Tuesday, June 9, 2009

Update wknd saya? Oh ye ke?

Hehehe..



Ok..sorry..saya gelak dulu. Tak ada apa..macam kelakar pula mahu update tentang diri saya. Malu ah..ekeke.



6/6/2009



Honey bercadang untuk ke PD. Walaupun rasa malas tapi ikut kan je lar. Lagi pun Nurul (anak saudara) ada di Rawang. Bawa je lah jalan-jalan. dia tidak pernah ke PD. Apa salahnya. Bukan selalu. Paling over excited sudah tentulah si Ananna. Tak habis-habis mulut menyebut mahu mandi laut.



Jalan dari Nilai ke PD, jam yang boleh tahan. Cuti sekolah lah katakan. Masing-masing mahu membawa keluarga untuk bercuti. Kali ini kami tidak ke Pantai Teluk Kemang tetapi berkelah di Pantai Saujana. Oh wow! I tell you..pantai dia not bad..not bad. Cantik lah. Bersih dan putih.



Puas hati betul berenang di laut. Sekarang ni dah gian mandi laut. Best sangat.!



Balik dari PD, kami singgah ke Tesco Shah Alam. Actually, friday pon dah lunch and shopping tudung kat situ tapi di sebabkan tidak puas hati punya pasal. Tak kisah penat, asalkan dapat tudung idaman hati baru tidur boleh lena.

Sampai sahaja di rumah masing-masing keletihan but as "suri" mana ada waktu rehat. Macam-macam business yang tidak pernah habis perlu di lakukan. Menjelang lebih dari tengah malam baru lah si "suri" dapat merehatkan badan.

7/6/2009

Malasnya nak bangun...letih semalam tidak hilang lagi. Tugas sebagai "suri" bermula kembali. Setelah selesai segala tugas, barulah saya punya masa untuk diri sendiri. Saya melakukan Pilates selama 1 1/2 jam tanpa gangguan si buah hati. Huh...pilates ni nampak aje senang tetapi sudah cuba baru tahu. Merembes ni ha peluh satu badan.!

Tengahari, kami ke Seksyen 3 kedai uncle mamak. Saya rindu roti Nan uncle mamak ni..ekeke. Kemudiannya, kami singgah ke Plaza Masalam dengan cadangan membeli T-shirt berlengan panjang sehelai dua. Malangnya, satu pun saya tidak berkenan.

Melangkah keluar dari Plaza Masalam dengan tangan kosong memang membuatkan hati saya tidak senang. Destinasi seterusnya, Giant Kota Damansara. Jauh kan? Sanggup pergi ke sana kerana ada J.Co dan nak makan ice-cream Yogurt. Nyummm. Sedap sangat, i tell you and paling penting 100% zero fat.

Adakah kamu fikir ahad saya hanya akan berakhir di sini? Oh tidak. Ingat ya, saya masih belum lagi "beli-beli".

Destinasi seterusnya..Amcorp Mall, my fav shopping mall. Kenapa? Duit saya pasti banyak habis apabila kami singgah ke Amcorp Mall. Aktiviti "beli-beli" pun bermula......

Saya sempat (seh..guna perkataan sempat konon) "beli-beli" mag fitness dan shape, beli satu set polish kereta & satu set of Twillight Saga (ok..sebenarnya balance of 3 from Twillight Saga.). Ananna sempat rembat buku color dan pensil color. Saya keluar dengan hati puas!

Kemudiannya, kami singgah lagi ke Tesco Shah Alam. Kali ini kami terus ke tingkat atas untuk "menziarah" outlet menjual water filter. Tidak mahu fikir panjang..kami bersetuju membeli water filter satu set. Satu di luar dan satu lagi di bahagian dalam. Emh..habis juga ribu raban tetapi memikirkan air yang kita minum sekarang ini sentiasa tidak jernih dan berbau rasanya ini adalah pelaburan yang mesti.

Oh..Ahad saya tidak habis lagi. Kami meneruskan perjalanan untuk berjumpa Atuk dan Nenek Ananna yang sedang berniaga di Tanjung Harapan, Port Klang. Makan burger free dan borak-borak untuk update aktiviti anak, menantu dan cucu kesayangan.!

11:00 malam baru lah kami menjejak kami kembali kaki ke rumah kesayangan kami. Wah..muka Orange sudah menjadi seperti "Vampire". Bengang satu hari kerana terkurung di dalam kandang. Ah..kerja sebagai "suri" bermula kembali.....

1:00pm..barulah saya berjaya melelapkan mata dan berehat. Esok....kerja tetapi boleh memandu dengan senag hati kerana budak sekolah masih bercuti..yupppie..

**Saya masih sempat menghabiskan novel kitab cinta Yusoh dan Zulaikha selama dua hari. Sekarang saya kembali tenggelam di dalam dunia Bella dan Edward**

No comments:

Post a Comment