Saalam,
Ntah lar..kenapa banyak sangat cerita tentang baby yang meninggal kerana tercekik susu, masuk hospital kerana tercekik bateri dan pagi ini pula kisah budak lelaki berumur 4 tahun mati dilanggar motor di hadapan ibu dan bapa. Jarak antara mereka cuma 10 meter sahaja.
Sila rujuk sini
Umur budak itu muda sikit sahaja dari Adrianna. Saya tidak dapat bayangkan perasaan hati ibu dan bapa adik arwah Shahrul Nizan Salamon. Mereka melihat sendiri anak lelaki kesayangan berlari gembira untuk pulang dan .......
Anak mereka dirempuh dan badan adik Shahrul terperosok di bawah motosikal yang melanggar. Bayangkanlah....kejadian di hadapan mata sendiri *nanges*.
Kes baby tercekik susu pula membuatkan saya terfikir, jika di takdirkan Adrianna punya adik (InsyaAllah, doakan) perlukah saya menghantar anak ke nursery?? rumah penjaga?? atau perlukah saya berhenti kerja dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Ikutkan kes akhir-akhir ini, ada baby yang meninggal di nursery, 2 kes tidak silap. 1 kes baby meninggal di bawah jagaan pengasuh dan satu kes meninggal ketika bapa tertidur.
Sekali lagi saya *nanges*. Tidak boleh bayangkan, kita mengandung selama 9 bulan dan ....emh...sedih.
Walaupun Adrianna akan mencecah 5 tahun, khamis ini (ye..anak dara dara akan tiup kek Ben10), tetapi hati saya masih risau dengan keselamatan anak. Tetapi anak dara sudah pandai mengadu..kalau cikgu marah, depan pintu sekolah lagi sudah mengadu. Siap tunjuk cikgu mana yang marah dia...hambek kau cikgu.!
Tapi ye lar..cikgu tak kan nak marah sesuka hati. Mesti bersebab ye tak? Contoh pertama, Ananna bertumbuk dengan budak lelaki. Untuk ,meleraikan mereka berdua, cikgu denda kedua mereka keluar kelas. Ye..anak dara saya bertumbuk siap bertarik rambut lagi dengan budak lelaki tu..tehehe..so proud! Eh??
Ceritanya begini, Ananna sudah banyak kali mengadu, budak ni suka pukul dia..ambil buku dia..dan macam-macam lagi lah. So, saya pun ajarlah, "Kalau Adam pukul Ananna lagi, Nanna tumbuk balik kat dia"..erk..mommy siap buat demo lagi....uhuk! So, Ananna ikut nasihat mommy...tehehe.
Contoh yang lain, Ananna kena marah sebab tidak mahu minum teh..Alahai! cikgu ni pon...anak dara memang tidak minum teh...dia minum air milo panas, vitagen color purple & air suam aje lar...grrrr.
Emh..ok lar kita cerita lagi..Bye.
sedih kan. mintak di jauhkan..
ReplyDeleteknape bebudak suka vitagen color purple kan. my daughter pun sama..heheh
wawa:
ReplyDeleteI ade baca jugak tadi berita adik yang kene langgar tu. Inna Lillah. Sedih dengar berita-berita macam ni.
and Takuttt sangat. Harap-harap anak-anak kita sentiasa selamat dan jauh dari tragedi-tragedi yang menyayat hati ni. Amin!!
roziah : ti lar..color lain pon sedap juga..purple juga pilihan hati.
ReplyDeleteNuurill : Al-Fatihah untuk adik tu dan baby2 yg lain. Tu lar..semoga selamat anak-anak kita. Harap sempatlah I tgk Ananna kawen..eh??
Kes kematian kat nursery makin menjadi2.. thse are cases yg masuk paper.. kes yg tak masuk paper sure tak tahu berapa byk lagi kan?.. my son dulu as young as 2 months dah hantar nursery.. risau pulak if nak kena hantar lagi.. nursery jaga and maid jaga lebih kurang aje.. semuanya ada risiko.. dilemma of a working mother kan..
ReplyDeleteHahahaa... I rasa masa Ananna akad nikah, yang paling nangis syahdu-syahduan mesti mommy dia. :)
ReplyDeleteRuzanna : tu lar. hati ni setiap hari risau. Mujurlah daddy keje shift..so kalau time off, mmg balik tadika terus ambil dia..or kalau keje malam pon terus ambil. Kadang2 tu dlm sebulan Ananna pergi taska 2-3 kali aje. So far ni tak ade kes.
ReplyDeleteNuurill, Oh itu wajib. Mahu banjir..ekeke. Hari ni Ananna genap 5 tahun..I nanges juga...cepat sgt anak dara ni besar...Uwaaaa!