Showing posts with label Twilight.. Show all posts
Showing posts with label Twilight.. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Raya..Oh..Raya!

Salam Syawal everyone!

Ada yang dah keje ke on Monday? Hihihi...sian! I cuti lagi.. lalalala.! Fine raya dah nak habis baru terhegeh-hegeh nak story raya.

Ok..Let's story raya ok.? This year we all beraya di Ipoh. Kami bertolak dari Klang selepas solat raya dengan harapan jalan tak jam. Perrrrggghhhh! Harapan hanya tinggal harapan. Hiway sesak! Bumper to bumper. RnR memang x boleh berenti langsung. Memang sesak. Kami berjaya sampai ke Ipoh 4 jam kemudian.

Kami berdua gila letih dan x larat nak beraya. Huk! Kami ada 2 anak yg hyper...so...tsk..tskktskk..jadi harapan nak berehat tu kita boleh lupakan aje lah ye.

We had fun beraya di Ipoh. Jumpa sedara mara. Honey dapat menunaikan hajat nak berjumpa kawan2 lama yang sama2 cycling dulu. Melepak dgn bestfriends.... and we all....... dapat berendam  dalam pool sepuas hati.

Bila balik beraya ni, soalan wajib ditanya :
.
"dua2 anak perempuan ke? tak nak anak lelaki ke?" Aih................korang..................jantina anak bukan I yang tentukan ye. Nak buat anak pon bukan kerja senang. SUSAH wooooooooooooo!

Balik ke Klang, we all bz. Macam-macam urusan perlu di buat. Dah bukan macam raya aje. Lepas tu 3 hari berturut-turut kami dok berulang alik ke IJN. Abah I sakit jantung. 4 saluran tersumbat 99%-100%. 23 Sept nanti baru nak buat bypass. Minta semua yang membaca blog I ni berdoa untuk abah. Risau juga sebab abah tu dalam IC aje umurnya muda tetapi sebenarnya umur dia dah banyak, Yelah  zaman-zaman dulu kan orang tak sangat hirau nak daftarkan kelahiran anak.

Dan mingu-mingu seterusnya, weekend memang busy gila. Satu hari kami menerima undangan hingga 3 buah rumah. Makan..driving...makan driving...fuh..memang macam rasa macam nak pengsan. Tak pergi karang...tak sedap pulak kan. Lebih-lebih lagi yang menjemput tu bukan main jemput guna invitation email or message ka...ni ha...main terus jumpa berjabat tangan berhajat bebenor nak kita datang.

Ha....ada sesapa lagi nak ajak kami bertandang ke rumah terbuka....Kami dengan hati yang sentiasa TERBUKA menerima jemputan anda..hihihi.

Emh...apa lagi ye?

Owh...raya tahun ni saya beli 2 helai baju kurung...saya ulang BAJU KURUNG. Sapa yang kenal I sure korang pengsan. Dah bertahun kot saya tak pakai baju kurung. Kesana sini selama ni sentiasa berjubah. Sebab I rasa I gojes bila berjubah.....hahaha...baiklah...gi lah muntah hijau!

Itu saja untuk update terkini.

Sebelum tu..........azam selepas raya :

1. Konon nak kurus.
2. Tak mau tinggal puasa sunat.
3. Mahu merajinkan diri bersolat dhuha.
4. Mau hari-hari baca Al-Quran dan terjemahannya.
5. Mau buat video untuk hafazan Nanna...

Gambar raya? Owh...u can chek it out kat FB dan IG. Sebabkan I camera woman...so gambar I lah yang paling sikit. Nanna asyik ambik gambar I blur...saja je tau dia sabotaj.

Ok...sampai sini aje....tatatititutut..babai uols. xoxo.

Azura Iznil

Saturday, July 10, 2010

Dugaan demi dugaan.

Salam semua.

 

Syukur! Walaupun kehidupan saya diselubungi oleh dugaan demi dugaan tetapi kami sekeluarga dapat menghadapinya dengan sabar dan tenang.

 

1. Honey Sakit.

 

Honey jatuh sakit kira-kira sebulan yang lepas. 7 hari di tahan di hospital termasuklah 6 hari darinya berada di wad kawalan rapi. Saya sendiri mengambil cuti selama 3 hari semata-mata untuk menjaga Honey tersayang. Sehingga diri sendiri hampir terabai..

 

P070610_12.47_[01] P070610_12.46 P070610_12.47

 

 

Daddy sakit tetapi anak dara kami tetap riang gembira.

 

Kemudiannya, selama sebulan ini ada rawatan susulan di mana Honey sekali lagi di masuk kan ke hospital bagi procedure kali kedua. Cuma kali ini tidak sekritikal yang pertama. Alhmadulillah..syukur. Segalanya sudah selesai dan kini Honey kembali pulih. Dia sudah kembali berkayuh dan sempat shopping trainer dan frame basikal baru. Saya happy tengok Honey sudah sihat.

 

P060610_10.43

Ha..ini pula anak dara terlanggar pintu McD ketika baru selesai bersarapan. Anak dara berlari ke pintu kononnya mahu segera menjengok Daddy..takut Daddy nangis katanya. Kemudiannya..”Baaaanngggg”. Bengkak dari atas dahi sehinnga kebawah mata sebelah kanan.

 

2. Dugaan yang berkaitan dengan panas dan sejuk.

 

2.1 Pendingin udara kedua-dua kereta kami rosak! Fuh! Menggigil juga. Spare Part bukan murah-murah. Tetapi kalau kita sabar, tenang dan beriman..pasti Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah, dugaan ini juga sudah selesai.

2.2 Pendingin udara di bilik rosak. Yang ini saya tidak risau sangat kerana kami ada kipas syiling. Tetapi bila…………

2.3 Kipas syiling rosak….juga. Fuh..mencabar benar. Sudah lah sekarang cuacanya tidak menentu. Kalau panas..terlalu lah panasnya. Solution..kami bawa kipas berdiri ke dalam bilik bagi mengganti sementara kerosakan kipas syiling dan pendingin udara. Tetapi…….

2.4 Kipas berdiri juga rosak……bagaimana? Ye..sudah rosak!

Sekali lagi..jika tidak sabar…

Tetapi, tahukah kita dugaan yang Allah beri ini hanya sebesar kuman. Kepanasan yang kami sekeluarga alami kini juga hanya sebesar kuman jika mahu dibandingkan dengan kepanasan api neraka di Akhirat nanti. Ya Allah ampunilah kami. Kami bersyukur dengan dugaan yang Kau berikan.

 

3. Demam.

Saya demam..kemudiannya selsema dan batuk kering yang kuat. Bukan saya sahaja malah ramai lagi rakan-rakan pejabat yang kurang sihat. Sudah 5 hari saya kurang sihat. Doa kan saya segera sembuh ye.

Ketika kita tengah tidak sihat, saya cuba lah menjauhkan diri dari anak dara. Ye lah..saya tidak mahu anak dara ikut sakit. Tetapi…….anak dara tidak boleh tidur tanpa pelukan dan bau ketiak Mommy. Alahai..anak dara manja ni. Dia ingat saya tidak sayang kan dia lagi..pulak!

 

4. Tikus.

Di sebabkan 2 minggu juga rumah saya tidak berpenghuni (Honey sakit), jadinya En Tikus pun bermaharajalela. Ketika ini memang rindu habis dengan Arwah Orange. Alamak! Saya tidak dapat tepek gambar Orange..ni mesti Honey dah transfer semua gambar ke cekera keras (eh…betul kah?).

Habis rumah berbau tahi dan kencing En Tikus. Huh…! memang tensi.

Kami pasang perangkap dengan umpan sotong (Eh..Paul??) kering. Lazat!!

Mahu tahu hasil tangkapan kami selama seminggu?????

*

*

*

*

*

*

tada…..4 ekor masuk ke perangkap dan seekor lagi mati lemas dalam bilik air!

 

5. Kereta lagi.

Dugaan terbaru…kereta Honey rosak ketika di dalam perjalanan ke tempat kerja. Syukur juga Honey tidak “panas”. Dia ingat pesan saya supaya sentiasa sabar dan tenang. Kali ini dia mengaku keberkesanan sabar…

Ye..lah..jika kita menghadapi segala dugaan dengan sabar..jiwa kita akan bebas dari belengu api kemarahan dan menjadi tenang. Kita akan menjadi manusia terhebat dan terkuat jika kita dapat mengawalnya. Tidak percaya?? Cubalah…

Sekarang kereta berada di “hospital”..kereta saya juga tidak berapa elok keadaannya..Dia juga akan di bawa ke wakil service rasmi Honda akhir bulan ini.

Oh..bercerita tentang Honda. sejak 1 Julai sehingga 3 bulan akan datang, Honda sedang mengadakan promosi 3S (Sales, Service & Spare Part). Ada banyak tawaran menarik dan diskaun hebat. Mari datang beramai-ramai. Ah..promosi lagi..(Ye..apabila menulis tentang promosi ini baru teringat saya masih tertinggal satu memo untuk diberi kepada semua Honda dealer…aih..aih..tidak apa..masih ada Isnin).

 

Ok..rasanya itu saja. Esok saya ada temujanji hangat dengan Edward Cullen di The Gardens. “Oh..abang hensem tunggu saya ye..esok!”

 

Selain Edward..si New Vampire ni pun hawwt juga kan??

 

Wow!

 

Hahaha..macam “school girl” saya ni kan??

Thursday, April 8, 2010

Gooogoogaagaa..saya tak sabar.!

 

Edward & Bella! Aggghh..melting tau.

eeee..gatal betol I ni kan? ekeke.

Friday, November 27, 2009

New Moon...


Ohhhhhhhh...Edwardddddddd!!! I love UUUUUUU..bite me..bite me!

Hahaha...mereng dah ni.

Sanggup tuh malam raya meredah hiway untuk menonton.

Tapi potong stim betol..masa dah ending tuh..masa Edward ajak Bella kawen tetiba "sila jangan tinggalkan barang berharga anda"..mcm tak bagi warning tetiba terus keluar menda tuh..tension tau!

Aggghhhhh..tak sabar nak tunggu DVD kat kedai untie....mesti beli dan tonton banyak kali..yeah!

Friday, June 5, 2009

Grrr...New Moon..oh..New Moon!

Ok..ini yang paling baru New Moon Trailer. Have fun and can't wait nak tgk movie ni..



Wednesday, May 27, 2009

Ulangkaji Twiligt saga.

Ok..saya terlewat..tapi biarkan lah.

Saya sedang menikmati sepenuhnya tulisan Stephanie Meyer. Membaca setiap bait perkataan dan terus tenggelam khayal..

Kalaulah........(biarlah apa yang berada di dalam kepala otak saya ini di simpan saja untuk tatapan sendirian berhad)

Sunday, March 8, 2009

Suddenly..I falling in love again.


Ha...dah tua-tua pun ada hati nak jatuh2 cinta lagi? Orait what? Apa salahnya. Hati saya telah di curi oleh lelaki Vampire yang sangat cantik lagi nyummy. Kami berdua ada persamaan..nak tahu apa?

Psstt..psssttt.. both of us lahir pada 13 May..hehehe. Tahun je lain-lain. Tsk..tsk..