Sekarang..12:05 am, 27 December 2008.
Saya sambil diterangi lampu dinding berkaki yang di beli di Ikea sedang menulis entri kedua blog dan sambil-sambil itu saya sekali kan dengan membuat presentation untuk office saya. Bosan bukan.? Bercuti 4 hari tetapi terpaksa juga mengadap laptop bagi membereskan segala kerja yang pending. Jika tidak beres, maka nantinya pula di kata tidak perform. Agh...
Anak sedang berkhayal menonton rancangan kegemarannya..Rangkaian Ceria. Tetapi acap kali juga datang berlari-lari anak berulang alik antara bilik saya dan bilik TV. Sekejap katanya, mamen (ultraman dan segala superhero)sakit. Sekejap-sekejap pulak datang dengan mulut memuncung mintak di cium bibirnya. Kemudiannya, datang sambil melompat-melompat menyanyi lagu 'si katak lompat'. Dan, sekarang dia sedang memanjat katil..kononnya mahu bobok. Agh..anak kembali berlari ke bilik TV. Ok..aman untuk beberapa minit.
Kami semuanya bercuti 4 hari sempena krismas. Malangnya, Awal muharram..ya tahun baru umat Islam, saya terpaksa bekerja. Sebetulnya, saya sangat kurang senang dengan perancangan cuti-cuti yang tidak kena dengan waktu. Tetapi, apa kan daya...saya bukan orang penting. Saya cuma antara ribuan staff yang mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal di sini. Suka atau tidak, harus redha.!
Hari ini, waktu-waktu saya penuh dengan pelbagai aktiviti. Di mulai dengan solat subuh dan kemudiannya bergegas mandi pagi. Aduh...dingin pagi ini. Hujan! Alangkah bagusnya, jika saya dapat menyambung mimpi saya yang terpending tadi. Malang..saya sudah berjanji dengan Pusat Service. Janjinya, pukul 8:30am.
Saya dan keluarga (ya...Honey kerja malam, jadinya dia wajib ikut. Ananna, kami angkut sewaktu masih tidur lagi. Senang) sampai tepat pada waktunya. Kali ini "boboi" harus major service. Aduh...kopak duit. Tetapi demi "boboi", gagah juga.
Tengaharinya, sebelum Honey menjemput "Uncle Mistik" untuk bersama-sama bersolat jumaat, kami singgah dulu ke klinik. Saya harus buka susuk di lengan ini. Ubatnya sudah habis dan saya sudah terasa tidak selesa satu badan. Umpama seperti perempuan mahu datang period.
Dan...sekarang....saya sedang hebat multitasking. Sila refer perenggan di atas.
*saya mahu kurus!!!*
No comments:
Post a Comment