di beri tugas “Free & Easy” = sukahati korang lah nak buat apa. Saya si gadis..*cough..cough* baik ni dengan bangganya tidak keluar dari bilik hotel. Mengemas baju, menunaikan solat & paling penting ambil gambar TANDAS..ekeke. Saja nak lawan TANDAS Italy best ke or TANDAS Jepun best!. Baiklah..saya mengaku kalah. TANDAS Malaysia gak yang terbest…sebab ada paip air..ekeke.
Pemandangan dari tingkap hotel.
Tandas dan tempat mandi dia gila sexy. Orang luar boleh nampak orang dalam..orang dalam tak boleh nampak orang luar. Itu yang projek “BESAR” tersangkut aje tu. Tak selesa betul!
Ok itu aje dulu. Saya sambung dengan Dinner malam pertama & trip to Tivoli di episode yang akan datang..
Gud nite and sweets dream!
Kredit to En Ismail Bukhari…Ai loike!
No comments:
Post a Comment