Saturday, March 7, 2009

Sambungan Day 1 part 2

Wah..lama juga saya mahu meyambung entri kali ini. Maaf ya. Penat tempoh hari tidak hilang lagi..

Ok..selepas giliran saya, tiba pula giliran Shahrizal kemudiannya Zaki, Suhaimi dan Gary. Ha..ini lah dia team S.E.

Masing-masing ada tanggungjawab di mana Shahrizal membawa tajuk Mission, Zaki pula tentang Guideline, Suhaimi denga 3R nya dan akhir sekali Gary membawa tajuk Honda Culture.

Jujurnya, saya terlebih bangga apabila mendapat pujian melambung dari Mr COO. Eh..mesti lah bangga. Cuma tercalar sedikit apabila ada lah manusia itu tetiba buat statement "kalau tidak tarik telinga kami semua tidak jalan" Dusyum..dusyum..dusyum!!

Tolonglah...

Patutnya kena lah recognised hard work kami. Bukan dengan cara komen yang menjatuhkan kami.

Ah..manusia. Begitu lah.

Petangnya pula kami ada sambungan program "Sharing knowledge" dari X.O team. Kinda fun. Banyak games. So..release sikit tension. Paling kelakar bila kami ramai-ramai nyanyi lagu "The Power of Dreams"..ok..ok..ni bukan lagu rasmi Honda tapi ini lagu sukan Olimpik di Atlanta. Belasah je lah. Sapa suruh Celine Dion curik tagline Honda..ekeke.

Lewat petang..boss kami pula ada "sharing knowledge" program. Aduih..serius lah babe. We all semua dah hilang akal. Tak masuk dah.. Penat dan mengantuk!

Hampir pukul 7pm baru lah kami dapat masuk bilik untuk berehat. Ah..tapi mana sempat nak berehat pun, 7:45pm sudah bergegas turun untuk makan malam. Pada 8:30pm pula kami ada lagi satu program iaitu plan business untuk tahun ini.

Kepala sebenarnya sangat sakit. Migraine and I'm not the only one. Masing-masing sudah terlalu penat. Tetiba terpaksa pula memerah otak untuk ini. Tak jalan babe..tak jalan.. Penat. 2 biji panadol saya telan untuk melegakan sakit kepala.

Lewat 11:00pm, ada lagi satu program "terkejut". Kek kami bawa untuk merayakan birthday boy boss kami. Wah..terkejut badak dia...ekeke. Dalam masa yang sama kami paksa boss untuk memetik gitar dan menyanyi...emh..lagu apa ye? Opps..sorry dah lupa.

Kami hanya kembali ke bilik lewat tengah malam.

Bobok...ZZZZZZZZzzzzZZZZZ. Penat!

*sekarang jumlah ex-epmb yang bekerja di Honda ialah 5 orang. Amazing kan?*

No comments:

Post a Comment