Thursday, May 23, 2019

I can't sleep

Bulan ramadhan syaitan kena ikat kan? Am I right?

Tapi kenapa ramai yang bertukar menjadi syaitan??

Salah syaitan atau diri sendiri yang syaitan?

Fikir fikirkan.

Wednesday, May 22, 2019

Bahagia. Gembira. Ketenangan. Apa bezanya.

Bahagia.... Orang yang sayang kita sayang, sayang kita juga.

Gembira... Dapat shopping tanpa kisah berapa balance duit dalam bank. 🤣

Ketenangan... Hubungan kita dengan Allah.

Kebanyakan kita, bahagia dan gembira tetapi tidak tenang.

Saya tergolong di dalam golongan di atas. Adakah saya gembira.. Ye.. Gembira.. Tapi bila shopping masih tetap kena check balance bank. Saya berbelanja mengikut kemampuan yang ada. Jadi saya gembira gembira saja.

Bahagia? Ye... Kerana anak anak saya sayang saya bukan sekadar 3000 tetapi seperti oksigen dan darah mengalir. Begitulah sayang saya kepada mereka.

Cuma saya tidak berapa tenang. Saya cuba mencari bahagia yang tidak kekal. Meminta perhatian dari orang yang yang salah. Membuatkan saya tidak tenang...kerana saya tahu perbuatan ini sangat salah.

Hubungan dengan Allah semakin jauh. Ye.. Masih solat cukup 5 waktu. Tetapi solat saya qualitynya kurang. Tidak menghindarkan saya dari melakukan dosa.

Menjinjak umur ke 44 tahun membuatkan saya malu dengan diri saya. Sudah 44 tahun saya bernafas tetapi iman saya masih lemah. Saya masih seperti remaja mencari arah tujuan hidup.

Sedangkan saya punya hampir segalanya. Kenapa masih mencari??

Ye... Kerana hidup saya tidak tenang. Kerana saya lupa untuk hidup tenang hubungan saya dengan Allah wajib di jaga.

Doakan saya jangan tenggelan terlalu jauh. Jom lah kita solat zuhor.

Xoxo,
Azurahabdaziz

Sunday, May 19, 2019

2019

Wow... No posting sepanjang 2018.

Nothing much. Same old same old stories.

Kerja. Kerja. Kerja.

Hectic life and try to balance up my life between kerja and family.

Not easy but trying my very best lah kan?

Not sure i'm gonna write here again or not. But I guess I will, InsyaAllah. Mencari ruang untuk private.

Sesak bila social media penuh dengan students dan kawan. Rasa tidak bebas menulis kerana union army ramai kat luar.

Oh.. If secara tidak sengaja terjumpa saya di sini.... HI! ☺️

Ok..selamat berpuasa semua.

Sunday, October 27, 2013

Semoga makbul doa Ananna! Amin!

"Ya Allah. Saya nak mintak Allah beri lah rezeki. Bagi gaji Daddy saya RM15,000 supaya Mommy saya tak payah susah-susah kerja lagi. Mommy saya boleh duduk rumah jaga Icha dan hantar ambik saya gi sekolah. Masak sedap-sedap untuk saya. Amin"
 
 
 
Allah.......... anak Mommy. 
 
Jom kita ramai-ramai amin kan jom.
 
Tapi dengan budget yang baru keluar dan harga barang macam tak hengat naik ni,,, RM15,000 tu cukup ke?
 
#ekonomikejam
#budgetkelaut
 


Saturday, October 19, 2013

Happy 8th Birthday Adrianna Khaleda Iznil

The teropong idaman.! Harga murah je. Less than RM50.00. Beli kat Plaza Shah Alam...

The cake. Originally, dia nak cake ada gambar Ana Muslimah or any girl yang berhijab. Last minute dia bertukar fikiran...

 The Party! Venue kat Integrated Islamic School Shah Alam.
Setahun ok, dia merancang. Apa menunya. ? Di mana venuenya?? Bagaimana rupa bentuk goodie bagnya??

Semua sudah bermain-main di kepala otak anak gadis ku yang seorang ni.

We so proud of you..Princess!

Tapi semalam dia menangis sekejap...sebab dia rasa sedih. Birthday kawan-kawan, dia sibuk belikan kad dan hadiah... Birthday dia, kawan-kawan cuma bagi kad dari kertas saja. So...oh yeah...budak-budak...memanglah sedih. So, I told her...as long as Mommy dan Daddy ada... our kasih sayang sepenuh jiwa dan raga untuk anak-anak Mommy. Kawan-kawan Nanna tak dapat bagi ini ok?

Oh..sekarang dia sudah 8. Jadinya, cara kami berkasih sayang pun kena ubah sedikit. Kali ini lebih kepada instruction...minta dia lebih bertanggungjawab dan of cos wajib sekarang bersolat 5 waktu dan menutup aurat. Tak ada kompromi dalam hal itu.

Bila sentuh tanggungjawab ni macam barang-barang yang hendak di bawa ke taska dia kena lah kemas sendiri. Barang-barang sekolah kena jaga dan kemas. Lepas mandi towel dan hanger kena sangkut. Lepas makan jangan tinggal aje. Kena basuh pinggan. Macam tu lah. Bukan bermaksud sebelum ini dia tidak pernah buat. Ada... tapi selalu culas...sebab Mommy terlebih rajin tolong buatkan.

Ok..jom enjoy gambar-gambar dulu....ya. Saya hendak layan kerenah anak-anak pula. Demanding tinggi budak-budak ni....

Babai dan kiss kiss love love.!

 

Sunday, October 13, 2013

Icha demam panas




Saya menulis lagi.

Mesti you all hairan kan?? Bilanya masa I dapat untuk menulis ni.?? Dengan adanya teknologi segalanya mungkin...kikiki..ye lah tu sangat!!

Anyway...

Icha sudah mula aura tidak sihatnya since sunday. Di sebabkan Monday tu Birthday Ananna, Mommy dan Daddy telah di perintahkan untuk bercuti maka tahap kerisauan demam Icha kurang sedikit. Malam tu Icha tidak tidur malam. Menangis-nangis tahap meraung malam tu. Bila di beri ubat dia diam sekejap. Selepas itu meraung lagi.

Pagi-pagi buta, kami bergegas menghantar Ananna ke sekolah dan terus ke DEMC Specialist Hospital di Shah Alam. Hasil pemeriksaan doctor kat bawah tu, Icha demamnya tidak membimbangkan dan suhunya cuma 38.1. Mungkin kerana hasil pemberian ubat sebelum kami keluar rumah pagi tadi.

Jadi, kami pulang dan sambung preparation birthday party Ananna. Masa ni Icha dah mula merengek tetapi apabila dia tengok ada kek dan goodie bag, muka dia cerah semula.

Malam isnin, Icha memang nampak ok. Dalam pukul 1:59am, Icha mula meragam. Mulanya  meragam perlahan dan kemudiannya menjadi tangisan yang kuat dan meraung. Sambil meleleh air mata dia sempat memberitahu "Mommy...mommy sakit pewot" "Mommy sakit angat" "Mommy tolong!"

Sedih..sedih! Terlalu SEDIH!

Tetapi saya telah membuat keputusan kejam pagi itu. Dalam hati yang teramat berat saya gagahkan juga untuk bekerja dengan meninggalkan anak saya yang sakit di jaga oleh My HoneyBoo or Daddy Icha.

Seriouslylah..waktu saya bekerja itu hanya body saya sahaja yang ada di office. Hati saya semua berada di rumah bersama anak kesayangan saya. Saya menerima sms dari Honey mengatakan Badan Icha naik panas lagi tapi I was so fuck up oh sorry stuck up dalam meeting room.

Ahh..."saya tidak peduli" "anak lagi penting". Tetapi Honey menahan sabar dan memberi jaminan yang dia mampu untuk menjaga Icha.

Kira-kira pukul 1:30pm, sabar saya semakin HILANG. Saya pulang!!

Dari luar rumah, sudah kedengaran suara tangisan Icha. Dan saya tahu dia sedang menahan sakit. Saya redakan tangisan dengan pelukan dan BF. Akhirnya dia berhenti menangis dan kami mengambil keputusan untuk ke DEMC sekali lagi. Kali ini kami mahu berjumpa Paed terus.

Ayayaya...Doctor pula busy. hamper pukul 7pm baru kami berpeluang berjumpa doctor. Suhu Icha di ambil. Sudah meningkat ke 40.1. Icha di tahan di wad. Masalahnya, bilik PENUH!. Adoiii.....! Ada satu bilik yang kosong, itupun double bedded dan ada katil baby aje. Bila Icha tengok sahaja katil baby memang dia meraung sebabnya dia nak Mommy naik satu katil dengang dia...lagi satu ayayayaya....mana muat sayang oiii...Mommy Icha ni dah sama size dengan anak gajah!

Keesokannya, Icha nampak macam sihat. Mintak minum. Mintak makan. Happy jumpa doctor siap ber hi 5 lagi. Berlari sana berlari ke sini. Macam orang sihat. Petang tu Doctor pon macam puas hati dan benarkan kami untuk discharge keseokannya.

Selepas Isya', bermula sekali lagi. Panasnya meningkat dan meningkat hingga kembali mencecah 40. Apabila di beri ubat dia diam sekejap. Badannya berpeluh-peluh sikit. Menjelang 12:00am, Icha kembali meraung...kali ini kulit badan Icha sudah macam gelap..hitam.Ubat diberi lagi...dan dia diam sekejap. Dapatlah Mommy berehat sejam dua. Menjelang pukul 2:00am, Icha menangis dan meraung lagi. Panasnya naik mendadak ke 39.9. Pukul 5:00am, Nurse berikan icha ubat bontot. Nampak reda tetapi panas badannya tidak kebah. Masih di lingkungan 39.

Pagi itu, Doctor tidak membenarkan kami pulang dan Icha di bawa ke bilik rawatan. Mommy tidak dibenarkan masuk. Mommy hanya mampu mendengar suara tangisan icha dari luar bilik.  Aaaahhh...runtuh hati Mommy. Di luar Mommy menyabarkan diri dan berdoa...berdoa..berdoa semoga Icha cepat sembuh.

After 5 days di DEMC, akhirnya Icha pulih walaupon tidak 100%. Sudah mula cerah kembali..sudah boleh minum dan makan. Sudah kencing seperti biasa. Sudah mula nak bergaduh balik dengan kakak Nanna.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Kepada yang bertanya khabar saya sekeluarga sangat menghargai ingatan anda semua. To Doctor Koshy dan nurses di Level 4, kami ucapkan terima kasih dengan layanan anda.

Hari ni Mommy nak berehat. Badan Mommy sudah sangat exhausted. Mau taknya, dari hari ahad - khamis Mommy hanya dapat berehat sejam dua. Icha memang kuat sangat bergantung dengan Mommy. Dia reject semua orang except Mommy. Memang mencabar sangatlah dan mujur juga Honey mengambil keputusan untuk "work from hospital".


*
*
*


Dalam keadaan kelibut ada juga manusia yang kononnya faham tetapi sebenarnya tidak. Dalam keadaan saya yang huru hara, tiada rehat, tiada tidur....saya gagahkan juga menyiapkan slide-slide presentation saya. Ketika ini saya terbayangkan "team work" dan "1 man show". Ah..whatever!

Ketika saya sedang kelibut begini mana mungkin saya boleh meninggalkan anak saya yang sedang sakit di hospital! Selfishnya saya atau selfishnya kamu!! Syarikat tidak akan jatuh kalau saya tiada...tetapi SAYA AKAN JATUH KALAU ANYTHING HAPPEN TO MY FAMILY!

Sewaktu ketika dulu saya pernah berkata kepada seseorang,

"Duit boleh cari. Kerja boleh ganti. Tetapi anak-anak dan family akan tetap kekal bersama kita untuk forever. Jadi priority saya untuk mereka". Policy ini tidak pernah berubah untuk saya.!

Sekian.Terima Kasih.





Saturday, October 12, 2013

Artis dan media social

Kalau korang rasa korang artis dan  tak ada FB or Twitter or Instagram.................... sah korang bukan artis.....hahaha...meaning aku si gojes38 ni pun artis juga lah kan?? kan?? kan?? ok..slap muka laju-laju!

Media social dan artis bagai aur dengan tebing. Bagaikan lagu dan irama. Tidak boleh di pisah-pisahkan. Kalau di pisahkan maka pincangkanlah kehidupan.... gitteeeewww seriusnya media social ni.

Kononnya, kehadiran media socialnya akan mendekatkan diri mereka mereka dengan peminat-peminat. Oh well...niatnya murni. Tetapi perlaksanaannya yang menjadi kurang murni,!

Contoh :

Twitter - bagaikan satu medan tempat meluahkan perasaan. Saraf saraf dalam badan tu umpama bersambung dengan twitter. Segala yang terfikir dan terasa semua hendak di beritahu. Hingga ada yang bergaduh sesama artis juga di twitter. Bergaduh laki bini or family juga terpampang di twitter. Ha...kita peminat yang membaca jadi happy sebab ada bahan untuk bergossip...hahaha....!

Instagram - I think media social yang paling in sekarang. Saya juga sekarang sangat addict dengan Instagram or IG. Gambar menceritakan segalanya or apabila gambar berbicara. Hebat tak? hahaha. Artis-artis juga berinstagam....maka terpampanglah......................ko dating dengan sapa, ko pakai baju seksi sampai tak hingat nak mati, ko bersocial bersuka ria..bla..bla..bla.

Apabila terpampang gambar-gambar yang kurang senonoh mulalah kata...............SAYA BUKAN HIPOKRIT. ITU MEMANG HIDUP SAYA. Kalau ada peminat yang berhati mulia menegur artis-artis ni ha................masa ni lah........................

1. Artis akan menjawab...tak suka tekan button unfollow.
2. Peminat artis yang tegar - memback up bagai nak rak!

Nasihat saya to artis-artis yang bajet HOT tapi tak berapa nak HOT sebenarnya tu.............if anda tidak mahu kena kutuk JANGAN buka account Instagram atau account mana-mana media social!. Nak buka juga boleh tetapi sila jaga tatatertib anda sebagai artis atau celebrity!!! Jangan mengada nak keluar ayat "sila tekan button unfollow" sebab sukahati oranglah nak follow atau tidak. Yang korang menggatal gi buat public tu pesal kan?

Untuk peminat tegar ................again jangan membackup artis-artis pojaan anda bagai lembu di cucuk hidungnya. Yang SALAH tetap SALAH!

Owh...! Saya tak faham kes Wawa Zainal  dan Airel ke hapa namanya tu. Seriously I tak kenal sapa mereka berdua ni?? Dan apa kes sampai kena nikah 2 kali tuh???  Why masa gossip ni keluar bagai nak rak menafi tetapi akhirnya mengaku. Aih....artis-artis...!

Kalau benda betul ngaku aje lah. Tak payahlah sampai satu dunia korang nak nafi siap suruh tunjuk bukti bagai. Lagi pon bukan benda buruk pon....benda elok dan kes kahwin ni memang wajiblah untuk diheboh2kan.

Ok lah...sampai sini dulu...kita sambung lagi bila I ada idea.

Love..love..and kiss..kiss.!