Saturday, June 27, 2009

Minggu yang sibuk, penuh tensi dan abah sakit.

Dear all,

Hampir seminggu saya tidak menjenguk blog. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu dan saya sendiri bagai putus nafas untuk menghadapinya.

1. Honey sakit.

Honey semakin sakit. Tidak cukup tidur dan bekerja tanpa henti. Saya risau..sangat risau sebenarnya. Saya mahu Honey sihat dan tidak sakit-sakit. Setiap kali dia menahan sakit, saya juga sakit. Ye lah dia kan soulmate saya. Pasti apabila cubit peha sebelah kanan, peha sebelah kiri pun ikut terasa sakit.

2. Abah sakit.

Abah turut sakit. Batuk kuat hingga sakit dada dan hampir kehilangan nafas membuatkan adik saya hilang akal. Abah di masukkan ke hospital, pada malam rabu lepas. Ini membuatkan saya sepanjang malam tidak boleh tidur kerana terlalu risaukan keadaan abah.

Esoknya, saya tidak peduli dengan kerja berlambak dan training session bersama dealers, saya berkejar ke hospital untuk menjenguk abah. Lega apabila melihat abah tidak seteruk yang di sangka. Saya menahan air mata. Ego konon. Tidak mahu menangis di depan abah. Tidak mahu dia risau.

Tadi, saya baru sahaja lepas menjenguk abah di hospital. Sudah boleh gelak ketawa dan ada hati pula mahu makan nasi beriyani King dan teh tarik. Emh..hello abah..sakit kencing manis tu tak nak jaga ke?

Hati saya lega...boleh tidur dengan lena malam ini..Ya Allah..panjangkan lah umur abah.

3. Tensi..tensi.

Yeap..sangat tensi dengan kerja saya yang berlambak-lambak. Terasa bagai mahu meletup-letup kepala dan hati saya. Bermula dengan survey..kemudian customer complain case..campaign July nanti (saya ada sesi training dengan dealers)..Tech challenge..oh..lagi..baanyak lagi. Tidak tertulis di blog ini.

Semalam, saya ke Muar untuk sesi CEO Genba. Emh..bagus juga tengok management genba. Baru tahu keadaan sebenar di luar sana. Mana boleh hanya lepak di office kan?

4. Bag.

Saya mahu beli bag......!

5. Business.

Saya sedang sibuk survey untuk business. Masih lagi berfikir-fikir..tiada kata putus. Problem terbesar..modal! (Mak..oh..mak..tolong!...ekeke). Perlu ada analisis mendalam ok..

Ok..saya letih sekarang. Will update lagi nanti. Esok saya mahu menjenguk abah, beli tudung, tengok Mr Selangor (ekeke) dan appointment dengan Gee.

Emh..apa lagi..ok..serius letih. Chow dulu...

*Alhamdulillah, jika benar MJ is a muslim..Al Fatihah untuk MJ*

1 comment:

  1. Alhamdulillah..segalanya selamat walaupun abah masih lagi di hospital.

    Pasal keje tu dek..bawak2lar bersabar. InsyaAllah...kalau ada rezeki dapat juga di tempat lain. Mana tahu dapat pula di Ikea..ekeke..

    Lagi satu..keje pun keje lah tapi kesihatan tu kena jaga ye.

    ReplyDelete