Sunday, January 11, 2009

Ayat-ayat cinta yang hebat.

Saya sebenarnya tidak tertarik langsung dengan filem ini ketika di tayangkan. Malah ketika TV3 menayangkan cerita ini ketika Hari Raya tempohari juga tidak saya tonton.

Entah kenapa, 3 bulan yang lepas saya terlihat DVD ini dan terus membelinya. Minat untuk menonton masih tiada lagi. Akhirnya, akibat kebosanan si rumah saya tonton juga. Emh..menarik! Hebat! Itu komen saya tentang filem ini.

Kemudiannya, ketika saya berada di Thailand saya berborak dengan rakan dari Honda Indonesia dan sudah tentu kisah ayat-ayat cinta ini keluar. Ok..sebenarnya dia perasan seperti Fahri si peranan utama dalam filem ini. Dia menasihati saya supaya membaca novel ayat-ayat cinta kerana filemnya sudah banyak yang di ubah.

Tepat sekali...sememangnya novel ayat-ayat cinta jauh lebih hebat dari filem. Penulisannya begitu terperinci malah saya seolah berada di dalam dunia novel itu.

Watak Fahri memang berlainan dari filem di mana Fahri sebenarnya sangat menjaga akhlak dan islamnya. Memandang perempuan pun tidak ini kan pula menyentuhnya. Malah ketika Maria mahu berjalan beriringan juga lekas-lekas Fahri mengelak.

Di dalam filem, di gambarkan bagaimana Aisya ragu-ragu dan cemburu pada suami sedangkan gambaran di dalam novel berbeza sama sekali. Tidak langsung ragu dan amat setia pada suami. Harta kekayaannya juga diamanahkan pada Fahri untuk menguruskannya. Cuma sekali dia cemburu, ketika melihat suaminya menikah dengan Maria. Walau yang sebenarnya, Aisya lah yang mengizinkannya.

Jadinya, sesiapa yang menonton cerita ayat-ayat cinta mesti wajib membaca novelnya.

*Fahri atau Aisya?? Emh nama anak kedua saya? Mungkin?*

Wednesday, January 7, 2009

Hati saya yang luruh.

Hati saya luruh..melihat gambar seorang bapa meratapi kematian 3 anaknya. Kejam..kejam..kejam..Sekarang pula, seluruh rakyat Palestine di ambang maut. Tiada bekalan makanan, air dan ubat-ubatan.

Bagaimana kehidupan mereka di sana??

Wahai umat islam seluruh dunia...kita perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan saudara kita di sana. Bersatu lah..dan berjihad lah.

**Tidak sanggup untuk meletakkan gambar di sini..saya sangat sedih**

Tiada lagi Honeymoon.

My honeymoon is over. Damn!

Sepanjang sebulan setengah cuti sekolah, saya lah manusia bahagia di jalanraya. Tiada sesak. Tiada jam. Hiway sangat aman.

Sejak tiga hari, walaupun saya cuba keluar awal, ya..seawal 6:40am tetapi saya tetap tidak berjaya untuk mengalahkan pemandu yang lain. Mencik!!!

Emh..?? Bila lagi budak sekolah nak cuti. Nak mula semula honeymoon.!

**Tensi keterluan**

Sunday, January 4, 2009

Jafni dah kahwin.

Siapa Jafni?? Adakah lelaki istimewa dalam hidup saya hinggakan satu entri khas untuk lelaki ini. Sabar ya.. Sebenarnya dia ini sepupu sebelah emak saya. 20 Dec 2008, yang lepas dia melangsungkan perkahwinan. Umurnya, sama denga adik bongsu saya (Oi..bila pulak ko nak kawen da??).

Akhirnya, si orang Kajang ini sudah di ikat oleh si perempuan Batu Pahat. Fuh..! Saya tidak pergi (atau kata kasarnya malas mahu pergi)ke kenduri di Batu Pahat. Bukan apa-apa. Saya malas benar mahu memandu 4 jam dan haru tiba pada pukul 10:00am. Gila apa? Ingat Batu Pahat dan Selangor, hanya sebelah rumah? Lagi satu cuti Honey sudah di bekukan. Jadinya, makin kukuh lah aku untuk tidak pergi. Susah woooo, mahu menjaga si kecil Adrianna ni.

3 Januari 2009 pula, kenduri di sebelah lelaki. Istimewanya, tempat kenduri bukan di rumah tetapi di MARDI..lebih tepat Dewan..emh..entah apa ntah nama Dewan besar gabak dan mewah itu. Saya sesat sebenarnya dan di tambah informasi emak "tersangat tepat". Oh..MARDI itu dekat dengan padang golf 101. Saya geleng. Saya tidak tahu apa itu 101. Akhirnya, baru saya faham 101 itu adalah IOI..ok? Faham sekarang? *pengsan*

Sesampai sahaja Adrianna sudah bising. "Mommy jom" "Jom masuk" "Nak mamam". Bila terdengar itu saya mengeluh. Masakan tidak, saya sudah di peringatkan awal-awal budak-budak kecil tidak di benarkan masuk dewan. Saya nekad. Jika Adrianna tidak masuk maka saya juga tidak mahu masuk. Protes.!

Akhirnya, saya masuk juga kerana di pujuk emak, sepupu-sepupu yang lain dan Busu. Ya..saya tidak kisah pasal makan kerana saya sedang berdiet (ingat?). Saya cuma menghadirkan diri kerana kewajipan saya memenuhi jemputan. Sebagai tuan rumah sudah tentu mereka berhak untuk mengenakan pelbagai peraturan. Itu hak mereka.

Dalam perjalanan mahu keluar dewan terdengar pula desas desus mengatakan si keluarga sebelah perempuan terlalu demanding. Saya tidak tahu hujung pangkal cerita. Jadi, cuma pasang telinga dan angguk kepala.

Kemudiannya Pak Usu, merungut tentang 4 sepupu kami (mereka sekeluarga) yang tidak menghadirkan diri tanpa alasan. Saya juga rasa jengkel kerana mereka sering abaikan keluarga di sebelah sini. Tidak kira apa alasan sekali pun..ini ibu saudara kamu yang memanggil. Adik bongsu Arwah bapa mahu kamu memeriahkan majlis perkahwinan anak mereka. Ingat itu..apa-apa pun mereka keluarga kamu. Jangan di fikirkan sangat tentang kecil hati. Jangan keterlaluan mengikut perasaan. Bertindak mengikut akal.

Maaf jika kamu membaca dan kecil hati tetapi selalunya kebenaran itu memang sangat pahit mahu di terima.

Moralnya..majlis kahwin lebih santai jika di buat di rumah sahaja. Senang untuk sanak saudara untuk bergaul bebas tanpa protokol. Kalau di dewan juga harus lebih santai. Boleh?? Kalau boleh itu hadir-hadirkanlah diri ke majlis yang di jemput kecuali memang benar-benar ada alasan kukuh.

* Rasa nak ketuk kepala Jafni..dengan sesuka hati dia perkenalkan isteri dan kata "ini makcik". Hellooo..kita ini tarafnya sepupu. Adrianna yang patut panggil kamu Pakcik dan Makcik. Ok?*

Kamu siapa Adibah?

Huh..terkejut benar saya apabila membaca mengenai perempuan yang bernama Adibah. Memang dia keterlaluan hebatnya. Masakan tidak hebat..dia dengan beraninya menghina Nabi Muhammad S.A.W. Sesukahati?

Adakah dia benar-benar Adibah?? Atau ada orang lain mencuri identiti Adibah.?? Walau siapa pun kamu, maka celaka lah hidupmu.!

Kembali lah bertaubat atau kamu akan menerima akibatnya.

Ketahuilah...Islam itu agama "perfect". Agama yang indah. Kenali lah Islam yang sebenar dan jadilah umatnya yang soleh. Balasannya tidak kira di dunia atau pun di akhirat adalah sesuatu yang sangat indah. Hingga tidak boleh di gambarkan dengan kata-kata.

*Sebenarnya selain si Adibah, ada lagi link yang mengina Nabi Muhammad S.A.W. Sangat shocking!*

Yahudi yang menggila.

Sejak 27 Dec 2008, seramai 450 orang saudara kita di Palestine telah pun terbunuh. Apa salah mereka ini sehinggakan serangan menggila ini dipersetujui oleh si keparat Bush. Apa Bush tidak punya hati??

Itu baru angka 450 yang terkorban. Bagaimana pula dengan 250,000 penduduk Palestine yang terputus segala bahan bekalan. Bagaimana kanak-kanak dan bayi mahu meneruskan hidup dengan keadaan seperti ini? Atau inikah dia agenda sebenar si keparat-keparat itu untuk melupuskan sama sekali bangsa Palestine.

Malangnya, kenapa negara yang kononya paling berkuasa..paling kaya (atau sekarang sengsara kerana serangan ekonomi) boleh berkata "Ya" pada serangan yang tidak punya hati ini.?? Agh..manusia tahap bangang!

* Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara kita di sana*

Hijrah 1430.

Ok..ok..sudah seminggu kita menyambut hijrah dan sudah 4 hari kita menyambut tahun baru Masihi. Tetapi masih tidak telambat buat saya mencatat apa hijrah baru saya dan juga PDCA pada tahun yang lepas bukan?

Tahun lepas, saya cuma tanam kan satu niat iaitu berhijrah dari tempat kerja lama. Saya berjaya..Alhamdulillah. Saya kini berada di company yang kukuh namanya, brand yang di percayai dan tentunya saya sangat sibuk dengan kerja baru saya. Adakah saya tidak rindu pada tempat lama? Emh..tidak kot. Rasanya yang manis-manis tu saya simpan dan yang pahit melekat tu saya sudah buang dari kotak memori.

Tidak mahu ingat lagi. Oh..dua rakan dari company lama sudah selamat join ber"gether-gether" di sini.

Secara umumnya, Hijrah tahun lepas telah tercapai.

Apa hijrah saya thun ini??

Ok..kita lihat senarai di bawah :

1. Mahu kurus semula.
Percaya atau tidak, sejak bekerja di sini saya naik mendadak. Pada mulanya cuma
4KG tetapi akhirnya kini sudah menjadi extra 10KG. Ok..saya harus berhentikan
segala kegilaan ini.

Sejak 8 hari yang leps, saya berdiet. NO NASIK, NO ROTI dan NO gula. Ini semua atas hasil nasihat hebat dari si "body buuilder". Wow...saya kini turun 5KG. Tetapi diet yang di sarankan oleh "body builder" terpaksa di ubahsuai. Ini kerana cara dia itu akan menyebabkan saya "crash diet". Tentu tidak elok untuk kesihatan diri.

Target saya untuk kurang lagi 20KG. Jangkamasa berdiet pula selama 4 bulan sacara berterusan. Esok, basikal exercise akan tiba, maka esok sudah tiba masanya saya exercise selama satu jam. Ada mulut yang mengatakan saya akan give up. Oh tidak!! Sesatu hijrah mesti ada di mulai dengan niat, akal (ilmu) dan juga serentak dengan fizikalnya.

Saya akan buktikan dengan hasilnya 4 bulan nanti. Doakan saya berjaya. Kalau berjaya saya akan belanja "body builder" makan "wendy's"..hahaha.

2. Kerjaya.

Terlalu bayak perlu di lakukan. Improvement, human dan section development dan ntah apa-apa lagi lah yang sekarang sedang saya rancangkan. Saya juga mahu buktikan urusan kerja harus selesai di waktu kerja. Yang selebihnya, saya mahu masa exercise, mahu lebih rajin membaca Al-Quran dan membagi masa untuk anak dan suami tersayang. Oh..oh..oh..mahu juga masa untuk dapatkan baby lagi satu..tapi ini perancangannya sebelum umur saya mencecah 35 tahun. Jadi, masanya masih panjang. No pressure.

Kadang-kadang pelik juga..kalau yang balik lambat itu di kata rajin? Kalau saya lah boss, saya akan investigate sesiapa yang pulang lewat. Mereka yang suka OT ini saya kategorikan sebagai TIDAK PANDAI URUS MASA. Sudah OT, kerja pun tidak siap dan selalu silap. Itulah tujuan hijrah saya...mahu buka mata kepada sesetengah pihak yang saya boleh siapkan kerja tepat pada waktunya tanpa menjejaskan masa-masa peribadi saya. Family saya happy..saya akan jadi happy di tempat kerja..ya..sudah tentu saya manusia happy!

3. Mahu lebih dekat dengan Allah.

Ini hijrah terbesar. Cubaan terbesar ialah melawan bisikan Syaitan durjana. Ya..JIHAD. MESTI lawan. Saya juga mahu mereka mereka yang rapat dengan saya supaya ingat Allah. Kita ini milik Dia. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik hak Dia. Sentiasa beringat dan bersyukur.

Kamu tahu kamu kamu itu siapa wahai yang rapat..dengarlah.

Rasanya..itu sahaja. Saya harap PDCA saya tahun hadapan akan 100% berjaya. ya..target saya sudah tentu 100%.

*Saya tidak sabar untuk kurus*