Sunday, August 9, 2009

Apa ada di tapak kaki Honey!

Panas...basah satu badan dek peluh. Saya bersauna di dalam bilik tv..sambil menggosok baju..sambil menonton tv dan sengaja selama 2 jam tidak pasang kipas angin. Banyak kalori tebakar berdiri selama 2 jam nih.! Sila contohi saya.

Saya turun untuk mengintai Honey tersayang..Oh..Honey sedang menonton DVD entah cerita apa entah di tingkat bawah. Hajat hati mahu join sekali. Baru separuh duduk..tiba2......

Honey : Wa..buat air teh panas.

Tak pandang pon muka saya. Buat instruction macam Diva. Saya merungut-rungut sambil kaki tetap menuju ke dapur.

Saya : Alah..Wawa penat ok. Wawa baru nak duduk. Dah kena buat keje lagi....bla...bla..bla.. (tak hingat apa yang saya bebelkan)

Honey : Wa..ooo..Wa..mari kejap..

Saya : Apa lagi?

Muka dah mencuka masam dah..muncung pon dah panjang.

Honey : Mari lar..tengok kat tapak kaki saya. Cuba tengok..ada apa?

Saya pon datang dan muka berkerut-kerut tengok dana analisa apa ada di tapak kaki Honey.

Saya : Ada apa? Tak nampak apa pon.!

Honey sua lagi tapak kaki dia ke muka. Saya masih blur...tak pasti apa yang saya nampak.

Akhirnya....

Honey : Tau dak...tapak kaki saya ni lar letaknya syurga awak!

Ok..ok..I get it. Syurga di tapak kaki suami. Suami suruh buat air teh jangan banyak cakap..jangan merungut. Buat dengan ikhlas. Pahalanya berganda. Syurga menanti kita..ok..ok..!

Tihihihi..saya gelak..terus ke dapur dan buat air teh dengan senang hati. Sebelum itu saya sempat julur lidah dan buat muka comel kat Honey.

Buat isteri-isteri kat luar..sila periksa tapak kaki suami anda dan buat keje dengan ikhlas ok.!

No comments:

Post a Comment