Sunday, April 5, 2009

All about me...

1. Saya super busy. Oh yeah..dah banyak kali bagi tahu benda ni.

2. Menyampah betul bila ada orang lain buat projek tapi evaluation nyer campak kat saya. Paling lagi menyampah bila kita orang ini yang bertungkus lumas bekerja tetapi orang lain pula dapat nama. Rasa nak sekeh je kepala. *sabar..sabar*

3. Benci dengan internet connection minggu ini. Lembap mengalahkan kura-kura. Paling sakit hati apabila dealers Honda tidak boleh membuat order secara "online". Sekali lagi saya dan orang kanan bertungkus lumus melayan dealers seluruh Malaysia dan juga berperang dengan cut off time untuk meastikan penghantaran tetap berjalan dengan lancar. Ha..ini pun kalau tetiba ada manusia yang datang lepas itu "dusyum" pagi-pagi mahu saja saya baling dengan kasut merah "crocs" saya...*hehehe*

4. Saya tetiba rasa macam gila shopping. Mentang-mentang dah kurus..hehehe. Ok..saya beli seluar hitam, kasut merah crocs, banyak DVD cetak rompak, magazine gossip dan fitness dan yang lainnya baju dan kasut baru Ananna. Daddy dah beli last month. Emh..apa nak beli pula bulan depan ye?

5. Semua baju saya longgar. Tak sesuai ok. Sekarang selongkar balik baju-baju dan seluar-seluar lama. Sangat terkejut...longgar. Hehehe..jadinya jangan jeles ok. Akak kurus dan hot sekarang..hahaha.. Ops..ops..serius. Emh...penat lelah saya sangat berbaloi. Sesiapa yang mahukan tips untuk kurus sila hubungi saya..alamak..kena bagi no phone ke?? emh..

6. Saya sesatunya perempuan kat Honda PJ Sales & Mktg Div yang pergi kerja bergalaskan bag sandang belakang dan berkasut merah. Peduli apa..tak langgar undang-undang pun. Cuma terasa muda dan Rock..hehehe.

7. Esok...saya pitam.! Sales forecast yang perlu di edarkan kepada business associates seluruh Malaysia dan TNB kata esok hari bergelap di Warehouse. Adoi..adoi..satu lagi projek gila. Harus aturkan segalanya dengan teliti kerana Customer Satisfaction is no 1. Walaupun mungkin esok kita (ah yes..you En S. G), terpaksa mencari barang menggunakan lampu suluh. Ingat..customer is our Master!

8. Tidak sabar untuk datangnya bulan May.

9. Gila Twillight. Gila Edward..hehehe..gila Robert Pattinson. So nyummy lelaki ini.!

10. Kadang-kadang sangat pening dengan Ananna. Dia ada perangai baru....melalak..menangis sekuat hati..Sungguh mengada ok. Kadang-kadang tu tak tahan sangat, tutup telinga tutup mata dan tidur.

11. Ananna dah besar panjang. Berat tetap maintain 15kg. Tapi alahai ketinggiannya....emh. Ikut Daddy. Sekarang kena berhati-hati sikit bercakap. Dia follow cakap kita. Paling best dia pasang telinga kat school dan balik terus gossip.."Mommy, cikgu Dida nak kawen"!

12. Ananna lah manusia paling hebat. Dia tidak pernah lupa puji saya. Setiap hari saya tetap tercantik. Bila tanya "Ananna, cikgu Farah cantik tak?". Ananna jawab..."emh..emh..emh"..Jujur kan anak saya?

13. Orange hilang seminggu. Balik...muka bengkak sebelah. Semalam sudah bawa dia ke Vets. Hilang RM138. Huh...sekarang ni saya dan Honey sedang main drama dengan "kucing nasik lemak". Kami nak pura-pura baik..bagi makan. Lepas tu tangkap dan buang jauh-jauh dari rumah. Kami perlu selamatkan kawasan jajahan Orange.

14. Selama 8 tahun Orange hidup, tak pernah sekalipun kami nampak Orange berminat dengan betina. Minggu lepas, Honey kata dia nampak Orange emh..emh..emh.. betina kampung. Aiseh...cun ke?

15. Honey semalam call back. Malam ni pun tengah call back. Ada lagi 2 call back. Alhamdulillah, rezeki murah.!

16. Rasa mengantuk dah...babai yo.!

*Suka Amcorp Mall*

No comments:

Post a Comment