Saturday, March 26, 2011

Tergolek dengan menawannya di Spanish Steps. Italy–ep 8 kot..tehehe.

 

Hopefully…hopefully lah….Korang tak boring dengan cerita Italy ni…ekeke.

Sebelum ke Spanish Steps..kami singgah kat satu famous fountain ni…grrr tak ingat nama apa. Tapi katanya, kalau kita baling duit syiling and wishing kita akan dapat datang semula ke Rome. Problemnya, saya tak baling…dan saya tak percaya benda-benda macam ni..ahem..ahem..next year saya akan datang lagi ke Rome. InsyaAllah! Sapa nak ikut…???

Photo0149

 

Photo0156

 

Kemudiannya, kami makan di satu kedai Arab. Which..rasanya, kami lebih banyak makan serunding dan rendang yang dia bawa oleh travel agency. Dah teruk sangat dah tu…homesick gila-gila kat Malaysia. Sempat solat di situ sebelum kami bertolak ke………….tada…Spanish Steps ler…tempat shopping orang-rang kaya. Orang biasa macam kami ni, hanya boleh tengok aje lah…ekeke..konon!

 

DSC_0403DSC_0407

DSC_0414DSC_0415DSC_0416DSC_0417

Photo-photo harus di beri pujian kepada Ismail Bukhari.

Makanan di restaurant Arab tu…

DSC_0437

Melangkah dengan menawannya untuk ke Spanish Steps.

DSC_0440

Muka pucat gila……!

DSC_0454

DSC_0458DSC_0459DSC_0461

DSC_0456

Ni dia Ismail Bukari. Gambar-gambar yang tidak bertag itu adalah hasil dari camera beliau. Tetapi, gambar-gambar tersebut masih dalam keadaan “dara” lagi…belum touch up apa pun…tapi kan…belum touch up pon I nampak menawan..betul tak?? Hahaha..ok..sila muntah darah sekarang…ekeke. Ok..sesapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau sila layari http://koriee.blogspot.com

Ahem..ahem..Mail..aku promote kaw..kaw kat ko ni..ko belanja aku tak? hahaha.

 

DSC_0465

               Cmah kat depan butik Dior…fuyooo.!

Sepanjang jalan tu memang penuh dengan butik-butik yang berjenama. Kalau kat KL pon macam tak sudi aje terima kita masuk butik dia. Tapi kat sini…..kami terus berlagak kayoooooo. Sempat lah saya jadik model…penasihat..kepada beberapa lelaki yang sayang bini. Tehehe. Cmah pula beli sling bag Salvatore Ferragamo..*cough**cough*..saya juge “terbeli” satu bag dari Salvatore Ferragamo. Which bag itu saya panggil “the bag”. Oi..famous ok bag tu…hari-hari sampai sekarang orang dok tengok bag I tu…kes jeles ler tu..hehehe. “The bag” also masuk cerita dalam satu meeting…hebat tak?

Di sebabkan masa amat kurang, cenderahati Italy pon belum beli lagi…so, saya dan beberapa teman (semua lelaki), pakat2 gi jalan kat satu tempat ni. Kata mereka tempat ni lah paling murah kat Italy nak beli cenderahati. So….saya angkat tangan nak ikut. Murah-murah pon tak ler murah sangat. Sekali pegang Euro5..memang ler murah kalau Euro5 tu macam RM5..Tutup mata dan beli aje lah setakat termampu….huhuhu.

Dalam pilih-pilih dan beli-beli tu, rupanya ambil masa hingga 2 jam. Apalagi…bergegas-gegaslah kami pulang semula ke Spanish Steps. Dalam berjalan laju-laju tu, mulut ku tetap juga menceceh…ekeke. Biasalah pompuan…dan………gedebok! you…! gedebok sambil tangan cover lens kamera…sempat tu selamatkan kamera sony kesayangan…Aiyooooo! tatau nak letak muka kat mana dah masa tu. Bodyguards saya yang ramai-ramai tu mujurlah membantu saya sebelum mereka pakat-pakat GELAK! Tak patut betul kan??

Tapi saya tetap cool. Ingat senang ke nak jatuh di kawasan butik berjenama tu. Di tempat fashionista shopping?? Saya aje yang mampu buat tau…Ok..tu ayat cover malu…!

Ok..setakat ni dulu…selepas ini ada adegan kami happening di grand dinner dan drama..drama sewaktu mahu berlepas ke Kuala Lumpur.

Tunggu ya?

Babai!

6 comments:

  1. awat gamba che mah je posing dpn dior? gamba u mana? plus mail x sempat snap gamba u eksiden dgn penuh menawan tu ker?heheh....

    more italy episodes plisss.........hehhe

    ReplyDelete
  2. hahaha..kan ke I jadik model dan jadik advisor kepada lelaki2 yang sayang bini..ke..nak beli utk "secretary"..hahaha.

    Mujur dia tak sempat amik...kalau tak.....I mmg publish U..hahaha.

    Ok..ok..more..more italy ep dlm minggu depan..ekeke.

    ReplyDelete
  3. Fountain tu namanyer...Trevi Fountain...

    pstttttt!!!aku tak tengok pun 'THE BAG"!!!!!

    ReplyDelete
  4. Ye Hana..thank U. Laki ko dah bgtau kat FB..mmg sejiwalah korang berdua ni..ekeke.

    Psssstttt...ko tak dtg lawat aku...

    ReplyDelete
  5. U tau x gambar-gambar you semua menawan-menawan? Kalau ade satu dua lelaki Itali laaaagi menawan. Ahaks.. tapi lepas you terjelepok.. kalau amik gambar masa tu.. mesti laaagi menawan kan? ahahaha :)

    ReplyDelete
  6. Nurill, tulah..kan? Malangnya..En Photographher mcm TERTAWAN tgk I terjelepok gedebok tu ha...ekeke..tu yg tak sempat nak snap. Kalau sempat snap....ish...ish..ish..bukan setakat publish kat blog tapi siap buat gmbr profile FB lagi...hahaha.

    Beb..bukan x mo amik gmbr dgn lelaki Italy yg hensem2 tu..tapi .I kena ngurat dgn lelaki International ok? 1 mamat dari Australia...satu lagi mamat dari Germany...Wah..wah..wah...hahaha..siyes tak tipu...hahaha.

    ReplyDelete