Tuesday, May 11, 2010

Bila Ananna pula shopping.

Salam dan Hi,

 

Suatu hari Ananna mintak shopping dan berbisik “Mommy, esok Ananna mahu beli 2 baju kakak (dress) dan baju Ben10”.

 

Nah ini hasilnyer :

DSC03436

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother’s Day.

Salam and Hi,

 

From Ananna to her Mommy…

 

DSC03447

DSC03448

 

*kesat-kesat air mata* Terharu Mommy ok. Mommy love you too Sayang.

 

Psstt..cantik tak tulisan Ananna? Kemas aje kan?

 

To mak dan mak..selamat hari ibu..Wawa sayang you both.

 

Untuk semua rakan-rakan sejawatan (jawatan ibu lar)..juga selamat hari ibu.

Saturday, May 8, 2010

Sama macam Mommy!

Salam..

 

Tengah happy mood. Sila layari laman ini http://thecaramelizegoddess.blogspot.com/2010/05/prize-and-winner.html kalau mahu tahu lebih lanjut. Yeap..that’s me.! Sila jeles.

 

Tapi this entry saya tidak mahu bercerita pasal itu..nanti dulu..sebab saya mahu bercerita tentang Adrianna Khaleda Iznil. Boring? Asyik-asyik cerita pasal Ananna?? Habis? Tak kan nak cerita pasal Robert Pattinson kot? Tehehe..gatal lar tuh..Eh..saya dan Vempire hemsem ni share birthday date tau..ha..jeles lagi.

 

Ok..balik pasal Ananna. Sekarang ni Ananna sikit-sikit nak macam Mommy. Pakai baju..macam Mommy. Pakai tudung macam Mommy. Nak cantik macam Mommy (ye adik-adik..Mommy Ananna memang cantik..tehehe). Semuanya lah nak macam Mommy.

 

So..one day saya mahu beli roti kat kedai depan rumah. Macam biasa, sarung hijab instant (kali ni pakai hijab Hajaba stripes merah, purple tuh..ye Amrina..saya beli hijab ni sebab U), seluar panjang, T-shirt, cardigan biru dan berkasut crocs merah. Sudah tentu saya menyarung cermin mata (rabun..rabun). Tetiba Ananna mahu ikut. Dia juga berseluar panjang, T-shirt, cardigan purple, bertudung pink ada bunga kat atas dan berkasut crocs merah. Eh..ada lagi…………………………

 

Dia juga mahu bercermin mata. Alasan..mahu macam Mommy! Ok..seriously, saya gelak macam nak pengsan. Dah lah malam..Ananna ni sibuk pula bercermin mata hitam frame kuning lagi. Tak kisah mak cik – mak cik kat kedai tuh tegur dan kacau-kacau dia..Ananna dengan selamba maintain bergaya. Fesyen ok..fesyen.

 

Sorry..no pictures tapi saya ada gambar yang lain…Nah..tengok.

 

P010510_11.32 P010510_11.39 P010510_11.41 P010510_11.42 P010510_11.44 P010510_11.36 P010510_11.40 P010510_11.32_[01] P010510_11.43

Eh..sepatutnya saya kena blogging pasal Ananna punye shopping kan? Emh..nanti ye..(sebenarnya malas nak download gambar dari camera).

**13 May, saya cuti..mahu ke SPA**

Monday, May 3, 2010

Shopping oh Shopping!

Readers dearie..(macam banyak sangat yang baca blog ni..perasan..ekeke),

Saya suka shopping. Siapa yang tak suka shopping? Kedai Speed99 pon best untuk shopping. Barang-barang dia lagi murah dari Tesco atau Giant. Kalau pergi Speed99 tak boleh Shopping "tingkap"..sebab..tak ada tingkap..eh??

Ok..ngarut dah ni. Sebenarnya, bulan April saya banyak shopping.. (Ampun Honey..Wawa shopping behind your back..eh kat depan2 sebenarnya tapi Honey aje tak nampak..ekeke). Kegemaran terkini, saya shopping online. Dari tudung sampai lah ke baju..segalanya online. mentang2 lah kedai2 sekarang sudah berada di hujung jari..maka makin ligat saya bershopping.

Dalam bershopping di alam maya ni..kena juga berhati2. Takut dah transfer duit..barangnya tak dapat. Eh..seriau U. Emh..bak kata pemilik2 kedai "shopping at your own risk". Tapi ye lar..bila kita berniaga ni kena lar jujur. Sebabnya, mereka ni boleh menipu di dunia..tapi ko jawablah kat akhirat nanti. Duit yang korang ambik tuh kira duit haram. Dah lah duit haram..korang buat pulak beli ikan ke chicken ke..or susu anak ke..kan dah jadik darah daging tuh..camne?

Eh..emo. Grr..grrr..so far saya belum lagiu menerima nasib macam tuh.

Ok..mari tengok apa yang saya beli dalam bulan May. Sorry no pictures...saya seorang pemalu!

Saya beli :

1. 2 helai dual color inner dari Colorscarf by Riqa.
2. 1 helai inner yang nampak sgt stylo bila pakai juga dari Colorscarf by Riqa.
3. 1 helai hijab syria. Ha..ok dari Riqa juga.
4. 1 helai abaya dari abaya-arab.blogspot.com
5. 2 helai abaya dari The Abaya Souq (sgt canteks ok)
6. 1 pasang kasut flat ballet kat kedai kasut scholl..ok yang ini bukan online.

Bulan May..nak berenti dulu lar dari shopping2 ni *statement dalam keadaan berat hati*

Pssstt..anak dara saya juge shopping. Nanti kita blogging lagi ek..letak gambar sekali.

Saturday, April 17, 2010

Freed(om)!

Hello..

 

Tidak lama lagi Honda akan melancarkan model baru yang di panggil Freed. Tarikh rasmi pelancaran ialah pada 22 April 2010. Mahu tahu lebih lanjut, sila layari laman web www.honda.com.my atau boleh juga hubungi talian “hangat” 1800-88-2020. Jangan lupa untuk mengunjungi “showroom” Honda.

 

 

Oh…sempena pelancaran minyak enjin baru, Honda sedang mengadakan “promotion” 20% diskaun dari harga asal di tambah dengan hadiah istimewa. Jadi…bawalah kereta kesayangan anda ke Honda “Authorised Service Centre”. Cepat dan jangan terlambat..kerana tawaran ini akan berakhir pada 31 May 2010.

Tuesday, April 13, 2010

Twenties Girl.

book cover of 

Twenties Girl 

by

Sophie Kinsella

 

Mommy tengah syok-syok baca buku “Twenties Girl – Sophie Kinsella”, tetiba anak anak dara Mommy datang sambil tersengih-sengih comel.

 

“Mommy baca buku apa tu”, tanya anak dara Mommy.

“Mommy baca buku lah”, jawab Mommy.

“Bagi Nanna tengok..Nanna nak baca buku jugak”, pinta anak dara Mommy.

“Alah…jangan kacau Mommy”, pujuk Mommy.

“Mommy boleh laaaaaaahhh”, giliran anak dara pula memujuk.

“Nah…tunjuk Mommy macam mana tu Ananna nak baca buku”, Mommy mengalah dengan pujukan anak dara.

 

Oh..happy bukan kepalang anak dara Mommy. Apa lagi, dia pun mulalah membaca.

 

“One two three, one two four, one two five…….”, dan seterusnya sambil menyelak muka surat buku.

 

Aduhai, comel betol anak dara Mommy…rupanya dah besar dan sudah pandai baca buku. Walupun hanya pandai baca mukasurat buku…jadilah. Mommy tetap proud..ok.

Friday, April 9, 2010

Bila Ananna kritik filem.

Ananna sekarang sudah terror kritik filem..Dia kata “Citer Monster tak best Mommy..citer kartun Nanna jugak yang best..emh..emh”

Ini dia citer monster itu…

 

 

VS dengan citer kartun Nanna…

 

Ish..ish… Mommy suka (ngeh..ngeh..ngeh) kat Mamat ni..Hensem kan?

 

Tapi..tak boleh lawan dengan ini…

 

 

Grrrr..dragon ni super cute oke…Skrg ni Mommy jadik “Toothless” dan Ananna jadik “hiccup”. You all jangan terperanjat, bila jumpa kami dan terlihat adegan seperti ini….