Sunday, October 17, 2010

Yooh..Ananna sudah 5 tahun!

Saalam,

7 Oct 2010,2:29am, Ananna genap 5 tahun. Alhamdulillah!

Setahun yang lepas..sila rujuk here

Setahun yang lepas juga, Ananna sudah meminta kami berjanji untuk membeli ini :

 

 

Nah..gambar-gambar dari birthday party Ananna. Credit to En Kembar Honey.

Kek yang nyummy!

Pak Su (En Kembar Honey) kasik hadiah..yeah!

Phuh..phuh..tiup api, kata Ananna. Puas kita kata, “Bukan api Ananna tapi tiup lilin”. Nope, dia berkeras kata itu api..erk..logik gak kan? Kita memang tiup api, betul tak?

 

Happy!

“Erk! hadiah ni aje ter?”, tanya Ananna.

Gambar lain?

Ada. Ada..jap ek.

*

*

*

Ok, nah!

SONY DSC “Nanna! Jangan nakal!! Daddy rotan!”, pesan Daddy.

SONY DSC

Ha..gile senget muka Mommy! Mommy pon sibuk nak bagi warning..konon-konon lah.

Both ni Ananna yang jadik photographer..nyer.

DSC04228

Cik Su…birthday girl jugak. Owh..dalam family saya, Ananna berkongsi birthday dengan Cik Su dan adik lelaki saya.

DSC04236

Kembar En. Honey – Pak Su Ananna.

DSC04243

Birthday girl & me!

* * * * * *

5 tahun yang lepas, 2 Ramadhan, 6 October, seawal pagi, saya macam sudah tahu yang saya akan bersalin hari ini juga. Hati masih bersemangat untuk bekerja. Due datenya ada lagi seminggu. Ahh…tak pe lah. Lagi pun ada meeting dengan Sime Darby & Hyundai. Emh..kena lah hadir.

Hati gembira sangat datang ke pejabat. Siap buat niat mahu berpuasa tetapi dalam pukul 11:00am, perut sudah berbunyi-bunyi kelaparan.

11:30am : seorang wakil Sime Darby dan 2 orang wakil Hyundai sudah sampai dan kami pun mula lah meeting.

1:00pm : Mereka buat tour plant. Saya angkat tangan mengalah. Tidak larat babe..!

2:00pm : Alamak, kena masuk meeting balik. Buka pintu bilik meeting…yooooouuusssshhh..tu dia..air ketuban saya sudah pecah. Muka dua orang Hyundai pucat! Terus bangun dan macam gelabah. Saya angkat tangan “Ops! I think I need to go to hospital. Carry on meeting ya”. Masuk ke pejabat dengan sengih-sengih kat staff- staff. Panggil semua dan mintak lah sorang gi amik barang-barang keperluan ibu mahu bersalin di dalam kereta. Yang lain-lain tu, kena bagi pesanan-pesana terakhir..ekeke. Ye lar tu.! Padahal every morning meeting kita dok bincang cerita drama swasta Natasha..alah yang Fasha Sanda berlakon tuh.

2:30pm : Honey sampai. Saya sengih lagi sambil tunjuk perot. Siap drive lagi pergi SMC…erk..sekarang nama sudah tukar ke KPJ Selangor Specialist Hospital.

2:45pm : Nurse dah tunggu kat depan. Mintak naik wheelchair. Tapi berlagak kata “eh! saya tak sakit lah. Boleh jalan sendiri”. Nurse tarik saya mintak juga duduk dengan alasan..PROCEDURE…ok..fine..saya duduk.

3:30pm : Masuk labour room. Tak sakit pon. Masih sengih-sengih lagi. Sempat lar intai orang sebelah tengah meneran…ekeke. Sibuk aje jaga tepi kain orang tau!.

4:00pm : Mak abah sampai. Bawak air air selusoh. Apa lagi saya punya pandai pi bantai minum habis satu botol.

4:30pm : Dah makan..dah mandi. Dah ready.

6:00pm-10:00pm : Sakit yang amat sangat.! Ananna sudah tidak sabar mahu keluar.

10:00pm : Pintu masih 1cm.

1:00am   : Pintu masih 1cm dan saya sudah keletihan menahan sakit.

1:30am   : Honey mengambil keputusan tidak mahu menunggu lagi dan mengambil keputusan untuk C-section.

2:00am  : Tangan saya menggeletar untuk tandatangan surat kebenaran.

2:15/2:20am : ahhh..yesss..dah tak sakit. Doctor sedang memotong perut untuk mengeluarkan Ananna. Sempat borak-borak lagi dengan Doctor.

2:29am, 7 Oct, 3 Ramadhan  : Ananna di tarik keluar dan batuk-batuk 2 kali sebelum…uwwwwaaaaaa!

Begitulah ceritanya.

Ananna lahir dengan 3.5kg, 64cm. Tinggi ek?

*

*

*

Ananna adalah anugerah. 5 tahun kami suami isteri menunggu kedatangan Adrianna Khaleda Iznil. Dia lah buah hati pengarang jantung kami. Kami berjanji akan mendidik Ananna untuk menjadi seorang muslimah yang tetap imannya, punya ilmu dunia dan akhirat & berjasa kepada agama, bangsa & negara..(patriotik sungguh!)

 

Happy birthday Adrianna Khaleda Iznil.

&

Adik/Cik Su

 

Love,

Wawa.

4 comments:

  1. motip gambar ai begitu comel sekali? hikkkk~♥

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday Ananna.. :)

    tinggila dia, 64cm..

    btw, keje kat honda yg kat glenmarie ker?..

    ReplyDelete
  3. Adik : Gambar ai lagi comel..lalala.

    Roziah : Thank U, kata Ananna. Yeap..paling tinggi masa tu. Kat Glenmarie tu 3S centre - Sales & Service Centre. I kat Honda Malaysia - PJ office.

    ReplyDelete
  4. Memang tragis la Mommy u Ananna...Jangan noti-noti tau..sian mommy masa deliver Ananna...

    ReplyDelete