Saalam semua,
Alhamdulillah, kita semua berjaya mengharungi ujian dariNya sepanjang bulan Ramadhan.. Mari kita buat post mortem…
Adakah “gemuk” segala ibadat kita??
Atau puasa kita hanya sekadar dahaga dan lapar??
Atau kita menjadi “hamba” Ramadhan??
Atau sebenarnya kita lebih hebat dari Syaiton??
Kita berada di golongan manakah antara satu di atas? Tepuk dada tanya perut..atau tengok cermin check jerawat..ok..serius tak logik perumpaan kali ini.
Rasa-rasanya semua orang pon tahu bagaimanakah kita mahu “menggemukkan” ibadah kita di bulan Ramadhan…google please..I bukan Ustazah. Puasa bukan bermaksud perut sahaja berpuasa..mulut, tangan, hati, mata etc..etc..juga patut berpuasa. Malangnya…masih juga ada aktivity-activity yang sama seperti tidak berpuasa.
Tu belum masuk lagi, berpuasa tetapi meninggalkan solat. Ha..ni jangan nak memandai kata solat ikut hati atau solat kena ikhlas. Solat itu hukumnya wajib! Solat itu termasuk dalam 5 pillars of Islam. Tanya Anannna, dia pon boleh sebut dengan lancar apa itu 5 pillars of Islam..shahadah, solah, zakah, fast & Haj..ok? Jika kita mengaku diri kita Islam…jomlah bersolat. Jangan tinggal-tinggal ye. Jangan tunggu “terbuka pintu hati” atau bila tua baru nak beribadah. Kalau sempat tua tak pe lah…tapi kalau tak sempat??? Kita tidak akan tahu apa akan jadi pada kita 2 minit dari sekarang. Bila-bila masa Allah boleh ambik nyawa kita.
Atau..dah tua tapi tetap juga tidak mahu bersolat, bagaimana??. Tahu kah kita jika berpuasa tanpa solat, maka yang kita dapat cuma dahaga dan lapar sahajalah..rugi kan? Tahukah kita, orang yang sudah pergi meninggalkan dunia ini sentiasa mengharapkan Allah memberi mereka peluang untuk hidup sekali lagi hanya untuk beribadat.
Bagaimana pula golongan hamba ramadhan??
Cuba perhatikan golongan ini hanya bersolat, berhijab etc etc hanya ketika bulan ramadhan sahaja. Pelik tetapi benar. Ni bukan saya yang cakap tetapi Ustaz yang bagi tazkirah di surau sementara menunggu solat Isya’ dan Terawih. Masuk aje syawal…habis…tudung hilang dan berbaju bagai tidak cukup kain. Emh…solat pon nak tunggu ramadhan lagi satu. Sepatutnya, momentum di bulan Ramadhan itu wajib kita kekal sehingga berjumpa lagi Ramadhan di tahun lagi satu. Kan?
Kemudiannya, kita bagai tidak sabar menanti kedatangan Syawal. Lagu raya berkumandang bagai tak hengat sedangkan kita ada lagi sepuluh hari Ramadhan. Sepatutnya, kita wajib melipat gandakan segala ibadah kita di akhir-akhir ramadhan..Ni tak? Dok khayal nak beraya. Bak kata Ustaz yang bagi tazkirah tu, kita ni jangan suka sangat nak beraya..sebab ada lagi satu golongan yang pooooonnnnn tengah dok tak sabar nak tunggu raya. Depa nak keluar dari penjara dan bebas kembali menjalankan tugas menghasut kita ni ha…Hambek! Suka sangat lah.!
Golongan yang lebih hebat dari Syaiton?? Bagaimana?? Ha…golongan ini, syaiton pon boleh tabik spring lah…sebabnya, dia dok dalam penjara tapi perangai kita lebih hebat lagi lar dari dia. Nak tahu contoh??? Tu…yang dok sibuk buang-buang baby macam baby tu sampah sarap aje. Masa buat tu syooookkk tak hengat! Dah dapat hasil korang buang-buang pula. Ya Allah, tidak takutkah kamu dengan balasan dari Allah. Apalah dosa baby tu??????????
Berapa ramai kena tangkap khalwat during malam merdeka tempoh hari?? Berapa ramai pula di tangkap kerana tidak berpuasa??? Kes bapak kelar dan bunuh isteri dan anak?? Kes bapa sembelih anak?? ok yang ini maybe terpaksa di kecualikan kerana si bapa punya sakit mental. Masa dia buat tu mungkin tidak sedar tetapi bila dia dah sedar tu hanya Allah tahu perasaan dia. Kes bapa (lagi) campak racun cuka (if not mistaken) kat wife, anak dan mak mertua..apa ke hal buat menda macam tu hanya sekadar mahu mintak RM30?? Urgh..! Kes Ustazah & anak lelaki tunggal yang meninggal kerana lemas???
Bagaimana kes Dato’ Sossilawati??? Dia hilang sewaktu bulan Ramadhan dan di percayai mati di bunuh pada hari yang sama kan?? Walaupun, si tertuduh bukan Islam…tetapi????????? Macam tak ada hati perut!!! Sampai tidak tercapai akal ku ni ha!
Benda-benda macam ni yang rasa macam alahai sudah tidak selamat Malaysia!
Emh…jangan di tanya puasa saya gemuk atau tidak. Saya sentiasa cermin diri sendiri. 2 minggu pertama, puasa saya elok. Tetapi itulah….ada pelbagai peristiwa mencabar kesabaran saya sepanjang dua minggu berpuasa. Sungguh…sungguh..hingga satu ketika mahu sahaja saya hantar surat berhenti. Saya umpama lahar gunung berapi yang sudah lama pendam dan kini sedang mengeluarkan gas…ha..baru keluar gas…belum lagi lahar ni meletup. Saya cukup kecewa dengan keaadaan sekarang. Rasa semangat hilang mahu bekerja!
Agh..cukuplah tentang saya.
Apa-apa pon…mari lah kita bersama-sama perbaiki diri supaya kita menjadi Hamba Allah yang bertakwa!
Semoga Allah menerima ibadah mu dan ibadah kita semua. Happy Eid Al-Mubarak. Semoga umur kita di panjangkan untuk berjumpa Ramdhan di tahun lagi satu.
Next…
Kita cerita raya pula…tgk ni..tehehe.
Adakah anda nampak apa yang saya nampak???
I suka sangat entry you ni Wawa.
ReplyDeleteI pun baru je terbaca tentang puasa dan ibadah ni.
Rasa insaf. Moga i bukanlah dalam golongan yang hanya setakat menahan dan larap tu je. Amin!
ok.. yg no.2, i nak gelak gila2 sebab i nampak apa yang you nampak. Sila buat pengakuan berani mati. You edit ke ataupun mmg betul2?.. Apa-apa pun, ianya sesuai.. hahahaha
Owh..thank U. Ye..moga-moga. Mari berusaha sama2 k.
ReplyDeleteNampak ter?? ekeke..Kalau dia lentik kan misai lagilah teramat sesuai kan??
P/S..tukang edit, si kembar Honey. If I yg edit sah2 kena pukul montot. tehehe.
Kata 1 Malaysia..ekeke.
ReplyDelete