Yang benarnya...
Tercipta sejarah sebagai Presiden Amerika pertama berkulit hitam (lagi benarnya, dia campuran hitam putih. Bolehkah di panggil sebagai kulit hitam?). Apa kisah tentang kulit Presiden.. Yang pasti ramai benar yang menaruh harapan kepada Presiden baru Amerika ini.
Bukan sekadar rakyatnya yang mengharapkan perubahan malah harapan dari negara-negara luar juga. Yang pasti, saya tidak langsung menaruh harapan kepada Barrack Obama. Dia hanya salah seorang Presiden dari Amerika. Kononnya, polis dunia dan pemimpin kepada segala pemimpin. Malangnya, pemimpin bagi segala pemimpin ini adalah seorang yang bagai di tarik lembu hidungnya. Oh ye..jika tidak, kenapa begitu berani PM Israel menyebut Bush (ya..President perang tetapi sebenarnya dia adalah Presiden kasut)mengikut telunuk beliau.
Mungkin juga Obama ini lain dari Bush. Mungkin Obama akan meneruskan dasar luar negara yang di warisi dari Bush. Mungkin juga Obama punya agenda lain. Segalanya mungkin.Ramai yang tertunggu-tunggu dasar baru Obama dan juga apakah angin perubahan yang di bawanya.
Ucapan pertama Obama..mahu membaik pulihkan hubungan yang tegang di antara negara islam semenjak 8 tahun yang dulu (Ini kes kena langgar dengan kapal terbang tuh). Tetapi Obama tidak menyebut pun tentang Perang Gaza. Tidak menyebut pun tentang perbuatan paling "bacin" yang di lakukan oleh seteru utama Amerika itu.
Agh..dia baru satu hari. Banyak masa lagi untuk dia.
Seperti saya sebutkan tadi..harapan tidak ada tetapi saya punya suara besar untuk di katakan jika saya dapat berjumpa "muka berdepan muka" dengan Obama.
1. Saya mahu Amerika pulangkan Afghanistan. Balik!
2. Keluar dari Iraq. Buat semak je.
3. Jangan perasan mahu menjadi pemimpin dunia. Konon terbaik. Terkaya. Dan
segala bagai ter.
4. Jangan bersekutu dengan Israel. yang salah kita bawa dia ke hadapan
mahkamah dunia.
5. Hentikan propaganda..bila pengganas sahaja di sebut muslim. Sebenarnya
siapa pengganas dunia yang menceroboh tanah/nagara orang lain.? Mencuri
hasil negara orang lain.?
6. Hentikan segala spekulasi ekonomi. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan
serang ekonomi negara lain.
Ok..cukup dulu. Saya tengah pening dengan berlambak meeting ni ha. Dah jadik macam artis. Berebut orang nak meeting. Saya sangat penat.
**yippie ha..Honey dah dapat gaji..emh..emh.**
No comments:
Post a Comment