Saturday, May 2, 2009

Cuti & Funfair.

Sengaja ambil extra 1 hari. Rasa macam lama sangat tidak bercuti. Plan cuti 4 hari ini sebenarnya tiada. Saja-saja nak rehatkan diri di rumah dan buat aktiviti lepak di depan tv.
Dalam masa yang sama saya bawa juga kerja balik rumah..tetapi rasa macam kepala pitam je nak buat kerja kat rumah ni. Sayang je cuti-cuti pun nak buat kerja. Mencik...!

30/4..ingatkan nak gi waterworld Shah Alam..tetapi memandangkan saya bendera merah dan rasa risau pulak nak control Ananna..kami tukar plan. Plan baru ke Jalan Tar.. borong tudung. Macam biasa..jalan kat KL boleh buat orang mengong. Jalan TARnye jumpa..tapi parking pula tak jumpa-jumpa. End up, saya melihat tudung dari jauh saje lah.

1/5..Hon kerja. Saya dan Ananna bangkit lewat. Exercise..breakfast dan bersiap ke Tesco cari barang-barang dapo. Ok...pokai terus. Siap-siap beli stock mamam. Berangan nak masak le konon. Malam entah kenapa rasa lapa sangat. Tapi tak mood nak mamam ke hapa.So buatlah 3 in 1 oat segera..dan minum air panas. Oh! baru perut rasa lega dan selesa. Emh...angin kot.

2/5..bangun awal. Eh..napa sunyi sangat nih..Emh..maybe ramai kot orang balik kampung atau bangun lewat. Pergi kedai jiran..beli nasik lemak biasa dan donut untuk breakfast. Perut dah isi..masa untuk exercise. Kemudian sambung dengan mengemas kandang Orange. Tengahari...masak..Hah...sapa kenal saya pasti tahu...saya tak suka masak. Tapi today rasa nak masak. Saya masak pasta goreng. Resepi. Main hentam jerk..Jangan tanya rasa...mesti sedap *perasan*

Selepas maghrib, kami semua bersiap-siap untuk ke tapak funfair. Ingatkan, nak bawak Ananna tengok lampu dan gerenti dia takut nak main permainan kat funfair tuh. Fuh...sangkaan meleset. Dia paksa nak naik semua permainan yang ada kat situ. Oi..kopak ler macam ni. Dah lah nampak macam bahaya jerk permainan tu semua.

Dalam kata tidak tu..dapat juga Ananna naik merry go round (mommy yang menggeletar takut, Ananna rilek je), naik train & naik entah apa yang pusing2 tuh.

Gambar? Emh..banyak yang tak jadik.


No comments:

Post a Comment