Hijrah tahun baru saya tentunya mahu mengacilkan badan saya yang membesar bagai belon yang comel lagi menawan. Ha...sepanjang tahun lepas, berat badan saya membelon hingga 10kg. Eh ni dah tulis pada blog yang lepas kan..hehehe *malu*.
Ok..Ini rahsia saya. Mula-mula, saya buang tabiat suka makan nasi lemak, roti telur, teh tarik, air berkarbonat, air manis-manis & air kopi. Mula-mula tu memang tersangat lah susahnya. Siap menggigil-gigil menahan segala dugaan dan Alhamdulillah, saya berjaya.
Tidak lah saya tidak makan langsung. Saya masih lagi makan nasi lemak tetapi hanya sekadar rasa-rasa. Bukan hingga melantak. Setiap tengahari saya tetap juga makan nasi tetapi dalam kurang 10 sudu. Yang lainnya saya makan lebih kan sayur dan lauk. Daging adalah Big No No dalam rancangan diet saya. Minum air dengan cukup. Lagi baik minum saja air suam setiap hari. 0 kalorie ok?
Saya juga makan/minum bahan tenusu yang rendah lemak, apple hijau dan pear, roti perang, yogurt (oh yummy), soya..etc..etc. Saya pastikan untuk makan 6 kali sehari tetapi jumlah yang sedikit. Bagus juga untuk mengurangkan penyakit gastrik saya. Malam, saya pastikan tiada penglibatan sebarang nasi dan gula dalam diet makan malam.
Oh..boleh juga buat "meal plan" dan kira berapa kalorie yang telah kita gunakan dengan singgah ke laman web www.cekodok.com.
Ingat ya..mahu hilangkan 1 pound of fat kena bakar 3500 kalorie.
Exercise adalah aktiviti yang tersangat penting untuk mencapai cita-cita anda. Saya menggunakan basikal statik dan menggunakan beberapa teknik supaya pembakaran kalorie saya lebih cepat dalam 30 minit. Salah satu teknik yang saya guna pakai terdapat di dalam artikel majalah Shape bulan Febuary. Pergi berlari beli sekarang! Saya memastikan kalorie yang di bakar ketika berbasikal tidak kurang dari 300 kalorie.
Bagi mengelak kan kebosanan ketika berbasikal, saya akan menonton DVD atau mengayuh sambil mendengar lagu Britney Spears dari MP4 jenama Honda (Saya makan,tido,minum,baju,jam, mp4,kereta pon jenama Honda.
Peringatan, exercise mesti di lakukan setiap hari atau 6x seminggu. 30 minit exercise setiap hari adalah lebih baik dari 70 minit exercise 3x seminggu. Jadi saya jarang ponteng.
Sata tidaklah hari-hari berkayuh basikal, saya selang selikan pelbagai aktiviti yang seronok. Contohnya, aerobik, dancing dan berlari menaiki dan turun tangga rumah. Dancing dan aerobik selalunya saya ada teman. Siapa lagi kalau bukan Adrianna Khaleda saya yang comel itu.
Untuk perut...saya ikut exercise ini.
Ok..selamat mencuba!
**Ananna pon dah pandai buat sit up. Yeah..one, two, three**
No comments:
Post a Comment