Monday, February 1, 2010

The Power of DREAMS.

 

Setiap hari saya perlu menempuh Setia Alam Avenue atau berjalan-jalan di kedai-kedai sekitar Setia Alam.Saya mula lah DREAMS..ok berangan untuk lebih tepat. Kalaulah HONDA Marketing Div pindah ke Setia Alam. Atau pon saya punya kemampuan untuk punya Muslimah Butik.

Semua DREAMS saya ini ada kena mengena dengan budak kecik ini :

 18102008(018)   18102008(015) 18102008(011) 18102008(013)

 

Sekarang, setiap pagi saya dan Ananna seperti ribut bersiap. Saya perlu kejutkan Ananna seawal 6:00am sambil mulut juga turut laju membebel meminta kerjasama dari Ananna. Ini kerana, saya perlu keluar dari rumah pada pukul 6:30am. Awalkan? Bayang kan lah budak sekecil Ananna, yang umurnya baru mencecah 4 tahun 3 bulan sudah begini awal untuk kesekolah.

 

Memang setiap pagi Ananna tidak happy dengan arrangement begini. Siap boleh cakap “Mommy tak mo jaga Nanna”. Apa perasaan anda jika anak kita bercakap seperti itu.? Kemuncaknya, Ananna akan menangis sendu dan hanya memandang sayu Mommy yang bergegas harus ke tempat kerja. Serius..3/4 hati saya tiada di office. Mujur juga Honey off sepanjang minggu ini. Boleh lar dia siapkan Ananna dan tidak perlulah Ananna bangun dan pergi sekolah terlalu awal. Bahkan, Ananna juga boleh pulang ke rumah on the dot. Bukan seperti selalu..dia lah budak paling awal dan dia jugalah budak paling lewat balik. Kesian tau tengok dia, tunggu mommy depan grill sekolah sorang-sorang.

 

Di sebabkan itu lah saya DREAMS. Mahu kerja dekat-dekat atau business sendiri dan punya lebih banyak masa dengan Ananna. Walaupon mungkin orang kata “Alah..Ananna tu dah besar..ni kes manja terlebih”. Tetapi walau besar mana pon Ananna, bagi saya dia tetap baby dan lil princess saya. Ultimate joy saya sudah tentu mahu melihat Ananna happy dan menjadi anak yang soleh..

 

Eh..ada pulak perkataan joy kat sini..eh mestilah..dah namanya pon HONDARIAN..MESTI JOY. Ah..challenge..challenge.

No comments:

Post a Comment