Monday, January 24, 2011

Bila semua orang mahu raya!

Salam,

Posting saya pendek. Nak bagi tau, dalam minggu ini saya tersangat super busy. Saya harus melayan permintaan demi permintaan bagi memenuhi hajat orang-orang yang mahu beraya.

Secara summary nya, saya tidak punya masa mahu blogging atau blogwalking.

Tunggu ar...habis busy..aktiviti blogging & blogwalking akan jalan semula.

******

Rasa macam nak campak tepon dalam longkang kat depan. Bising ar oi!!! Sakit jiwa hoccay. Aku pon nak cuti raya gak.!

Ahem...maafkan saya ter emo.

Sunday, January 16, 2011

Perut saya nyanyi nak Donut.

 

Salam,

 

Semalam.

 

Ananna : Mommy! Mommy!. Cuba dengar ni. Perut Nanna dah nyanyi…ha…cuba dengar.

 

Mommy : Lagu ape?

 

Ananna : Perut lapar..lapar..lapar..nak mamam donut. (sambil nyanyi la)

 

Mommy : Wow! perut Nanna nyanyi nak makan donut ter? Perut..oh…perut..Perut nak makan donut apa?

 

Perut Ananna : Donut cokelat.!

 

Daddy balik dari kerja (Daddy kerja wknd minggu ni), terus singgah beli donut untuk Ananna tersayang.

 

**********

 

Tengah malam tadi.

 

Ananna : Mommy, esok kita gi jalan-jalan nak tak??

 

Mommy : Gi mana?

 

Ananna : KL.

 

Mommy : Ha??

 

Ananna : Alaaaa..jomlah..gi KL.

 

Mommy : Ok, kalau nak gi KL, lepas makan ubat terus tido.

 

Ananna : OK.

 

Selepas subuh.

 

Ananna : Mommy nak gi KL (dalam separuh sedar)

 

Mommy : Ok.

 

Dalam 9:00am.

 

Ananna : Mommy! Nak gi KL.

 

Mommy : Cepat mangun. Mandi.

 

Ananna : Achoooooomm! alamak. Nanna selsema lah Mommy.

 

Mommy : Laaa..camne ni? Tak bleh lah gi KL.

 

Ananna : Nanna tak sihat. Kita duk rumah aje lah ye.

 

Sila ambil perhatian. KL = OU, Ikea, Bukit Raja, Bkt Tinggi, Amcorp Mall atau dimana2 saja. Asalkan keluar jalan2 maksudnya KL.

 

*******

Malam Khamis lepas. Ananna mula demam dan cirit birit. Masa pula sudah hampir 12:00 tengah malam.

 

Ananna : Mommy! Nanna mintak maaf. (Sambil peluk Mommy)

 

Mommy : Nape?

 

Ananna : Nanna asyik berak aje.

 

Mommy : Alalala…ok Mommy maafkan Nanna ye. Tapi ni dah tengah malam. Boleh tak Nanna continue berak esok aje.

 

Ananna : Ok lah..Nanna sambung esok ye.

 

& dia betul-betul continue esok.

 

Sekian.

Saturday, January 15, 2011

Ananna demam tapi kelas!

 

Salam,

 

Ahhhh…

 

Lama tak hapdet. Lama juga tak jenguk blog & blogwalking.

 

Bz babe.

 

Seminggu sebelum Ananna masuk sekolah, dia demam panas. Tonsilnya bengkak. Nak mamam ubat punya lah susah. Perlu daya tahan dan tahap kesabaran paling tinggi. Lama juga dia demam. Mujur hari pertama sekolah dia sudah sihat.

 

Cerita tentang hari pertama sekolah, ada kat sini

 

2 hari lepas Ananna demam lagi. Sian anak Mommy ni. Demam-demam pon ada hati mahu lepak kat Starbuck. Kelas! Sekarang ni pon dia demam on dan off. Dalam tak berapa sihat, siang tadi dia boleh ajak pergi jalan-jalan ke KL…wah..wah!

 

Saya sedikit risau untuk tahun depan. Untuk membolehkan Ananna masuk ke sekolah Intergrasi Masjid Darul Ehsan SJ, dia perlu menduduki exam. Mommy and Daddy pon akan ada interview ok. So kami tidak boleh fail. Ananna ada masa 9 bulan untuk prepare herself. Doakan ye, semoga semuanya ok.

 

Emh…ok. rasanya itu sajalah.

 

Baiklah, enjoy video from Girls Generation – Oh! Ananna’s fav song. Kalau dengar lagu ni dia siap dancing. Chop…dia ada lagi satu fav song. Next posting ya.

 

 

Friday, January 7, 2011

Hari ini dalam sejarah–5 Dec 2011.

 

 

5 Dec 2011


Ananna 1st day kat school. 2nd year kat tadika.

 

Walaupon dah 2nd year, Mommy and Daddy sanggup ambil cuti untuk hantar Ananna. Hantar Ananna sampai depan pagar saja lah. Sebabnya Ananna kata, "Dah..dah Mommy. Pergi balik. Nanti amik Nanna ye". Sambil babai-babai dan flying kisses. Amboi! bukan main lagi anak dara ni ek… Uhuk..mommy sendu tau!

 

Balik rumah...sunyi.


Cuma ada Orange Jnr. Tapi mamat tu pon bobok aje sepanjang hari. Kacau-kacau..usik-usik pun dia tak layan.

 

Daddy pon sama. Join Orange bobok.

 

So..Mommy pon apa lagi..layan CH393 - ONE HD...hahaha..lantak aku belasah tengok cerita Korea. Start dengan The Big Thing...ada Kwon Sang Woo..ngehngehngeh...seksi semeksi mamat ni. Lepas tu ada cerita Secret Garden...hero dalam tu tak seksi tapi macam poyo..poyo yang cute....ekeke.

 

Dah habis bersecret tukar pulak My  girl..auwww..mamat hero dia pon cute..tapi cute yang hensem...hahaha. And....ada cerita the 1st wives club...addicted tengok cerita ni...sebab..sebab..sebab ada Lee Sang Woo Oppa...auwww..Siyes..! Siyes..! Siyes.! Mamat ni..tall, muscular and Seksi..ekeke. I tak tahan tengok lelaki yang tingginya 6 feet and badan meksi ni. Ha..sekarang you all tahu why I kahwin dengan My Honey busyuk sayang tu...*shy..shy*


Pergh...

Ok jom kita masuk topik serius balik.

 

Walaupon Ananna masih tadika tapi jadual sekolah dia dah macam sekolah biasa. Start sekolah dari 7:30am - 2:30pm. Sebab saya masuk kan sekali sekolah Pre-Tahfiz. Plannya, setiap wknd, kami akan hantar Ananna untuk kelas English. Tengah survey...cheh..lambat betul Mommy ni buat keje. Project ni akan finalise by next week.

 

Next year pulak, saya plan hantar Ananna ke Private School...nope..nope..nope bukan Sekolah Sri Tenby tu..oi! Moy boleh pengsan hoccay!.

 

Tapi saya akan hantar ke (InsyaAllah) Sekolah Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya. Sekolah ni jenis sekolah Intergrasi, di mana ada sekolah biasa dan sekolah agama dalam satu sekolah. Menariknya, setiap pagi, 1 jam anak-anak akan bertilawah Al-Quran.

 


Ada yang tanya kenapa saya tidak mahu hantar ke Sekolah Cina..nanti dia jadik macam Superstar sbb pandai Mandarin.

 


Emh..anak saya pun akan jadik superstar juga kalau dia mahir ilmu agama dan ilmu dunia. Kena seimbang. Ini tanggungjawab kami as a parent. Seriously, saya seram dengan gajala-gajala sosial sekarang. Kami tidak mahu hanya pandai buat anak tapi tidak pandai mendidik.

 

Sekarang ni Ananna sudah mula bertudung secara part time. Mulai tahun hadapan dia akan mula berHIJAB secara full time. Saya tak mahu hanya bertudung kerana fesyen tetapi  wajib berhijab kerana Allah.

 

Sempena tahun hijrah 1432 dan bulan safar ni, sukalah saya menyerulah kepada kita-kita semua yang masih free hair tu, jom lah kita cover the aurat. Sesiapa yang masih bertudung kurang sempurna tu, jomlah kita menutup aurat secara sempurna.

 


Akhir kata (ewah...macam buat ceramah politik..ekeke)...

 

"Solat lah kamu sebelum kamu di solatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu di tutupkan"

 


P/S : Sorry..kata nama bertukar ikut mood. Sekejap aku, sekejap Mommy, sekejap saya..sekejap I. Tapi yang pastinya semuanya adalah Azura Iznil..the Original.

Saturday, January 1, 2011

Livestrong!

 

Salam 26 Muharram 1432/1 Jan 2010.

 

Tahun baru 2011, saya mahu dedicate kan blog ini khas untuk Honey busyuk/Daddy hensem. Wah…macam rancangan sampaikan salam pulak.In love

 

Lance Armstrong = the survivor = Symbol of courage.

 

 

"I am on my bike, six hours a day busting my ass. What are you on ? – Fuh! Dasat kan?

 

Livestrong & never stop!

 

Sesiapa nak tahu pasal Livestrong, sila klik kat sini

 

& ini pula my version of Lance Armstrong

DSC05894DSC05895DSC05898

Red heartRed heartRed heartIn love

 

Kalau sesapa nampak Mamat hensem Radioshack outfit sambil berkayuh laju di Guthrie Highway, itu adalah Honey busyuk saya. Tapi if you all nampak muka 99% sama tapi bukan pakai Radioshack outfit, itu kembar Honey saya/Pak Cu Ananna.

 

Honey..Wawa Love U.